Wednesday, August 12, 2009

Rendang Daging Pn Fauzah


Rendang ini ringkas dan sedap. Bahan-bahan pula tidak banyak.
Pn Fauzah bermurah hati menunjukkan kepada kami cara-cara memasak rendang ini.
Tarikh yang tepat demo memasak oleh Pn fauzah saya sudah lupa tetapi yang pasti bulan Mei 2006.
Oleh kerana ramai yang kata rendang ini sedap,seeloknya saya kongsi bersama resipi ini dialam siber tanpa sempadan ini.
Semakin panjang rantaian ilmu ini semakin banyak berkatnya.
Puan Fauzah mintak halal ya!

Bahan-bahan:

2 1/2 kg daging - potong lebar dan besar (saya potong ikut suka citarasa saya)
Kicap masin dan kicap pekat (saya guna kicap pekat sahaja)
8 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
5 biji bawang putih - tumbuk @ hiris
3 cm halia - tumbuk (saya tak pernah sukatpun)
5 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kering yg telah dikisar ( sesiapa yang suka pedas boleh isi banyak)
5 helai daun limau purut (saya isi ikut suka aje, kalau nak bau lebih isi banyak)
12 batang serai -4 batang diketuk dan 8 batang dikisar (saya tidak pernah guna sebanyak itu sebab serai susah nak dapat disini dan harganya mahal)
2 bungkus santan sebuk
gula merah (jika suka)ikut cita rasa masing-masing
Garam dan gula
Asam keping
Minyak

Cara-cara:

1. Daging diperap bersama kicap selama 30 minit.Selepas itu digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga air daging keluar, jangan terlalu garing.

2.Dalam periuk/kuali lain tumiskan serai yg diketuk, bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan cili kacau sehingga cili garing/kering, masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.

3.Masukkan bahan-bahan tumis kedalam periuk daging. Kacau rata, masukkan santan, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping.

4. Kacau sekali-sekala sehingga daging lembut, air mengikut keperluan bagi melembutkan daging (masukkan sedikit2 pada suatu masa untuk melembutkan daging)

4. Apabila daging telah lembut masukkan kerisik, kacau sebati dan angkat.

P/s. Jika menggunakan asam jawa, masukkan asam jawa bersama-sama kerisik.

Selamat Mencuba.

No comments: