Pertama kali mencuba resepi Soto Ayam ini ketika saya membuat jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya di Kaherah pada tahun 1999. Resepi ini saya ambil/terjumpa daripada sebuah buku masakan tetapi saya sudah lupa nama buku tersebut.Hanya menyalin resepi tidak menulis buku apa. Setiap kali raya, soto ayam ini mesti ada dalam menu saya. Biasanya kuah soto ayam dihidangkan bersama mee hoon atau nasi impit. Resepi asal kuah ini dimakan bersama nasi impit sahaja tetapi melalui pemerhatian saya lebih ramai yang suka makan bersama mee hoon. Bagi saya pula mee kuning @ mee hoon dua-dua saya suka.
Gambar tidak pasti masih ada didalam simpanan atau tidak.
Resepi Soto Ayam
1 ekor ayam ( kerat 4 jika mahu)
2 labu bawang besar
2 batang serai (biasanya letak lebih)
5 cm lengkuas( tidak pernah ukur agak2 aje)
5 helai daun salam kering ( kat Malaysia isi, kat luar negara tak isi, kat Malaysia beli kat pasar malam Bangi)
8 mangkuk sedang air (tak pernah sukat)
10 sudu besar makan minyak masak (tak pernah sukat)
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ayam jika suka
Bahan giling
15 ulas bawang merah( kat luar negara guna bawang besar aje)
8 ulas bawang putih
3.5cm kunyit hidup( biasa guna serbuk, guna kunyit hidup pun tak pernah ukur, janji Nampak kaler kuning)
1 ½ steh jintan manis
1 ½ steh jintan putih
1 ½ steh lada hitam @lada putih(sulah) kak shima suka lada putih
1 ½ steh serbuk ketumbar (akak isi 2 sudu sebab akak suka rasa ketumbar)
Cara:
Hiris bawang besar halus2
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
Masukkan bahan2 gilin dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan air.
Apabila air mendidih, masukkan serai(diketuk),lengkuas(diketuk),daun salam jika ada(jangan tersilap dengan daun selom) dan ayam
Masak ayam sehingga empuk, cucuk ayam dengan garfu nak tau dah masak @ belum. Jika tiada darah keluar bolehlah angkat.
Carik2kan isi ayam dan tulang belulang ayam masukkan semula kedalam kuah.
Isi garam, gula dan kiub ayam, rasa masin dan manisnya.
Sedia untuk dimakan
Bahan-lain
Lontong @ nasi impit
Taugeh
Saderi
Daun bawang
Bawang goreng
Bergedil (resepi kat bawah)
Sambal
7 ulas lada kecil
2 lada besar(merah)
1 ulas bwg putih
Gula
Garam
Kicap.
Cuka @ limau@lime
Tumbuk lumat semua bahan kecuali kicap, gaul sebati masukkan kicap,cuka@asam limau, rasa mengikut citarasa masing.(nak tambah garam@gula@madu.
Begedil ayam atau daging:
Bahan-bahannya:
2 sudu besar minyak
Dikisar:
1 tangkai lada merah
1 ulas bawang merah
150 grm ayam @ mince meat ( ikut sukalah biasanya saya tak ikut sukatan pun)
100 gm @ 1 batang lobak merah
2 sudu besar air
1 sudu besar suhun. Direndam supaya lembut dan dikerat pendek
¼ sudu the lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh penuh bawang goring (biasanya saya isi banyak)
1 sudu besar daun bawang dan daun ketumbar yg tlh dihiris halus. Biasanya saya tak pernah sukat pun.
300 g 2 2 biji kentang- kupas, belah dua, hiris dan goreng hingga masak, toskan dan lecek.
1 biji telur dipukul
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tumis hingga naik bau masukkan ayam @ daging, lobak dan tumis rata.
Tuangkan air, masukkan garam dan lada hitam kacau kemudian masukkan suhun dan bawang goreng. Masak hingga campuran kering.
Angkat daripada dapur dan taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Campurkan kentang lecek dengan ayam/daging bulat2kan. Celup dengan telur dan goreng. Setelah garing toskan.
Tip.
Saya cuma guna telur putih aje, sebab kalau guna telur kuning nanti minyak naik berbuih-buih apabila mengoreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment