Thursday, August 13, 2009

Pancake (lempeng)

Resipi lempeng ni memang sedap, dulu setiap tahun buat sempena pancake day. Boleh makan dengan madu, jam, kaya @ mengikut selera masing2.

Ingredients:

6 eggs
3 cups fresh milk
3 cups plain flour @ multipurpose flour
pinch of salt
6 tablespoon melted butter or oil

Method:

Beat the eggs well, then beat in the milk,salt,flour an oil or butter.
You can mix all the ingredients in a blender.

Wednesday, August 12, 2009

Rendang Daging Pn Fauzah


Rendang ini ringkas dan sedap. Bahan-bahan pula tidak banyak.
Pn Fauzah bermurah hati menunjukkan kepada kami cara-cara memasak rendang ini.
Tarikh yang tepat demo memasak oleh Pn fauzah saya sudah lupa tetapi yang pasti bulan Mei 2006.
Oleh kerana ramai yang kata rendang ini sedap,seeloknya saya kongsi bersama resipi ini dialam siber tanpa sempadan ini.
Semakin panjang rantaian ilmu ini semakin banyak berkatnya.
Puan Fauzah mintak halal ya!

Bahan-bahan:

2 1/2 kg daging - potong lebar dan besar (saya potong ikut suka citarasa saya)
Kicap masin dan kicap pekat (saya guna kicap pekat sahaja)
8 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
5 biji bawang putih - tumbuk @ hiris
3 cm halia - tumbuk (saya tak pernah sukatpun)
5 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kering yg telah dikisar ( sesiapa yang suka pedas boleh isi banyak)
5 helai daun limau purut (saya isi ikut suka aje, kalau nak bau lebih isi banyak)
12 batang serai -4 batang diketuk dan 8 batang dikisar (saya tidak pernah guna sebanyak itu sebab serai susah nak dapat disini dan harganya mahal)
2 bungkus santan sebuk
gula merah (jika suka)ikut cita rasa masing-masing
Garam dan gula
Asam keping
Minyak

Cara-cara:

1. Daging diperap bersama kicap selama 30 minit.Selepas itu digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga air daging keluar, jangan terlalu garing.

2.Dalam periuk/kuali lain tumiskan serai yg diketuk, bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan cili kacau sehingga cili garing/kering, masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.

3.Masukkan bahan-bahan tumis kedalam periuk daging. Kacau rata, masukkan santan, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping.

4. Kacau sekali-sekala sehingga daging lembut, air mengikut keperluan bagi melembutkan daging (masukkan sedikit2 pada suatu masa untuk melembutkan daging)

4. Apabila daging telah lembut masukkan kerisik, kacau sebati dan angkat.

P/s. Jika menggunakan asam jawa, masukkan asam jawa bersama-sama kerisik.

Selamat Mencuba.

Gulai Ikan Nasi Dagang


Selama 7 bulan di Moscow, saya belum pernah jumpa ikan tongkol. Baru-baru ini teringin hendak makan nasi dagang, jadi saya beli ikan makeral sebagai ganti ikan tongkol. Hasilnya, boleh laa.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Resipi gulai ini saya ambil daripada buku resipi Aneka Hidangan Nasi keluaran Alaf 21.

Bahan-bahan:

1 kg ikan makeral(saya buat 2 ekor besar)
1 1/2 biji kelapa, jadikan 800ml santan (saya guna 1 kotak santan cap ayam)
15 tangkai cili kering- kisar (saya guna 3 sudu besar cili kering kisar)
15 ulas bawang merah - kisar( saya guna 3 biji bawang besar, saya hiris nipis2 sahaja)
8 ulas bawang putih- kisar
3 cm halia -kisar

10 biji cili padi
4cm lengkuas -ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu kecil rata serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintanmanis
3 keping asam keping ( saya guna 5 keping)
minyak masak
Garam dan gula.

Cara-cara:
1. Ikan dipotong dan dibersihkan. Saya potong 4 bahagian. Kukus dengan asam keping dan garam selama 10 minit.( saya rebus menggunakan air yg sedikit bersama garam dan 5keping asam keping selama 15 minit)

2.Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing.

3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, lengkuas dan serbuk jintan manis. Dikacau rata.

4.Masukkan santan, apabila mendidih masukkan ikan(bersama lebihan air rebusan dan saya keluarkan 3 keping asam keping ), garam, gula cili padi. Masak sehingga kuahnya pekat. Rasa masin dan manis mengikut citarasa masing2.

Selamat mencuba

Thursday, July 30, 2009

Sup Ayam



Saya mencuba resipi Sup Ayam ini pada bulan Januari 2006. Sup ini saya jadikan pembuka selera dalam satu majlis makan malam yang saya adakan dirumah.Ramai yang suka, oleh itu hampir setiap kali jamuan dirumah, saya pastikan sup ini ada dalam menu saya. Resipi ini diambil daripada buku resipi Dari Dapur Zarina. Saya banyak mencuba resipi-resipi daripada buku masakan Puan Zarina Ibrahim dan saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Puan Zarina.

Sup Ayam

Bahan-bahan:
400 gm ayam - biasanya jika untuk majlis formal saya gunakan bahagian dada ayam dan dipotong kecil.Jika untuk hidangan keluarga dan kawan-kawan saya gunakan ayam seekor.

Dikisar:
1 cteh penuh halia hiris
2 ulas bawang putih
1 cteh serbuk ketumbar
1/2 cteh serbuk jintan putih
1/2 cteh sebuk kunyit
1 cteh rata serbuk lada putih(sulah)
1/2 cawan air

Gaulkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk: daging ayam,bahan-bahan kisar,semua rempah diatas dan air. Gaul biar sebati campurannya.( biasanya saya perap setengah jam)

3 cbsr minyak

Bahan untuk menumis:
1 kerat kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 biji bawang besar- dihiris halus
5 cawan air
2 batang serai - dititik
10 gm suhun - direndam supaya lembut. Dikerat pendek-pendek
2 butir telur - belah 4 @ 6( saya tidak pernah letak)
2 biji kentang rebus (saya tidak pernah letak)

Hiasan:

bawang goreng (bagi saya mesti)
daun bawang - hiris halus
daun ketumbar - hiris halus

Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Apabila bawangnya sudah garing, masukkan ayam dan bahan2 campurannya. Tumis sehingga bangkit baunya.
Tuangkan air, masukkan serai serai masak hingga mendidih. Kecilkan api, renih hingga ayamnya empuk. Masukkan suhun, didihkan lagi. Keluarkan ayamnya, sejukkan dan siat2 isinya. (kebiasaanya saya potong megikut saiz yang dikehendaki supaya ayam tidak perlu disiat2)

Cara menghidangnya:
Masukkan bahan2 berikut kedalam setiap mangkuk sup:
Sedikit daging ayam yang sudah disat, telur dan kentang yang dipotong baji .(Ini cara menghidang yang ditulis dalam resipi asal tetapi saya tidak pernah mengikut cara ini)Tuangkan kuah dan tabur bawang goreng,daun sup dan daun ketumbar.
Nota: Cara menghidang boleh megikut cara kebiasaan masing-masing.

Selamat mencuba. Memang berbaloi!

Ayam Goreng Rangup



Resipi ayam goreng rangup ini diambil daripada Cik Tina adik Yan. rasanya memang sedap dan tidak ada beza dengan KFC. Malah terjamin kebersihan dan tiada rasa was-was kerana kita tahu bahan apa yang kita gunakan. Resipi ini seratus peratus saya salin semula apa yang ditulis oleh Cik Tina. Mintak halal ya Cik Tina.

Bahan-bahan:

1/2 kilo tepung gandum (saya tak guna sebanyak tu)
1/2 cawan serbuk kari ayam (tak pernah sukat)
3 sudu teh serbuk cili ( saya selalu isi lebih)
3 sudu teh serbuk lada sulah (saya kurangkan )
2 sudu teh serbuk penaik (saya guna baking powder)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

Gaul sebati semua bahan-bahan tersebut
Sediakan air sejuk bersama penapis untuk rendaman ayam
Sediakan bekas tepung besar supaya senang untuk mengaul ayam

Cara Penyediaan Ayam
1. Masukkan 2-8 ketul ayam kedalam tepung.
2. Gaulkan ayam sebanyak 10 kali secara melintang menengak ( gaul rata dan ramas2 sikit)
3. Ambil ayam dan ketuk2 sedikit supaya tepung yang rata dan yang berlebihan jatuh.
4. Masukkan ayam tadi dalam bekas penapis dan ulang langkah 3 sehingga semua ayam dalam tepung tadi habis.
5. Pegang penapis dan masukkan ke dalam air sejuk perlahan-lahan dan rendam selama 10 saat.
6. Kemudian angkat ayam tadi perlahan-lahan supaya tepung tidak lekang.
7. Masukkan semula ayam kedalam tepung tadi.
8. Gaul dan ramas ayam tadi 10 kali secara melintang dan menengak.
9. Bolehlah ulang langkah 1-8 @ sehingga ayam habis.
10.Goreng ayam menggunakan minyak yang panas (deep fry)

Tips:
- untuk ayam daging masak selama 10-15 minit
- untuk ayam tulang 5-10 minit
- drumstick - 15 minit atau masak lama sedikit @ sehingga darah tidak keluar apabila diangkat.

Selamat mencuba. Memang berbaloi..

Steak Daging



Resipi ini diambil daripada majalah masakan. Banyak kali dah buat atas permintaan Adam. Sedap memang lah sedap, tetapi almaklum le.. makan daging banyak sangat nanti lain jadinya.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan utk perap daging:

3 keping daging sirlion @ tenderlion @ batang pinang (sama le tu...)
5 gm sebuk paprika (lada serbuk le tu)
5ml minyak zaitun
1 sudu teh kicap pekat manis (biasa isi lebih)
sedikit garam dan serbuk lada sulah

Cara:
Perapkan daging kira-kira 30 minit. Panggang

Sos Lada Hitam

bahan-bahan:
30ml minyak zaitun
20gm lada hitam ditumbuk kasar
50gm bawang merah cincang
1 sudu besar tepung gamdum
5gm herba campuran (semua boleh didapati di pasar raya)
1 helai daun bay( saya tidak pernah isi pun)
250ml air rebusan daging ( pekat)
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan lada hitam dan bawang merah, tumis kira-kira 3 minit. taburkan tepung gamdum dan masak 2 minit lagi
2. Masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit dan kacau diatas api kecil. Masukkan herba campuran dan daun bay. Kacau sehingga pekat
3. Jika agak cair boleh dimasukkan sedikit lagi tepung jagung dan kacau satu dua minit . Hidang panas-panas.

Coleslaw

bahan:

Bahan 1 :Kubis putih, kubis biji kundang(purple) bawang ( hiris nipis2)@ ikut suka le..
Bahan 2 :mayonis, sour cream( tak ada pun tak apa)lada hitam, lemon juice

Cara: Campurkan bahan 2 kedalam bahan 1 gaul rata. sedia untuk dimakan.

Kentang putar

4 biji kentang direbus dan lecek. Masukkan susu segar, lada sulah, sedikit lada hitam, garam dan kacau rata.
Taburkan cheese parut diatasnya dan bakar. Apabila cheese kekuningan boleh diangkat. Bakar pada kepanasan 180 c.

Kentang goreng

$ biji kentang, potong memanjang, rendam didalam air garam dan kunyit( untuk warna kuning)selama 10 minit.
Goreng sehingga garing/masak.

Tips membuat stik yang sedap:

1. Jika membeli kepingan daging beku, biarkan lembut dahulu sebelum diperap.
2. Apabila membalikakn kepingan stik gunakan penyepit, elakkan menggunakan garfu kerana ia mencucuk daging menyebabkan jusnya keluar.
3. Jangan memasak daging lembut/batang pinag terlalu lama sebab beberapa ketika selepas diangkat proses memasak masih berterusan.


Selamat mencuba.

Soto Ayam

Pertama kali mencuba resepi Soto Ayam ini ketika saya membuat jamuan rumah terbuka sempena Hari Raya di Kaherah pada tahun 1999. Resepi ini saya ambil/terjumpa daripada sebuah buku masakan tetapi saya sudah lupa nama buku tersebut.Hanya menyalin resepi tidak menulis buku apa. Setiap kali raya, soto ayam ini mesti ada dalam menu saya. Biasanya kuah soto ayam dihidangkan bersama mee hoon atau nasi impit. Resepi asal kuah ini dimakan bersama nasi impit sahaja tetapi melalui pemerhatian saya lebih ramai yang suka makan bersama mee hoon. Bagi saya pula mee kuning @ mee hoon dua-dua saya suka.
Gambar tidak pasti masih ada didalam simpanan atau tidak.

Resepi Soto Ayam

1 ekor ayam ( kerat 4 jika mahu)
2 labu bawang besar
2 batang serai (biasanya letak lebih)
5 cm lengkuas( tidak pernah ukur agak2 aje)
5 helai daun salam kering ( kat Malaysia isi, kat luar negara tak isi, kat Malaysia beli kat pasar malam Bangi)
8 mangkuk sedang air (tak pernah sukat)
10 sudu besar makan minyak masak (tak pernah sukat)
Garam dan gula secukup rasa
Kiub ayam jika suka

Bahan giling

15 ulas bawang merah( kat luar negara guna bawang besar aje)
8 ulas bawang putih
3.5cm kunyit hidup( biasa guna serbuk, guna kunyit hidup pun tak pernah ukur, janji Nampak kaler kuning)
1 ½ steh jintan manis
1 ½ steh jintan putih
1 ½ steh lada hitam @lada putih(sulah) kak shima suka lada putih
1 ½ steh serbuk ketumbar (akak isi 2 sudu sebab akak suka rasa ketumbar)

Cara:
Hiris bawang besar halus2
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
Masukkan bahan2 gilin dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan air.
Apabila air mendidih, masukkan serai(diketuk),lengkuas(diketuk),daun salam jika ada(jangan tersilap dengan daun selom) dan ayam
Masak ayam sehingga empuk, cucuk ayam dengan garfu nak tau dah masak @ belum. Jika tiada darah keluar bolehlah angkat.
Carik2kan isi ayam dan tulang belulang ayam masukkan semula kedalam kuah.
Isi garam, gula dan kiub ayam, rasa masin dan manisnya.
Sedia untuk dimakan


Bahan-lain
Lontong @ nasi impit
Taugeh
Saderi
Daun bawang
Bawang goreng
Bergedil (resepi kat bawah)


Sambal
7 ulas lada kecil
2 lada besar(merah)
1 ulas bwg putih
Gula
Garam
Kicap.
Cuka @ limau@lime

Tumbuk lumat semua bahan kecuali kicap, gaul sebati masukkan kicap,cuka@asam limau, rasa mengikut citarasa masing.(nak tambah garam@gula@madu.

Begedil ayam atau daging:

Bahan-bahannya:

2 sudu besar minyak

Dikisar:

1 tangkai lada merah
1 ulas bawang merah
150 grm ayam @ mince meat ( ikut sukalah biasanya saya tak ikut sukatan pun)
100 gm @ 1 batang lobak merah
2 sudu besar air
1 sudu besar suhun. Direndam supaya lembut dan dikerat pendek
¼ sudu the lada hitam kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh penuh bawang goring (biasanya saya isi banyak)
1 sudu besar daun bawang dan daun ketumbar yg tlh dihiris halus. Biasanya saya tak pernah sukat pun.
300 g 2 2 biji kentang- kupas, belah dua, hiris dan goreng hingga masak, toskan dan lecek.
1 biji telur dipukul

Cara membuatnya:

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar tumis hingga naik bau masukkan ayam @ daging, lobak dan tumis rata.
Tuangkan air, masukkan garam dan lada hitam kacau kemudian masukkan suhun dan bawang goreng. Masak hingga campuran kering.
Angkat daripada dapur dan taburkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar. Campurkan kentang lecek dengan ayam/daging bulat2kan. Celup dengan telur dan goreng. Setelah garing toskan.

Tip.
Saya cuma guna telur putih aje, sebab kalau guna telur kuning nanti minyak naik berbuih-buih apabila mengoreng.