Thursday, July 30, 2009

Sup Ayam



Saya mencuba resipi Sup Ayam ini pada bulan Januari 2006. Sup ini saya jadikan pembuka selera dalam satu majlis makan malam yang saya adakan dirumah.Ramai yang suka, oleh itu hampir setiap kali jamuan dirumah, saya pastikan sup ini ada dalam menu saya. Resipi ini diambil daripada buku resipi Dari Dapur Zarina. Saya banyak mencuba resipi-resipi daripada buku masakan Puan Zarina Ibrahim dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Puan Zarina.

Sup Ayam

Bahan-bahan:
400 gm ayam - biasanya jika untuk majlis formal saya gunakan bahagian dada ayam dan dipotong kecil.Jika untuk hidangan keluarga dan kawan-kawan saya gunakan ayam seekor.

Dikisar:
1 cteh penuh halia hiris
2 ulas bawang putih
1 cteh serbuk ketumbar
1/2 cteh serbuk jintan putih
1/2 cteh sebuk kunyit
1 cteh rata serbuk lada putih(sulah)
1/2 cawan air

Gaulkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk: daging ayam,bahan-bahan kisar,semua rempah diatas dan air. Gaul biar sebati campurannya.( biasanya saya perap setengah jam)

3 cbsr minyak

Bahan untuk menumis:
1 kerat kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 biji bawang besar- dihiris halus
5 cawan air
2 batang serai - dititik
10 gm suhun - direndam supaya lembut. Dikerat pendek-pendek
2 butir telur - belah 4 @ 6( saya tidak pernah letak)
2 biji kentang rebus (saya tidak pernah letak)

Hiasan:

bawang goreng (bagi saya mesti)
daun bawang - hiris halus
daun ketumbar - hiris halus

Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Apabila bawangnya sudah garing, masukkan ayam dan bahan2 campurannya. Tumis sehingga bangkit baunya.
Tuangkan air, masukkan serai serai masak hingga mendidih. Kecilkan api, renih hingga ayamnya empuk. Masukkan suhun, didihkan lagi. Keluarkan ayamnya, sejukkan dan siat2 isinya. (kebiasaanya saya potong megikut saiz yang dikehendaki supaya ayam tidak perlu disiat2)

Cara menghidangnya:
Masukkan bahan2 berikut kedalam setiap mangkuk sup:
Sedikit daging ayam yang sudah disat, telur dan kentang yang dipotong baji .(Ini cara menghidang yang ditulis dalam resipi asal tetapi saya tidak pernah mengikut cara ini)Tuangkan kuah dan tabur bawang goreng,daun sup dan daun ketumbar.
Nota: Cara menghidang boleh megikut cara kebiasaan masing-masing.

Selamat mencuba. Memang berbaloi!

Ayam Goreng Rangup



Resipi ayam goreng rangup ini diambil daripada Cik Tina adik Yan. rasanya memang sedap dan tidak ada beza dengan KFC. Malah terjamin kebersihan dan tiada rasa was-was kerana kita tahu bahan apa yang kita gunakan. Resipi ini seratus peratus saya salin semula apa yang ditulis oleh Cik Tina. Mintak halal ya Cik Tina.

Bahan-bahan:

1/2 kilo tepung gandum (saya tak guna sebanyak tu)
1/2 cawan serbuk kari ayam (tak pernah sukat)
3 sudu teh serbuk cili ( saya selalu isi lebih)
3 sudu teh serbuk lada sulah (saya kurangkan )
2 sudu teh serbuk penaik (saya guna baking powder)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Gaul sebati semua bahan-bahan tersebut
Sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
Sediakan bekas tepung besar supaya senang untuk mengaul ayam

Cara Penyediaan Ayam
1. Masukkan 2-8 ketul ayam kedalam tepung.
2. Gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang menengak ( gaul rata dan ramas2 sikit)
3. Ambil ayam dan ketuk2 sedikit supaya tepung yang rata dan yang berlebihan jatuh.
4. Masukkan ayam tadi dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga semua ayam dalam tepung tadi habis.
5. Pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan dan rendam selama 10 saat.
6. Kemudian angkat ayam tadi perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.
7. Masukkan semula ayam kedalam tepung tadi.
8. Gaul dan ramas ayam tadi 10 kali secara melintang dan menengak.
9. Bolehlah ulang langkah 1-8 @ sehingga ayam habis.
10.Goreng ayam menggunakan minyak yang panas (deep fry)

Tips:
- untuk ayam daging masak selama 10-15 minit
- untuk ayam tulang 5-10 minit
- drumstick - 15 minit atau masak lama sedikit @ sehingga darah tidak keluar apabila diangkat.

Selamat mencuba. Memang berbaloi..

Steak Daging



Resipi ini diambil daripada majalah masakan. Banyak kali dah buat atas permintaan Adam. Sedap memang lah sedap, tetapi almaklum le.. makan daging banyak sangat nanti lain jadinya.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan utk perap daging:

3 keping daging sirlion @ tenderlion @ batang pinang (sama le tu...)
5 gm sebuk paprika (lada serbuk le tu)
5ml minyak zaitun
1 sudu teh kicap pekat manis (biasa isi lebih)
sedikit garam dan serbuk lada sulah

Cara:
Perapkan daging kira-kira 30 minit. Panggang

Sos Lada Hitam

bahan-bahan:
30ml minyak zaitun
20gm lada hitam ditumbuk kasar
50gm bawang merah cincang
1 sudu besar tepung gamdum
5gm herba campuran (semua boleh didapati di pasar raya)
1 helai daun bay( saya tidak pernah isi pun)
250ml air rebusan daging ( pekat)
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan lada hitam dan bawang merah, tumis kira-kira 3 minit. taburkan tepung gamdum dan masak 2 minit lagi
2. Masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit dan kacau diatas api kecil. Masukkan herba campuran dan daun bay. Kacau sehingga pekat
3. Jika agak cair boleh dimasukkan sedikit lagi tepung jagung dan kacau satu dua minit . Hidang panas-panas.

Coleslaw

bahan:

Bahan 1 :Kubis putih, kubis biji kundang(purple) bawang ( hiris nipis2)@ ikut suka le..
Bahan 2 :mayonis, sour cream( tak ada pun tak apa)lada hitam, lemon juice

Cara: Campurkan bahan 2 kedalam bahan 1 gaul rata. sedia untuk dimakan.

Kentang putar

4 biji kentang direbus dan lecek. Masukkan susu segar, lada sulah, sedikit lada hitam, garam dan kacau rata.
Taburkan cheese parut diatasnya dan bakar. Apabila cheese kekuningan boleh diangkat. Bakar pada kepanasan 180 c.

Kentang goreng

$ biji kentang, potong memanjang, rendam didalam air garam dan kunyit( untuk warna kuning)selama 10 minit.
Goreng sehingga garing/masak.

Tips membuat stik yang sedap:

1. Jika membeli kepingan daging beku, biarkan lembut dahulu sebelum diperap.
2. Apabila membalikakn kepingan stik gunakan penyepit, elakkan menggunakan garfu kerana ia mencucuk daging menyebabkan jusnya keluar.
3. Jangan memasak daging lembut/batang pinag terlalu lama sebab beberapa ketika selepas diangkat proses memasak masih berterusan.


Selamat mencuba.

Soto Ayam

Pertama kali mencuba resepi Soto Ayam ini ketika saya membuat jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya di Kaherah pada tahun 1999. Resepi ini saya ambil/terjumpa daripada sebuah buku masakan tetapi saya sudah lupa nama buku tersebut.Hanya menyalin resepi tidak menulis buku apa. Setiap kali raya, soto ayam ini mesti ada dalam menu saya. Biasanya kuah soto ayam dihidangkan bersama mee hoon atau nasi impit. Resepi asal kuah ini dimakan bersama nasi impit sahaja tetapi melalui pemerhatian saya lebih ramai yang suka makan bersama mee hoon. Bagi saya pula mee kuning @ mee hoon dua-dua saya suka.
Gambar tidak pasti masih ada didalam simpanan atau tidak.

Resepi Soto Ayam

1 ekor ayam ( kerat 4 jika mahu)
2 labu bawang besar
2 batang serai (biasanya letak lebih)
5 cm lengkuas( tidak pernah ukur agak2 aje)
5 helai daun salam kering ( kat Malaysia isi, kat luar negara tak isi, kat Malaysia beli kat pasar malam Bangi)
8 mangkuk sedang air (tak pernah sukat)
10 sudu besar makan minyak masak (tak pernah sukat)
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ayam jika suka

Bahan giling

15 ulas bawang merah( kat luar negara guna bawang besar aje)
8 ulas bawang putih
3.5cm kunyit hidup( biasa guna serbuk, guna kunyit hidup pun tak pernah ukur, janji Nampak kaler kuning)
1 ½ steh jintan manis
1 ½ steh jintan putih
1 ½ steh lada hitam @lada putih(sulah) kak shima suka lada putih
1 ½ steh serbuk ketumbar (akak isi 2 sudu sebab akak suka rasa ketumbar)

Cara:
Hiris bawang besar halus2
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
Masukkan bahan2 gilin dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan air.
Apabila air mendidih, masukkan serai(diketuk),lengkuas(diketuk),daun salam jika ada(jangan tersilap dengan daun selom) dan ayam
Masak ayam sehingga empuk, cucuk ayam dengan garfu nak tau dah masak @ belum. Jika tiada darah keluar bolehlah angkat.
Carik2kan isi ayam dan tulang belulang ayam masukkan semula kedalam kuah.
Isi garam, gula dan kiub ayam, rasa masin dan manisnya.
Sedia untuk dimakan


Bahan-lain
Lontong @ nasi impit
Taugeh
Saderi
Daun bawang
Bawang goreng
Bergedil (resepi kat bawah)


Sambal
7 ulas lada kecil
2 lada besar(merah)
1 ulas bwg putih
Gula
Garam
Kicap.
Cuka @ limau@lime

Tumbuk lumat semua bahan kecuali kicap, gaul sebati masukkan kicap,cuka@asam limau, rasa mengikut citarasa masing.(nak tambah garam@gula@madu.

Begedil ayam atau daging:

Bahan-bahannya:

2 sudu besar minyak

Dikisar:

1 tangkai lada merah
1 ulas bawang merah
150 grm ayam @ mince meat ( ikut sukalah biasanya saya tak ikut sukatan pun)
100 gm @ 1 batang lobak merah
2 sudu besar air
1 sudu besar suhun. Direndam supaya lembut dan dikerat pendek
¼ sudu the lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh penuh bawang goring (biasanya saya isi banyak)
1 sudu besar daun bawang dan daun ketumbar yg tlh dihiris halus. Biasanya saya tak pernah sukat pun.
300 g 2 2 biji kentang- kupas, belah dua, hiris dan goreng hingga masak, toskan dan lecek.
1 biji telur dipukul

Cara membuatnya:

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tumis hingga naik bau masukkan ayam @ daging, lobak dan tumis rata.
Tuangkan air, masukkan garam dan lada hitam kacau kemudian masukkan suhun dan bawang goreng. Masak hingga campuran kering.
Angkat daripada dapur dan taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Campurkan kentang lecek dengan ayam/daging bulat2kan. Celup dengan telur dan goreng. Setelah garing toskan.

Tip.
Saya cuma guna telur putih aje, sebab kalau guna telur kuning nanti minyak naik berbuih-buih apabila mengoreng.

Mee Kari


Nina suka sangat makan mee. Lebih-lebih lagi mee berkuah. Suatu hari saya mencuba resipi mee kari ini. Saya tidak pasti dimana saya salin resipi ini kerana ia telah lama ada dalam simpanan saya. Pertama kali makan Nina kata inilah mee kari yang paling sedap dia pernah makan. Amboi! ni mesti kes nak ambil hati mama!

Nina tidak kisah jika kuah mee kari ini dimakan bersama spaghetti tetapi abah pula tidak suka spaghetti. Oleh itu diusahakan juga membuat mee kuning untuk dimakan bersama kuah mee kari ini.


Mee Kari

50 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm lengkuas
25 gm kunyit hidup
40 gm serbuk kari
15 gm sebuk kari

Bahan diatas dikisar dan tumis

8 gm serbuk ketumbar
100 gm udang kering
10 gm buah keras
2 gm daun kari
8 gm bunga kantan

Bahan ini dimasukkan kedalam periuk setelah bahan-bahan yang ditumis naik baunya.
Masak diatas api sederhana dan kacau sehingga pecah minyak

225 gm santan
225 gm air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kiub ayam jika suka

Masukkan air, renehkan sehingga mendidih. Masukkan santan.
Didihkan, masukkan garam, gula dan kiub ayam.

Bahan-bahan iringan:

225 gm isi ayam ( direbus) , jika suka
350 gm udang (direbus) jika suka
Telur (rebus) dibelah 4
Daun pudina (hiris)jika suka
200 gm kacang panjang (hiris) jika suka
Taugeh
Sawi

Apabila menghidang, masukkan mee, bahan iringan dan tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

Saya tidak pernah menggunakan kacang panjang kerana tidak ada dijual disini. Ayam pula saya masukkan sekali kedalam kuah ketika merenihkan kuah @ setelah pecah minyak sebelum saya masukan santan. Ikutlah cara masing-masing. Memasak ini perlu mengikut kreativiti masing-masing jangan terlalu terikat dengan cara yang telah ditetapkan.

Tuesday, July 21, 2009

Mee Kuning




Bahan-bahan:

6 cawan tepung
1 1/2 cawan air ( masukkan sedikit2 ketika membacuh)
1 biji telur
2 sudu besar air kapur
1 sudu kecil pewarna kuning ( jika suka)
sedikit garam ( saya tidak mencampurkan garam kerana saya difahamkan garam bolehmembuat mesin mee berkarat. Saya meletakkan garam didalam air rebusan mee)

Cara:

Masukkan tepung kedalam mangkuk besar
Buat lubang ditengah-tengah , masukkan telur, air kapur, pewarna kuning dan air sedikit-sedikit.
Uli sehingga menjadi adunan yang tidak lembik dan tidak terlalu keras. Tambah air mengikut keperluan
Adunan kebiasaanya agak peroi.
Bahagikan kepada beberapa bahagian. Leperkan dan masukkan kedalam mesin mee.(Ikutlah cara-cara menggunakan mesin mee/pasta yang telah ditetapkan dalam buku panduan menggunakan mesin tersebut)

Didihkan air dalam periuk, masukkan mee yang telah dimesin (pastikan air mendidih), apabila mee telah timbul bolehlah diangkat.
Toskan dan gaul dengan minyak sayuran @ sebarang minyak masak. Sedia untuk dimakan.

Kek Perpisahan



Kek ini diterbangkan khas dari Malaysia oleh Cik Hanim sempena majlis perpisahan kami.Terharu sungguh. Terima kasih buat keluarga En Ismail dan Puan Mahya.
Persahabatan ini akan kekal selama-lamanya.

Kek Marble (Kek Marmar)



Resipi asal Kek Marble ini daripada Mat Gebu. Sebelum ini telah mencuba beberapa resipi Kek Marble tetapi yang ini lembut dan gebu.Terima kasih Cik Mat!

Bahan-bahan
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A /besar
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh esen strawberi
1 camca teh coklat emulco @ esen coklat

Cara-cara

1.Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.

2.Dalam mangkuk yg lain satukan telur, gula dan ovallate.

3.Menggunakan kelajuan yg tinggi,(nombor 4) pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu

4.Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan air dan gaul hingga rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi esen dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung kepada citarasa masing2).

6.Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

7.Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.

8.Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Selamat mencuba. Terima kasih daun keladi Cik Mat Gebu.

Kek Coklat Lembab



Untuk semua anak-anak saudara,sesiapa yang rajin sila buat kek coklat ni.(pssttt terutama Anna tu..) Senang,sedap dan mesti jadi.Kek coklat versi bakar pula ya!

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung gamdum @ 2 cawan ( Ikut kualiti tepung)
2 @ 3 biji telur (jika telur besar, 2 biji memadai)
1 @ 3/4 cawan koko ( mak lang guna Van Hauten sedap, koko biasa kurang sedap)
2 sudu besar kopi segera (nescafe @ apa2 brand)(larutkan dalam air panas)
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh garam (larutkan dalam susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak mazola @ apa2 jenis minyak sayuran
1 cawan susu segar

Cara:

1. Gula dan telur pukul bersama hingga kembang.
2. masukkan esen vanila
3. Tepung gandum, baking powder, bicarbonate of soda, koko diayak bersama. (kalau rajin ayak le banyak2 kali)
4. Masukkan bahan yang diayak kedalam adunan gula dan telur sedikit-sedikit berselang seli dengan susu segar
5. Masukkan minyak kacau sebati
6. Larutkan kopi segera kedalam air panas dan tuang kedalam adunan. Kacau sebati.
7. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170c - 180c. (Ikut jenis oven masing2)Bakar lebih kurang 1 jam @ sehingga masak.

Kek ini memang teramat lembab. Selamat mencuba, Anna, jangan malas2 tau!!

Nasi Hujan Panas



Nasi Minyak Hujan Panas (Colourful Rice)

Ingredients:

4 cups Basmati Rice
5 cups water
2 chicken cubes
2 screwpine leaves (pandan)
Colouring red, green and yellow

2 cm piece ginger
2 pcs garlic
1 onion
2 tbsp oil
1 tbsp ghee
3 cm cinnamon stick
3 cardamoms
3 cloves
2 star anise
Fried onions
Raisins

Method:

1. Wash the rice well and soak 10 minutes and drain.
2. Slice ginger, garlic and onion.
3. Heat oil and ghee fry ginger,garlic,onion cinnamon stick, cloves,cardamoms,star anise until fragrant.
4. Add rice and mix well.
5. Add in water, chicken cubes and screpine leaves. Stir well before covering the pan. Cook over a slow flame.
6. When the water has dried up, put colouring at different spots. When the rice is cooked mix all together.
7. Serve garnished with fried onions and raisins.