Saturday, July 22, 2017

Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Mudah Raya 2017


Salam,

Biskut Mazola ialah biskut kesukaan suami saya. Hari Raya 2017 saya berbelah bahagi hendak buat kuih raya atau tidak. Waktu berpuasa yang panjang membuat saya malas untuk berlama-lamaan di dapur. Hendak membuat biskut waktu malam rasa sayang pula..kerana waktu malam yang singkat, jika boleh biarlah diisi dengan ibadat-ibadat sahaja. Hakikatnya mungkin sebab anak tidak beraya bersama kami, itu yang membuat tiada rasa untuk membuat persiapan raya. Walaupun begitu mengetahui suami suka biskut ini, akhirnya hari terakhir puasa saya buatkan juga. Meskipun rupanya tidak senonoh tapi rasanya tiada berbeza seperti tahun-tahun yang lalu. Maafkan daku suamiku..rupa Biskut Mazola yang seadanya.
Resipi yang mudah dan sedap rasanya.

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3 cawan kacang tanah
1 biji kuning telur
1 sdk serbuk penaik
1 sdk perasa vanila
1 1/2 cawan minyak mazola/minyak jagung @
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur untuk disapu diatas biskut sebagai hiasan
Boleh juga diletakkan ceri atau apa-apa yang sedap mata memandang sebagai hiasan.

Cara:
1. Kacang tanah dibakar/panggang didalam oven dengan kepanasan 185 C sehingga kekuningan dan rangggup. Tumbuk/kisar sehingga hancur.(Jangan sampai berminyak) Jika hendak senang beli sahaja kacang yang telah digoreng(seperti yang saya buat tahun ini)
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
3. Campurkan tepung yang telah diayak, gula, kacang tanah, kuning telur dan perasa vanila. Gaul sebati.
4. Curahkan minyak mazola kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang dikehendaki @ sehingga mendapat doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran masing2. Boleh juga dibulat2kan @ dipotong2. (saya buat bulat-bulat dan bila dibakar menjadi kembang setaman kerana hendak cepat)
6. Sapukan kuning telur diatasnya.
7. bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada kepanasan 160-175 C selama 15 minit @ sehingga masak.

No comments: