Wednesday, July 19, 2017

Kuah Kacang Ayam Mudah


Salam,

Resipi kuah kacang ayam ini saya ambil dari FB. Resipinya mudah dan kena dengan selera saya. Saya copy dan paste resipinya tetapi tidak pandai nak buat link. Minta halal kepada tuan punya resipi Moga ilmu masakan ini memberi manafaat kepada kita yang ingin mencuba dan memberi keberkatan kepada yang memakannya. Katanya resipi ini daripada ibunya. Moga segala usaha kita menjadi ibadah. Terima kasih rakan siber.

Bahan-bahan:

- Dada ayam atau mana-mana bahagian yang chef suka. Potong ikut suka.( saya guna sepenuhnya dada ayam)
- 1 kg kacang tanah ( saya guna 500 gm sahaja)
- 1 inci Halia
- 1/2 inci lengkuas
- 5 biji bawang merah (saya tambah bawang holland 2 biji)
- 2 biji bawang putih
- 4 batang serai (dikisar)- saya guna 2 batang sahaja sebab serai susah nak dapat dan mahal.
- 2 batang serai (dititik) - saya guna 1 batang sahaja. Jika guna mengikut resipi asal mungkin lebih wangi dan sedap
- Cili kering 3 genggam - saya guna 3 sudu besar.
- Gula
- Garam - secukup rasa
- Serbuk perasa (optional) - saya tidak guna, cuma memadai dengan gula
- Perahan Asam jawa
Cara- cara :
1. Goreng kacang dgn minyak sampai jadi warna coklat.( saya guna kacang yang telah siap digoreng) Selepas itu blend kacang. Ikut suka hendak halus atau kasar. Saya terkisar halus kerana blender untuk pengisar halus. Kisar kering tidak perlu letak air.
2. Kisar  halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, serai. Selepas itu kisar pula cili kering.
    Terpulang kepada cara masing-masing. Saya kisar lada kering dan buat sok untuk seminggu. Itu lebih mudah.
3. Dengan menggunakan minyak yg buat goreng kacang tadi, Tumis bahan2 kisar sampai naik bau wangi. (Saya gunakan minyak biasa aje sebab saya gunakan kacang yang telah siap digoreng)
Kacang yang telah saya kisar saya rebus dahulu hingga keluar minyak dan rasa lembut serta berbau wangi)
4. Lepas itu masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masa ini masukkan  garam, gula dan serbuk perasa jika suka. I guna serbuk cukup rasa je sikit. Gula dan garam kena sama banyak. Kalau rasa manis sangat, tambah garam lagi. selepas itu masukkan perahan asam jawa.
Kemudian masukkan ayam yg sudah dicincang, gaul agak2 macam sudah hennak masak ayam itu, masukkan kacang yg dah dikisar tadi. Masukkan serai yg dah dketuk/dititik Gaul smpai masak, jangan lama-lama nanti kacang hangit. Pastikan sentiasa kacau. Jika pekat sangat letak air. 
Ini ialah resipi asal.

Nota:  Saya pula rebus kacang hingga wangi dan berminyak, kemudian diperiuk lain saya tumis seperti dalam resipi asal dan kemudian saya masukkan bahan tumisan kedalam rebusan kacang tersebut. Saya rasa sesiapa boleh buat ikut cara masing-masing).

Boleh di makan dengan ketupat, nasi impit atau boleh juga diletak sebagai bahan tambahan dalam kuah lontong. Juga boleh dimakan dengan sayur-sayur yang telah dicelur seperti pesembur.

Selamat mencuba! 


No comments: