Wednesday, August 12, 2009

Gulai Ikan Nasi Dagang


Selama 7 bulan di Moscow, saya belum pernah jumpa ikan tongkol. Baru-baru ini teringin hendak makan nasi dagang, jadi saya beli ikan makeral sebagai ganti ikan tongkol. Hasilnya, boleh laa.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Resipi gulai ini saya ambil daripada buku resipi Aneka Hidangan Nasi keluaran Alaf 21.

Bahan-bahan:

1 kg ikan makeral(saya buat 2 ekor besar)
1 1/2 biji kelapa, jadikan 800ml santan (saya guna 1 kotak santan cap ayam)
15 tangkai cili kering- kisar (saya guna 3 sudu besar cili kering kisar)
15 ulas bawang merah - kisar( saya guna 3 biji bawang besar, saya hiris nipis2 sahaja)
8 ulas bawang putih- kisar
3 cm halia -kisar

10 biji cili padi
4cm lengkuas -ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu kecil rata serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintanmanis
3 keping asam keping ( saya guna 5 keping)
minyak masak
Garam dan gula.

Cara-cara:
1. Ikan dipotong dan dibersihkan. Saya potong 4 bahagian. Kukus dengan asam keping dan garam selama 10 minit.( saya rebus menggunakan air yg sedikit bersama garam dan 5keping asam keping selama 15 minit)

2.Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing.

3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, lengkuas dan serbuk jintan manis. Dikacau rata.

4.Masukkan santan, apabila mendidih masukkan ikan(bersama lebihan air rebusan dan saya keluarkan 3 keping asam keping ), garam, gula cili padi. Masak sehingga kuahnya pekat. Rasa masin dan manis mengikut citarasa masing2.

Selamat mencuba

No comments: