Wednesday, October 28, 2009

Talam Pandan



Talam Pandan ni saya guna resipi Talam Gula Merah juga, bezanya gantikan gula merah dengan daun pandan.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
5 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air dan tapis)
1 3/4@ 2 cawan gula pasir
5 cawan air (1 cawan untuk mengisar daun pandan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)

Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)

Lapisan Atas

3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi

Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )

Selamat mencuba.

Thursday, October 22, 2009

Acar Datin Nik



Terima kasih Datin Nik kerana sudi berkongsi resipi acar ni. Memang kena dengan selera saya. Pertama kali buat acar ni saya dah puas hati.Resipi ini ditulis sendiri oleh anak Datin Nik dan diberikan kepada saya 2 minggu sebelum saya berpindah ke Moscow. Terima kasih sekali lagi dan mintak halal ya Datin, saya berkongsi resipi dengan rakan-rakan maya.

Mixed Vegetable Pickles

Ingredients:

10 cucumbers - cut into 3x1.5 size
3 carrots - cut as above
250g cabbage - cut 3cm wide
150g long beans
150g cauli flower - cut into small flowered
200g small onions - quartered
6 pcs red chillies - deseeded and quatered
6 pcs green chillies - as above
10 clove garlic - sliced
2 cups roasted peanut- 1 cup whole and 1 cup pounded coarsely
2 cups roasted sesame seeds
4 cups white vinegar
1 cup cooking oil

4 tbsp chilli powder
2 tbsp tumeric powder
3 tbsp water
combine to make into paste **

1 1/2 tsp salt
1 1/3 cups sugar
1 cup raisin

Method:

1. Boil vinegar
2. Blanch all the vegetables separately for about 1-2 mins. Drain and combine to cool in one container
3. Add sugar to the vegetables and mix well
4. Heat one cup of oil in a frying fanand saute the garlic. Brown till fragrant, remove from pan
5. Then saute the paste** until fragrant
6. Add salt, remove pan from the stove and allow to cool.
7. Mix all the sauted ingredients together with oil, garlic, raisins roasted peanuts and sesame seed and remaining ingredients to the vegetables.
8. Mix well and leave overnight before serving.

Nota: Saya buat acar ini sedikit sahaja. Saya kurangkan sukatan semua bahan2 diatas. Begitu juga gula dan garam ikut kesesuaian citarasa masing2.

Selamat mencuba. Memang berbaloi bagi peminat acar.

3.

Talam Gula Merah 2



Sebenarnya Resipi Talam Gula Merah 2(TGM 2) ni sama sahaja seperti Talam Gula Merah
(TGM 1).Saya tidak puas hati rasa TGM 1 yang kurang rasa gula merahnya. Mungkin jenis gula merah yang saya gunakan tidak berwarna gelap dan tidak wangi. Oleh itu saya menambah 1 cawan lagi untuk TGM 2. Hasilnya seperti gambar diatas. Lebih gelap dan lebih terasa gula merahnya, tapi...masih belum mencapai rasa talam gula merah yang arwah emak saya pernah buat. Apa nak buat...balik Malaysia nanti saya mesti cari gula merah asli tu..

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air

Satukan semua bahan-bahan diatas dan sejukkan.
Setelah sejuk masukan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)

Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)

Lapisan Atas

3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras1 sudu kecil garam

Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )

Monday, October 19, 2009

Talam Gula Merah 1



Resipi Talam Gula Merah ni sumbangan Pn Julia.Terima kasih kongsi resipi.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air

Satukan semua bahan-bahan diatas dan sejukkan.
Setelah sejuk masukan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)

Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)

Lapisan Atas

3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras1 sudu kecil garam

Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )

Selamat mencuba

Saturday, October 17, 2009

Talam Pandan Chan



Ok saya nak cerita sedikit pasal Talam Pandan Chan ni.

Pn Chan ni salah seorang staff di KS. Beliau sudah lama tinggal menetap di Stockholm dan telahpun mendapat PR Sweden.
Kepakaran beliau membuat kuih muih nyonya dan pastri memang dah diketahui oleh semua orang yang megenali beliau. Kebetulan suami beliau juga seorang tukang masak direstoran Malaysia di Stockholm.
Pertama kali merasa talam pandan ni saya terus jatuh cinta dengan rasa dan rupanya. Bayangkan lapisan bawahnya berwarna hijau cerah dan bau wangi serta rasa pandan yang segar sangat menyelerakan, sementara lapisan atas putih gebu dan lemak. Cantik dipandang dan rasanya sedap tidak terkata.

Bukan saya nak memuji berlebihan tetapi memang saya tidak pernah makan Talam Pandan yang sesedap itu.
Beliau pula tidak lokek untuk berkongsi resipi dan menunjukkan cara-cara memasak talam ni. Sayangnya pada hari demo memasak Talam Pandan tersebut saya tidak dapat hadir.

Patutlah talam pandannya sedap dan cantik, rupa2nya cara membuatnya agak rumit dan mesti teliti dalam setiap sukatan bahan-bahannya.
Memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai penimbang digital, saya pendamkan saja hasrat untuk mencuba talam ni.

Hinggalah akhirnya saya berpindah ke Moscow dan membeli penimbang digital. Penimbang dah ada, tepung kacang hijau pula tiada di Moscow ni. Semangat yang berkobar-kobar nak mencuba resipi kuih talam ni saya teruskan. Saya goreng kacang hijau dan kisar sendiri. Hasilnya jadilah tepung kacang hijau yang agak kasar walaupun dah diayak berkali2.
Semasa mengisar kacang hijau tu baunya sangat wangi dan saya sangat teruja.

Akhirnya,suatu hari dalam bulan Ramadhan yang lepas saya membuat kuih talam ni.
Apabila saya keluarkan daripada pengukus rupa talam ni sangat sempurna dan hati saya gembira bukan main.Warna hijau tidaklah sehijau Talam Pandan Chan kerana daun pandan yang terhad. Saya membayangkan rasanya mesti seperti Talam Pandan Chan.

Selepas berbuka saya memotong kuih talam ni dan memang cantik rupanya(pada pandangan sayalah) cuma kurang hijau. Tak apalah kata hati saya. Tapi.... bila saya makan rasanya 100% berbeza daripada Talam Pandan Chan. Kenapa???
Saya bagi suami dan anak2 rasa. Hah! nak habiskan sepotong kecil pun mereka tak lalu....

Rupa-rupanya baru saya tau..selepas digoreng tanpa minyak, kacang hijau tu hendaklah dibuang kulitnya sebelum dikisar . Patutlah rasanya semacam. Hanya suami dan anak2 saya aje yang tau rasanya...

Tak apalah kita belajar daripada kesilapan. Sengaja saya letak gambar Talam Pandan Chan yang tidak menjadi ni sebagai kenang-kenangan dan kesungguhan saya nak mencuba resipi ni.

NOTA: Pada 15 Oktober saya telah menerima tepung kacang hijau yang telah diterbangkan khas dari Stockholm. Kawan saya, Pn Faridah bermurah hati membelikan untuk saya atas dasar kawan dan simpati. Sebak dan terharu saya dengan usaha kawan saya ni. InsyAllah saya akan letak gambar Talam Pandan Chan yang sempurna. Tunggu..

Tuesday, October 13, 2009

Jemput-jemput Masin



Bahan-Bahan:

6 senduk kecil tepung serbaguna
1 biji bawang besar (bawang besar kat sini besar sebiji dah cukup)
1 mangkuk kecil taugeh- buang ekor/akar
1/2 batang lobak/karot - potong dadu
2 batang daun bawang
garam secukup rasa
sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
Air panas yang mencukupi.
Minyak untuk mengoreng

Cara:

Campurkan semua bahan dalam mangkuk yang sesuai.
Gaul sebati dan masukkan air panas yang mendidih sedikit demi sedikit.
Kacau sehingga menjadi adunan yang dikehendaki. (adunan ni melekat dan agak susah untuk dikaup balik)
Panaskan minyak, celupkan sudu kedalam minyak yang panas( supaya tidak melekat pada tepung)
Sudukan adunan kedalam minyak yang panas mengikut saiz yang dikehendaki dan goreng sehingga kekuningan.
Ulang sehingga adunan habis.

Nasi Lemak Moscow

Roti Gulung Sosej

Friday, October 2, 2009

Rempeyek Azah



Saya namakan rempeyek Azah kerana Pn Azah sudi membancuh adunan remepyek ni. Saya cuma bawa bahan kerumah dia dan semuanya beres. Malangnya, dek kerana kesuntukan masa saya perap bancuhan ni 5 hari didalam peti ais, hasilnya mungkin tidak sesempurna seperti Pn Azah,tapi bagi saya itu dah kira ok.
Resipi ni tiada sukatan jadi bagi sesiap nak mencuba pandai2lah agak sendiri.

Bahan-bahan:
1 kampit tepung beras (apa2 jenama)
1 kotak santan segera (apa2 jenama, saya guna cap Ayam, jika ada santan segar lagi sedap)
2 sudu besar ketumbar( mungkin lebih kot!)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan hitam( maaf le kelirulah mana satu jintan manis dan jintan putih tapi dua2 masuk dalam adunan, rupanya macam padi tu)
4 sudu besar udang kering yang telah dimesin halus-saya memang simpan udang kering yang telah dimesin halus( kata chef kalau kisar kasar2 lagi bagus)
3 ulas bawang putih- ditubuk lumat
3 sudu air kapur
Air biasa secukupnya
Garam dan gula sesedap rasa

Cara-cara:
Rendam ketumbar, jintan manis, jintan putih didalam air panas. selepas itu ditumbuk kasar2
Masukkan tepung kedalam mangkuk besar,campurkan santan, air kapur, udang kering, ketumbar,jintan2 yang telah ditumbuk dan bawang putih.
Masukkan santan dan air sedikit2 dan kacau sebati.Jadikan adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Ini yang saya katakan kena agak2 sendiri dan cuba goreng dulu.
Jika terlalu keras campurkan air sedikit2 sehingga dapat adunan yang dikehendaki.

Selamat mencuba.