Kukus
Bakar
* resipi yang sama, yang ada lubang itu menggunakan cara bakar, yang nampak gelap itu menggunakan cara kukus dan selepas itu dibakar untuk nampak gelap.
Kuih Melayu yang saya obses ialah Kuih Kaswi dan Kek Gula Hangus. Sebab? Teringat zaman arwah emak ada dulu, antara yang selalu dia buat ialah kuih kaswi . Sementara Kek Gula Hangus ini antara yang pertama saya pernah rasa zaman sekolah menengah dulu dan terjatuh cinta apabila pertama kali merasa. Waktu itu dinamakan apam gula hangus. Kebetulan ada resipi yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, maka dan kakak mencubanya. Dengan izinNya jadilah apam gula hangus ni. Tapi resipinya sudah hilang entah kemana, yang tinggal hanyalah kenangan raa sedap yang melekat hingga kini.
Di atas ialah resipi yang sama tetapi cara memasak yang berbeza. Yang atas di kukus sementara gambar tengah di bakar. Dua-dua tidak memuaskan hati kerana tiada sarangnya.
Ini Resipi yang saya gunakan, di ambil daripada blog dialam siber. Maaf tiada link. Minta halal ya.
Bahan-bahan
- 1 1/4 cawan gula halus
- 1 cawan air panas
- 125 gm butter
- 4 biji telur grade A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara buat kek gula hangus
- Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan
api sederhana (jangan dikacau).
- Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
- Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul
sejuk.
- Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
- Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas
dan kacau hingga telur cair dan rata.
- Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
- Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau
perlahan hingga rata.
- Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan
soda. Kacau hingga rata.
- Masukkan gula hangus dan kacau rata.
- Tuangkan ke dalam loyang 7×7 inc yang sudah di lapik
kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
- Perap aduan ini hingga 5 jam.
- Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang
telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah
selama 45 minit.
- 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
- Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.
Nota: Saya menggunakan resipi ini sebab nampak mudah dan gambar yang ditunjukkan banyak sarangnya, hakikatnya saya tidak tahu dimana silapnya, hasil yang saya buat seperti diatas.
Gamabar ketiga ialah gambar kedua-dua kek gula hangus yang telah saya potong. Kek yang saya kukus saya bakar semula supaya nampak hitam dan kenyal. Hasilnya..didalam gambar nombor 3, yang nampak kenyal tiada lubang itu ialah kek yang saya kukus kemudian bakar dan yang ada lubang sedikit itu saya guna cara bakar dari awal.
Bagi yang merasa katanya..dua-dua rasa sedap tapi rupa tiada. Allahuaklam. Bagi saya..nampaknya saya kena cuba resipi lainlah pula.
Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba menggunakan resipi di atas.
No comments:
Post a Comment