Thursday, July 30, 2009

Ayam Goreng Rangup



Resipi ayam goreng rangup ini diambil daripada Cik Tina adik Yan. rasanya memang sedap dan tidak ada beza dengan KFC. Malah terjamin kebersihan dan tiada rasa was-was kerana kita tahu bahan apa yang kita gunakan. Resipi ini seratus peratus saya salin semula apa yang ditulis oleh Cik Tina. Mintak halal ya Cik Tina.

Bahan-bahan:

1/2 kilo tepung gandum (saya tak guna sebanyak tu)
1/2 cawan serbuk kari ayam (tak pernah sukat)
3 sudu teh serbuk cili ( saya selalu isi lebih)
3 sudu teh serbuk lada sulah (saya kurangkan )
2 sudu teh serbuk penaik (saya guna baking powder)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Gaul sebati semua bahan-bahan tersebut
Sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
Sediakan bekas tepung besar supaya senang untuk mengaul ayam

Cara Penyediaan Ayam
1. Masukkan 2-8 ketul ayam kedalam tepung.
2. Gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang menengak ( gaul rata dan ramas2 sikit)
3. Ambil ayam dan ketuk2 sedikit supaya tepung yang rata dan yang berlebihan jatuh.
4. Masukkan ayam tadi dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga semua ayam dalam tepung tadi habis.
5. Pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan dan rendam selama 10 saat.
6. Kemudian angkat ayam tadi perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.
7. Masukkan semula ayam kedalam tepung tadi.
8. Gaul dan ramas ayam tadi 10 kali secara melintang dan menengak.
9. Bolehlah ulang langkah 1-8 @ sehingga ayam habis.
10.Goreng ayam menggunakan minyak yang panas (deep fry)

Tips:
- untuk ayam daging masak selama 10-15 minit
- untuk ayam tulang 5-10 minit
- drumstick - 15 minit atau masak lama sedikit @ sehingga darah tidak keluar apabila diangkat.

Selamat mencuba. Memang berbaloi..

No comments: