Thursday, December 31, 2020

Selamat Tinggal 2020

 Salam,

Hari ini, Khamis 31 Disember 2020, bersamaan 16 Jamadi awal 1442H, 9.30 malam waktu Riyadh, Arab Saudi. Beberapa jam sahaja lagi tahun 2020 akan meninggalkan kita. Tahun baharu 2021 akan menjelma. Semoga tahun 2021 memberi sinar ceria untuk kita semua. Kita mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah apa yang berlaku pada tahun 2020. Pandemik Convid-19 benar-benar menguji kesabaran dan keimanan kita. 

Tuesday, December 8, 2020

Soto Tak Hingat Donnia

 Salam,

Saya saja nak kongsi resipi Soto daripada Tuan Haji Razak Riyadh. Walaupun saya belum cuba resipi ini tapi saya nak simpan kat sini dulu. Lain kali boleh cuba. Maklumlah berkongsi resipi di WhatsApp bila2 boleh hilang.

Saya salin semula sebiji2 apa yang ditulis.

Saya sini pakai rempah serbuk Mak Siti +serbuk rempah sup + halia + serai + cekur sikit + kunyit hidup + bawang besar 1/2 biji + bawang putih 3 ulas, semua blend.

3 serangkai kulit kayu manis 2 + buah pelaga + cengkih

ini untuk 2 ekor ayam. Santan utk kuah lemak

Soon 400 gm

Nasi impit sate 30 biji

Togeh 1 kg

Tahu kering 2 paket

ini utk 35 orang

cili kicap wajib. cili padi 500gm + daun bawang 1 ikat + bawang besar di dadu kecil 1 biji + kicap manis 1 botol kecik + minyak panas 1 mug. 

Kentang utk pegedil, 1 1/2kg+ 1 bawang besar di dadu halus + lada hitam 1 sudu teh+ bawang putih 2 ulas ditumbuk lumat + sedikit daun bawang dan daun sup dicincang halus. Semua ini digaul dgn kentang yang digoreng wedges dan lenyek. sedikit tepung gandum.

kalau ada taugeh lagi sedap

utk soto lemak pakai limau nipis.



Friday, August 7, 2020

Kuah Kacang Ankara

Salam,
Kuah kacang kali ini ialah kuah kacang resipi Pn Faezah. Sekali saya makan kuah kacang beliau terus teringat kuah kacang Haji Samuri.
Resepi kuah Kacang :-
Bahan-bahan;

-1kg kacang tanah digoreng bersama sedikit minyak masak dan ditumbuk atau di blend bersama kulit.
2 sudu teh cili giling

* 1 biji bawang besar
*1.5 inci halia
*3 ulas bwg putih
(*) blend bersama

- Gula merah
-2 batang serai diketuk
- 1sudu teh garam(atau secukup rasa spy ada rasa lemak manis bila bercampur dgn gula)
- gula merah/ gula putih secukup rasa.
-asam keping/ air asam jawa

Cara- caranya :-
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg telah diblend smpai wangi.
Masukkan pes cili kering tumis sampai pecah minyak dan cili masak.
Isi periuk dgn air diikuti dgn kacang yg dah diblend/tumbuk.biasa saya akan blend separuh tumbuk separuhm Masukkan asam jawa.
Perasa dgn garam dan gula merah.
Sambung kacau sampai kuah kacang pekat.. Isi air lagi. Proses dlm masa 1 jam.
Sedia utk dihidang.

Rendang Ayam Cili Api

 

Gambar Rendang Ayam Cili Api ini agak hancur kerana diambil setelah dua hari dimasak. gara2 terlupa .

Salam,

Sejak saya merasa rendang Nogori yang dibawa oleh Mak Da semasa melawat kami di NYC, saya tidak boleh lupa  keenakan rendang Nogori. Mak Da bagitau kawan dia memang jual dan buat bisnes rendang Nogori tu. Jadi tipislah harapan nak menginding resipinya. Sejak itu saya mencuba beberapa resipi rendang Nogori tetapi tidak ada yg menepati cita rasa. Akhirnya saya lupakan ajelah.

Baru-baru ini saya mencuba resipi Rendang Ayam Cili api daripada YouTuber Kak Long.

Masih jugak tidak menepati rasa seperti rendang Nogori yang Mak da bawa dulu. Saya derhaka sedikit dengan resipi rendang Kak Long ini dengan meletak daun limau purut.

Bahan-bahan;

1 ekor ayam

6 ulas bawang putih

6 biji bawang merah

4 batang serai

2 inci halia

3 keping asam keping

1 1/2 inci kunyit hidup

25 ulas cili api@ikut kesukaan masing2. Hendak pedas atau kurang pedas

600ml santan

Satu paket @110gm kerisik

Minyak untuk menumis, garam kasar dan gula secukup rasa.

Cara-cara;

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Ketuk halia

3. Kisar cili padi dan kunyit hidup

4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

5. Masukkan cili padi, gaul rata hingga naik bau dan masukkan serai ketuk.

6. Kacau sekejab masukkan ayam dan asam keping. Kacau sekejab dan tutup untuk kecutkan ayam.

7. Kacau selalu takut berkerak dibawah. Taburkan garam kasar, kacau dan tutup semula untuk keringkan air yg daripada ayam.

8. Masukkan santan apabila air ayam hampir kering. kacau rata dan masukkan kerisik.

9. Kacau lagi sehingga ayam masak dan tutupkan api mengikut kepekatan yang dikendaki.

p/s. Mengikut pendapat saya masih belum menyamai rendang Nogori yang Mak Da bawa dulu.

Selamat mencuba.