Thursday, July 30, 2009

Mee Kari


Nina suka sangat makan mee. Lebih-lebih lagi mee berkuah. Suatu hari saya mencuba resipi mee kari ini. Saya tidak pasti dimana saya salin resipi ini kerana ia telah lama ada dalam simpanan saya. Pertama kali makan Nina kata inilah mee kari yang paling sedap dia pernah makan. Amboi! ni mesti kes nak ambil hati mama!

Nina tidak kisah jika kuah mee kari ini dimakan bersama spaghetti tetapi abah pula tidak suka spaghetti. Oleh itu diusahakan juga membuat mee kuning untuk dimakan bersama kuah mee kari ini.


Mee Kari

50 gm bawang putih
150 gm bawang merah
50 gm lengkuas
25 gm kunyit hidup
40 gm serbuk kari
15 gm sebuk cili

Bahan diatas dikisar dan tumis

8 gm serbuk ketumbar
100 gm udang kering
10 gm buah keras
2 gm daun kari
8 gm bunga kantan

Bahan ini dimasukkan kedalam periuk setelah bahan-bahan yang ditumis naik baunya.
Masak diatas api sederhana dan kacau sehingga pecah minyak

225 gm santan
225 gm air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Kiub ayam jika suka

Masukkan air, renehkan sehingga mendidih. Masukkan santan.
Didihkan, masukkan garam, gula dan kiub ayam.

Bahan-bahan iringan:

225 gm isi ayam ( direbus) , jika suka
350 gm udang (direbus) jika suka
Telur (rebus) dibelah 4
Daun pudina (hiris)jika suka
200 gm kacang panjang (hiris) jika suka
Taugeh
Sawi

Apabila menghidang, masukkan mee, bahan iringan dan tuangkan kuah. Sedia untuk dimakan.

Saya tidak pernah menggunakan kacang panjang kerana tidak ada dijual disini. Ayam pula saya masukkan sekali kedalam kuah ketika merenihkan kuah @ setelah pecah minyak sebelum saya masukan santan. Ikutlah cara masing-masing. Memasak ini perlu mengikut kreativiti masing-masing jangan terlalu terikat dengan cara yang telah ditetapkan.

No comments: