Salam,
Percubaan yang keseterusnya resipi Lompat Tikam Mudah daripada rakan siber BlogYatie Memories.
Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah rujuk resipi dari pos sebelum ini. Ini hanya saya ingin kongsi cara mengukus dalam bekas yang kecil-kecil tidak perlu dipotong dan boleh terus dihidangkan.
Apa yang saya suka..tetamu kata sedap dan simple bahan-bahannya. Terima kasih Yatie.
Bahan-bahan:
Bahan Lapisan Hijau
- 1 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 3 cawan santan cair
- 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
- 1 s/k air kapur
- secubit garam
- Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang(saya guna mangkuk kaca sebab pengukus guna periuk nasi yang kecil).
- Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
- Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 4 cawan santan sederhana pekat
- 1 s/k garam
- Campurkan semua bahan dan tapiskan.
- Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
- Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
- Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
- Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
Bahan
- 1 cawan gula merah( saya guna brown sugar)
- 1 cawan gula biasa
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan [ koyakkan]
- Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
- Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.
No comments:
Post a Comment