Showing posts with label minum petang. Show all posts
Showing posts with label minum petang. Show all posts
Saturday, July 22, 2017
Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Mudah Raya 2017
Salam,
Biskut Mazola ialah biskut kesukaan suami saya. Hari Raya 2017 saya berbelah bahagi hendak buat kuih raya atau tidak. Waktu berpuasa yang panjang membuat saya malas untuk berlama-lamaan di dapur. Hendak membuat biskut waktu malam rasa sayang pula..kerana waktu malam yang singkat, jika boleh biarlah diisi dengan ibadat-ibadat sahaja. Hakikatnya mungkin sebab anak tidak beraya bersama kami, itu yang membuat tiada rasa untuk membuat persiapan raya. Walaupun begitu mengetahui suami suka biskut ini, akhirnya hari terakhir puasa saya buatkan juga. Meskipun rupanya tidak senonoh tapi rasanya tiada berbeza seperti tahun-tahun yang lalu. Maafkan daku suamiku..rupa Biskut Mazola yang seadanya.
Resipi yang mudah dan sedap rasanya.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3 cawan kacang tanah
1 biji kuning telur
1 sdk serbuk penaik
1 sdk perasa vanila
1 1/2 cawan minyak mazola/minyak jagung @
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur untuk disapu diatas biskut sebagai hiasan
Boleh juga diletakkan ceri atau apa-apa yang sedap mata memandang sebagai hiasan.
Cara:
1. Kacang tanah dibakar/panggang didalam oven dengan kepanasan 185 C sehingga kekuningan dan rangggup. Tumbuk/kisar sehingga hancur.(Jangan sampai berminyak) Jika hendak senang beli sahaja kacang yang telah digoreng(seperti yang saya buat tahun ini)
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
3. Campurkan tepung yang telah diayak, gula, kacang tanah, kuning telur dan perasa vanila. Gaul sebati.
4. Curahkan minyak mazola kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang dikehendaki @ sehingga mendapat doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran masing2. Boleh juga dibulat2kan @ dipotong2. (saya buat bulat-bulat dan bila dibakar menjadi kembang setaman kerana hendak cepat)
6. Sapukan kuning telur diatasnya.
7. bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada kepanasan 160-175 C selama 15 minit @ sehingga masak.
Labels:
bakar,
biskut mazola,
biskut raya,
minum petang,
pemanis mulut
Wednesday, July 19, 2017
Kuih Lompat Tikam Mudah
Salam,
Percubaan yang keseterusnya resipi Lompat Tikam Mudah daripada rakan siber BlogYatie Memories.
Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah rujuk resipi dari pos sebelum ini. Ini hanya saya ingin kongsi cara mengukus dalam bekas yang kecil-kecil tidak perlu dipotong dan boleh terus dihidangkan.
Apa yang saya suka..tetamu kata sedap dan simple bahan-bahannya. Terima kasih Yatie.
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Hijau
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 3 cawan santan cair
- 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
- 1 s/k air kapur
- secubit garam
- Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya guna mangkuk kaca sebab pengukus guna periuk nasi yang kecil).
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
- Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 4 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
- Campurkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
- Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
- Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
- Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
Bahan
- 1 cawan gula merah( saya guna brown sugar)
- 1 cawan gula biasa
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan [ koyakkan]
- Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
- Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.
Kuih Bakar Datin Siti
Salam,
Saya sudah tidak ingat bila kali terakhir saya membuat Kuih Bakar. Baru-baru ini suami meminta saya membuat tiga jenis kuih Melayu. Jadi saya teringat untuk membuat Kuih Bakar. Kebiasaanya Kuih Bakar saya akan menggunakan resipi Puan Fauzah tetapi kali ini saya ingin mencuba resipi Datin Siti yang saya ambil resipinya ketika kami sama-sama di Moscow. Terima kasih Datin Siti, moga perkongsian ini memeberi manafaat kepada sesiapa yang ingin mencubanya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepun gandum
2 cawan santan ( saya guna santan kotak Kara satu kotak, saya tambah air untuk jadikan dua cawan: saya tambah air pandan)
1 cawan susu cair (ini yang membuat rasa agak berbeza daripada resipi Pn fauzah)
4 biji telur
1 cawan gula ( saya tambah sikit lagi sebab hendak rasa manis yang lebih)
Perasa pandan ( saya blend daun pandan dan ambil airnya)
Pewarna hijau - walaupun guna daun pandan saya gunakan jugak pewarna hijau sebab pewarna pandan tidak cerah warnanya.
1 sudu besar minyak sapi @ mentega ( isi minyak selepas campur dan gaul semua) Saya isi butter . Terpulang kepada selera masing-masing.
Bijan , untuk ditabur diatas Kuih Bakar
Cara-cara:
1. Blend semua bahan kecuali butter dan bijan.
2. Kisar sehingga sebati dan tabis didalam acuan atau loyang yang telah disapu minyak supaya tidak melekat. Taburkan bijan mengikut kesukaan masing-masing, banyak atau sedikit. Adunan diatas boleh dapat untuk 3 acuan kuih bakar seperti diatas.
3. Saya bakar seketika diatas dapur gas, kemudian barulah saya masukkan kedalam oven.
4. Oven dengan kepanasan 170-180 darjah C. saya letak 170 darjah C dan bakar selama 1 jam.
5. Tempoh membakar mengikut jenis oven masing-masing, waktu antara 45 minit hingga 1 jam 15 minit. Bagi yang ingin nampak agak gelap boleh pasang api atas untuk 5 minit terakhir tetapi awas..jangan sampai hangit.
6. Gambar diatas agak garing Kuih Bakar sebab terlebih bakar.
Nota: Resipi Datin Siti ini Kuih Bakarnya agak keras, bagi saya lain kali saya akan membuat kombinasi resipi Kuih Bakar Pn Fauzah dan Resipi Kuih Bakar Datin Siti. Resipi Kuih Bakar Pn Fauzah selalunya akan kembung dan agak lembik ditengah.
Terima kasih Datin Siti. Selamat mencuba.
Wednesday, July 12, 2017
Kuih Lompat Tikam Mudah
Salam,
Kuih lompat tikam ini saya ambil resipi daripada blog Pn Yatie Memories.
Resipi di bawah saya copy and paste daripada blog Sinar Kehidupan Yati Memories. Maaf sangat-sangat sebab tidak pandai untuk letak link. Minta halal atas perkongsian siber ini ya Pn Yatie.
Ulasan saya apabila mencuba resipi ini ialah ianya mudah dan menjimatkan masa. Tidak perlu untuk berdiri dan mengacau lama-lama. Yang paling penting ahli keluarga suka, lebih-lebih lagi dimakan waktu berbuka puasa selepas berpuasa dengan waktu yang panjang. Terima kasih sekali lagi Pn Yatie, lain kali nak cuba resipi yang lain pula daripada blog Pn Yatie.
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Hijau
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 3 cawan santan cair
- 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
- 1 s/k air kapur
- secubit garam
- Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya guna mangkuk kaca sebab pengukus guna periuk nasi yang kecil).
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
- Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 4 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
- Campurkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
- Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
- Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
- Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
Bahan
- 1 cawan gula merah( saya guna brown sugar)
- 1 cawan gula biasa
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan [ koyakkan]
- Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
- Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.
Labels:
dessert,
lompat tikam,
manis,
masakan melayu,
minum petang,
pemanis mulut
Tuesday, March 3, 2015
Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula ( ikut suka masing-masing nak tambah @ nak kurangkan)
1 cawan telur ( biasanya telur besar 3 biji telur kecil 4 biji)
6 helai pandan( kisar dan tapis)
31/2 cawan santan ( saya gunakan santan tin)
Bijan
Pewarna hijau (jika suka)
* daun pandan tu saya kisar dengan 1 cawan air dan saya kurangkan santan kepada 21/2 cawan. apapun ikut suka cara masing-masing. Saya tambah 2 sudu besar tepung gandum sebab saya suka kuih yang agak keras .
Cara-cara:
1. Panaskan acuan kuih bakar atas api perlahan, letak sedikit butter. Waktu yang sama panaskan oven 180 darjah c.
2. Kisar semua bahan diatas didalam pengisar sehingga sebati. Jika tidak menggunakan pengisar pastikan digaul sebati dan tapis.
3. Tuangkan adunan kedalam acuan kuih bakar dan tabur bijan
4. Pindahkan kedalam oven, bakar selam 40 minit @ sehingga masak.
* jika tiada acuan kuih bakar , gunakan loyang pun ok. Saya dah cuba gunakan loyang dan hasilnya sama, cuma tak ada bentuk.
Selamat mencuba.
Thursday, June 23, 2011
Kuih Koaci Cik Norlia
Hasil tangan profesional. Kuih koaci yang sedap rasanya dan cantik rupanya.
Menurut chef tiada sukatan tertentu semuanya main campak2,uli2 sesedap tangan dan menjadi.
Resipi inti kelapa
2 cawan kelapa parut
1 keping gula Melaka/gula merah pun boleh @ gula perang.
1 1/2 cawan gula putih (sesiapa yang suka manis boleh tambah ikut citarasa masing2.
3 cawan air
Sedikit garam
2 helai daun pandan ( siat2 dan simpulkan)
Cara:
Masukkan semua bahan kedalam kuali, kacau hingga pekat dengan api sederhana.
Sejukkan dan sedia untuk diguna.
Thursday, January 6, 2011
Pau II
Wednesday, July 28, 2010
Apam Balik 2
2 cawan tepung
2 1/4 cawan air
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1/2 cawan gula
secubit garam
Isi/Inti
Jagung yg telah dikisar kasar
Gula
Kacang tanah yang ditumbuk kasar
Cara:
1. Pukul telur dan gula, masukkan tepung, air, soda bicarbonat, serbuk penaik(baking powder,garam.
2. Pukul sebati dan perapkan selama 1 jam atau lebih.
Panaskan kuali leper tidak melekat, sapu sedikit minyak dan letakkan 3 senduk kecil adunan cair (@ ikut ketebalan yang dikehendaki )
Taburkan gula, kacang dan jagung.
Apabila telah masak lipat dua adunan tadi.
Angkat dan sedia untuk dimakan.
Thursday, June 17, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Kosui @Kaswi
Sedia untuk dimakan
rupa kosui/kaswi sebelum dipotong dan digaul kelapa parut.Kuih kosui/kaswi mestilah berkilat dan tidak melekat jika disentuh dengan jari @ sudu.
Labels:
kaswi,
kosui,
kuih muih Melayu,
manis,
minum petang
Sunday, March 28, 2010
Bermain icing
Friday, October 2, 2009
Rempeyek Azah
Saya namakan rempeyek Azah kerana Pn Azah sudi membancuh adunan remepyek ni. Saya cuma bawa bahan kerumah dia dan semuanya beres. Malangnya, dek kerana kesuntukan masa saya perap bancuhan ni 5 hari didalam peti ais, hasilnya mungkin tidak sesempurna seperti Pn Azah,tapi bagi saya itu dah kira ok.
Resipi ni tiada sukatan jadi bagi sesiap nak mencuba pandai2lah agak sendiri.
Bahan-bahan:
1 kampit tepung beras (apa2 jenama)
1 kotak santan segera (apa2 jenama, saya guna cap Ayam, jika ada santan segar lagi sedap)
2 sudu besar ketumbar( mungkin lebih kot!)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan hitam( maaf le kelirulah mana satu jintan manis dan jintan putih tapi dua2 masuk dalam adunan, rupanya macam padi tu)
4 sudu besar udang kering yang telah dimesin halus-saya memang simpan udang kering yang telah dimesin halus( kata chef kalau kisar kasar2 lagi bagus)
3 ulas bawang putih- ditubuk lumat
3 sudu air kapur
Air biasa secukupnya
Garam dan gula sesedap rasa
Cara-cara:
Rendam ketumbar, jintan manis, jintan putih didalam air panas. selepas itu ditumbuk kasar2
Masukkan tepung kedalam mangkuk besar,campurkan santan, air kapur, udang kering, ketumbar,jintan2 yang telah ditumbuk dan bawang putih.
Masukkan santan dan air sedikit2 dan kacau sebati.Jadikan adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Ini yang saya katakan kena agak2 sendiri dan cuba goreng dulu.
Jika terlalu keras campurkan air sedikit2 sehingga dapat adunan yang dikehendaki.
Selamat mencuba.
Tuesday, September 8, 2009
Sardin Gulung Kak Teh Blogger
Sumber : Blogger terkenal Kak Teh. Ringkas, mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
250 gm butter( margerine pun boleh)
500 gm tepung serbaguna
1 sudu kecil garam
Air sejuk secukupnya
Campurkan tepung dan butter, gaul dengan hujung jari shingga tepung menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan garam dan tuangkan air sejuk sedikit2, uli sehingga menjadi adunan yang lembut.
Ketepikan dan tutup dengan tuala dapur.
Inti:
1 tin sardin (buang sosnya)
2 labu bawang besar - dadu
2 lada besar - dadu
Lemon
Garam, gula dan lada hitam
Cara:
Hancurkan sardin, masukkan bawang,lada,garam,gula,lada hitam. gaul rata
Canai adunan tadi mengikut ketebalan yang disukai, potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Isi inti sardin dan gulung.
Sapukan kuning telur diatas setiap gulungan tadi
Bakar pada kepanasan 180 C selama 40 minit @ sehingga masak
p/s resipi ni saya ubah sikit megikut selera saya. Oleh kerana saiz yang saya potong agak kecil, ia terbuka apabila dibakar. So...kita namakan sexy sardine roll..
Maaf Kak Teh ya...
Labels:
gulung sardin,
minum petang,
pembuka selera,
sardine
Thursday, August 13, 2009
Pancake (lempeng)
Resipi lempeng ni memang sedap, dulu setiap tahun buat sempena pancake day. Boleh makan dengan madu, jam, kaya @ mengikut selera masing2.
Ingredients:
6 eggs
3 cups fresh milk
3 cups plain flour @ multipurpose flour
pinch of salt
6 tablespoon melted butter or oil
Method:
Beat the eggs well, then beat in the milk,salt,flour an oil or butter.
You can mix all the ingredients in a blender.
Ingredients:
6 eggs
3 cups fresh milk
3 cups plain flour @ multipurpose flour
pinch of salt
6 tablespoon melted butter or oil
Method:
Beat the eggs well, then beat in the milk,salt,flour an oil or butter.
You can mix all the ingredients in a blender.
Tuesday, July 21, 2009
Kek Marble (Kek Marmar)
Resipi asal Kek Marble ini daripada Mat Gebu. Sebelum ini telah mencuba beberapa resipi Kek Marble tetapi yang ini lembut dan gebu.Terima kasih Cik Mat!
Bahan-bahan
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A /besar
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh esen strawberi
1 camca teh coklat emulco @ esen coklat
Cara-cara
1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yg lain satukan telur, gula dan ovallate.
3.Menggunakan kelajuan yg tinggi,(nombor 4) pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu
4.Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan air dan gaul hingga rata.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi esen dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung kepada citarasa masing2).
6.Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7.Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
Selamat mencuba. Terima kasih daun keladi Cik Mat Gebu.
Labels:
dessert,
kek marble,
kek marmar,
minum petang
Kek Coklat Lembab
Untuk semua anak-anak saudara,sesiapa yang rajin sila buat kek coklat ni.(pssttt terutama Anna tu..) Senang,sedap dan mesti jadi.Kek coklat versi bakar pula ya!
Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gamdum @ 2 cawan ( Ikut kualiti tepung)
2 @ 3 biji telur (jika telur besar, 2 biji memadai)
1 @ 3/4 cawan koko ( mak lang guna Van Hauten sedap, koko biasa kurang sedap)
2 sudu besar kopi segera (nescafe @ apa2 brand)(larutkan dalam air panas)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh garam (larutkan dalam susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak mazola @ apa2 jenis minyak sayuran
1 cawan susu segar
Cara:
1. Gula dan telur pukul bersama hingga kembang.
2. masukkan esen vanila
3. Tepung gandum, baking powder, bicarbonate of soda, koko diayak bersama. (kalau rajin ayak le banyak2 kali)
4. Masukkan bahan yang diayak kedalam adunan gula dan telur sedikit-sedikit berselang seli dengan susu segar
5. Masukkan minyak kacau sebati
6. Larutkan kopi segera kedalam air panas dan tuang kedalam adunan. Kacau sebati.
7. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170c - 180c. (Ikut jenis oven masing2)Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak.
Kek ini memang teramat lembab. Selamat mencuba, Anna, jangan malas2 tau!!
Labels:
kek cokelat 3,
kek cokelat lembab,
minum petang
Sunday, September 14, 2008
Kosui/Kaswi
Resipi yang diberi oleh Kak Da Jawariah ketika melawat kami di Stockholm. Ramai yang suka resipi ini.Hihi..dah sampai tahap international Kak Da oii..
KUEH KASWI
1 CAWAN TEPUNG UBI
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA PASIR
1 CAWAN GULA MERAH
6 CAWAN AIR
1 1/2 SUDU BESAR AIR KAPUR
CARA-CARANYA
Gaul semua bahan-bahan di atas
Campur air sedikit demi sedikit sehingga sebati
Masukkan air kapur
Tapis adunan dan kukus lebih kurang 30 minit
KELAPA - Gaul kelapa dengan sedikit garam dan kukus selama 5-6 minit
Wednesday, March 5, 2008
Tart Keju Strawberi (Strawberry Cheese Tart )
Tart Keju Strawberi
Resepi ni diambil daripada salah satu blog rakan maya. Maaf ya..dah lupa kat blog mana..itulah sebab suka sangat menyinggah kat rumah orang...tak dijemput pun masuk jugak. Terima kasih pada yang empunya blog.
Bahan-bahan:
Pastri/Kulit luar
250 gm butter/marjerin
125 gm gula halus
1 biji putih telur
1 sudu teh esen vanila
440 gm tepung gandum/serbaguna
Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula halus hingga sebati/putih
2. Masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Masukkan adunan kedalam acuan tart, cucuk dengan garfu dan bakar selama 10-12 minit atau separuh masak dengan kepanasan suhu 175'C.
4. Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan cheese tart
1. 200 gm cream cheese
2. 200 gm yogurt kosong/putih(dalam resepi asal tiada)
3. 1 cawan gula halus( sebenarnya terlalu manis, boleh kurangkan)
4. 1 biji telur
5. 1 sudu teh vanila
6. Strawberi paste( bukan jem tetapi yang agak cair, biasanya untuk lapisan pancake)
Cara-cara:
1. Pukul cheese dan telur hingga kembang/sebati
2. Masukkan vanila, gula dan yogurt, pukul hingga sebati.
3. Masukkan kedalam acuan tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
* Jika ingin menyimpan didalam bekas kedap udara pastikan tart telah betul-betul sejuk, jika tidak kulit tart akan menjadi lembut.
Selamat Mencuba
p/s Long, tak boleh makan banyak-banyak sebab terlalu tinggi kandungan lemak.
Thursday, February 28, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)




