Wednesday, July 19, 2017

Mee Soto Sedap dan Mudah


Salam,
Resipi Mee Soto ini saya ambil dari FB. Resipi ini dikongsi oleh Seri Norlie Iskandar dari FB Resipi Sedap. Saya copy dan paste dan mencuba. Saya menjemput kawan dari Singapura dan Sri lanka bersama suami masing-masing dan antara menu yang dicuba untuk makan tengahari itu ialah Soto ini. Alhamdulillah semua kata sedap. Sebelum ini saya mencuba beberapa resipi Soto sebab saya sendiri peminat tegar Soto. Jadi resipi ini antara yang sedap. Jadi saya kongsikan dan abadikan dalam blog Dapur Kejora untuk rujukan akan datang.
Saya copy dan paste resipi ini sebiji-biji. Mohon halalkan ya..Resipi sedap dan Seri Norlie Iskandar. Maaf saya tak pandai nak buat link. Moga ilmu ini memberi manafaat kepada semua yang ingin mencuba.
Soto
Resepi homemade rempah soto
5 sudu kecil jintan kasar - saya gunakan serbuk
5 sudu kecil jintan halus - saya gunakan serbuk
4 sudu besar ketumbar biji - saya gunakan serbuk, agaknya jika guna serbuk ketumbar biji lagi sedap.
7 sudu besar serbuk lada sulah
3 batang kulit kayu manis - dipecah2kan
7 kuntum bunga lawang - di pecah2kan
17 kuntum bunga cengkih
12 biji buah pelaga
2 inci kunyit hidup- di hiris halus (saya gantikan dengan kunyit serbuk aje)
***goreng semua bahan2 diatas tanpa minyak (sangai) dahulu hingga agak keperangan.. Tapi jangan sampai hangit.. Guna api perlahan.
Kemudian kisar dengan blender kering hingga halus.. Simpan dalam bekas kedap udara..rempah ni kalau simpan dlm frezeer tahan berbulan.
(Saya tidak kisar sebab saya gunakan rempah ratus serbuk kecuali kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, jika semua diblend mungkin rasanya lagi sedap dan penampilannya lagi cantik).
Untuk penyediaan lengkap soto:
Bahan:
1 ekor ayam – potong 4 ( saya guna dada ayam sahaja)
2 kiub pati ayam (saya gunakan setengah aje)
Bahan2 penumis:
1 ikat sup bunjut (saya guna sup bunjut Soto Mak Siti, kebetulan ada)
1 biji bawang besar- mayang nipis
2 ulas bawang putih - mayang nipis
3 batang serai - ketuk ( saya guna 2 batang sahaja sebab disini serai mahal, kena jimat)
Bahan2 kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 cm kunyit hidup
4 sudu besar rempah soto homemade (saya letak 5 sudu besar , saya tidak kisar bersama bahan-bahan kisar)
Sedikit air untuk memudahkan proses mengisar
Cara-cara:
1- Tumis bahan rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi... Masukkan air serta pati ayam dan masak sehingga mendidih.
2- Masukkan ayam dan bila ayam dah masak, keluarkan ayam... Toskan ( saya masak ayam terlebih dahulu)..Kemudian marinade ayam dengan sos marinade ayam lee kum kee + serbuk rempah chinese 5 spice & serbuk lada hitam...( kalau takde boleh guna cara anda sendiri nak marinade mcmana ye, tak semestinya ikut cara saya..) Kemudian ayam digoreng atau boleh juga dipanggang sehingga masak....( saya lebih suka panggang sbb isi ayam tak kering dan lebih lembut)( saya tidak buat proses ini, ayam yang direbus ditoskan dan saya carik-carikan sebahagian, sebahahagian saya potong kecil-kecil dan masukkan semula kedalam kuah sup soto) Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Bergedil ayam & kentang
Bahan-bahan:
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
4 keping dada ayam yang telah digoreng (goreng dgn sedikit garam & kunyit hingga masak..kemudian di cincang/ blend kering hingga hancur..)
2 biji telur - dipukul (utk mencelup bergedil)
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cekak daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng
Cara-cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak...Toskan... Kemudian tumbuk sehingga lumat...
2- Masukkan ayam goreng yg telah dicincang, lada putih, daun sup, daun bawang, bawang goreng, sedikit gula & garam.... Gaul hingga rata dan sebati....
3- Bentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dgn telur yang telah dipukul tadi,sebelum digoreng dalam minyak panas...goreng hingga keemasan.. Tak perlu kerap sangat dibalik2kan ye..
Sambal kicap:
- 20 biji cili padi - goreng hingga sedikit layu
- 5 ulas bawang putih - goreng bersama cili padi ye
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 2 biji perahan limau kasturi
Cara-cara:
1- Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
2- Masukkan kicap dan perahkan limau
3- Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan...
Bahan Hidangan:
- Nasi himpit @ mee hoon ( celur dulu ) @ sphagetti
- Daging ayam goreng/panggang - disiat-siat
- Taugeh - dicelur (celur seminit je ye) saya tidak celur
- Suhun digoreng
- Bawang goreng
- Kacang goreng
- Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Cara Menghidang:
- Letakkan nasi impit, daging ayam siat, taugeh dan suhun...
- Curahkan sup
- Taburkan bawang goreng, kacang goreng dan daun sup & daun bawang
- Letakkan bergedil dan sambal kicap
- Boleh makan dah...  😊 😊

Nota: untuk resipi begedil dan sambal kicap saya guna versi saya sendiri, kerana resipi begedil yang saya ambil resipi daripada buku Dari Dapur Zarina lebih mudah . Begitu juga sambal kicap.
Selamat mencuba.

No comments: