Wednesday, July 19, 2017

Kuih Bakar Datin Siti


Salam,

Saya sudah tidak ingat bila kali terakhir saya membuat Kuih Bakar. Baru-baru ini suami meminta saya membuat tiga jenis kuih Melayu. Jadi saya teringat untuk membuat Kuih Bakar. Kebiasaanya Kuih Bakar saya akan menggunakan resipi Puan Fauzah tetapi kali ini saya ingin mencuba resipi Datin Siti yang saya ambil resipinya ketika kami sama-sama di Moscow. Terima kasih Datin Siti, moga perkongsian ini memeberi manafaat kepada sesiapa yang ingin mencubanya.

Bahan-bahan:
2 cawan tepun gandum
2 cawan santan ( saya guna santan kotak Kara satu kotak, saya tambah air untuk jadikan dua cawan: saya tambah air pandan)
1 cawan susu cair (ini yang membuat rasa agak berbeza daripada resipi Pn fauzah)
4 biji telur
1 cawan gula ( saya tambah sikit lagi sebab hendak rasa manis yang lebih)
Perasa pandan ( saya blend daun pandan dan ambil airnya)
Pewarna hijau - walaupun guna daun pandan saya gunakan jugak pewarna hijau sebab pewarna pandan tidak cerah warnanya.
1 sudu besar minyak sapi @ mentega ( isi minyak selepas campur dan gaul semua) Saya isi butter . Terpulang kepada selera masing-masing.
Bijan , untuk ditabur diatas Kuih Bakar

Cara-cara:

1. Blend semua bahan kecuali butter dan bijan.
2. Kisar sehingga sebati dan tabis didalam acuan atau loyang yang telah disapu minyak supaya tidak melekat. Taburkan bijan mengikut kesukaan masing-masing, banyak atau sedikit. Adunan diatas boleh dapat untuk 3 acuan kuih bakar seperti diatas.
3. Saya bakar seketika diatas dapur gas, kemudian barulah saya masukkan kedalam oven.
4. Oven dengan kepanasan 170-180 darjah C. saya letak 170 darjah C dan bakar selama 1 jam.
5. Tempoh membakar mengikut jenis oven masing-masing, waktu antara 45 minit hingga 1 jam 15 minit. Bagi yang ingin nampak agak gelap boleh pasang api atas untuk 5 minit terakhir tetapi awas..jangan sampai hangit.
6. Gambar diatas agak garing Kuih Bakar sebab terlebih bakar.

Nota: Resipi Datin Siti ini Kuih Bakarnya agak keras, bagi saya lain kali saya akan membuat kombinasi resipi Kuih Bakar Pn Fauzah dan Resipi Kuih Bakar Datin Siti. Resipi Kuih Bakar Pn Fauzah selalunya akan kembung dan agak lembik ditengah.

Terima kasih Datin Siti. Selamat mencuba.

No comments: