Saturday, October 17, 2009

Talam Pandan Chan



Ok saya nak cerita sedikit pasal Talam Pandan Chan ni.

Pn Chan ni salah seorang staff di KS. Beliau sudah lama tinggal menetap di Stockholm dan telahpun mendapat PR Sweden.
Kepakaran beliau membuat kuih muih nyonya dan pastri memang dah diketahui oleh semua orang yang megenali beliau. Kebetulan suami beliau juga seorang tukang masak direstoran Malaysia di Stockholm.
Pertama kali merasa talam pandan ni saya terus jatuh cinta dengan rasa dan rupanya. Bayangkan lapisan bawahnya berwarna hijau cerah dan bau wangi serta rasa pandan yang segar sangat menyelerakan, sementara lapisan atas putih gebu dan lemak. Cantik dipandang dan rasanya sedap tidak terkata.

Bukan saya nak memuji berlebihan tetapi memang saya tidak pernah makan Talam Pandan yang sesedap itu.
Beliau pula tidak lokek untuk berkongsi resipi dan menunjukkan cara-cara memasak talam ni. Sayangnya pada hari demo memasak Talam Pandan tersebut saya tidak dapat hadir.

Patutlah talam pandannya sedap dan cantik, rupa2nya cara membuatnya agak rumit dan mesti teliti dalam setiap sukatan bahan-bahannya.
Memandangkan ketika itu saya tidak mempunyai penimbang digital, saya pendamkan saja hasrat untuk mencuba talam ni.

Hinggalah akhirnya saya berpindah ke Moscow dan membeli penimbang digital. Penimbang dah ada, tepung kacang hijau pula tiada di Moscow ni. Semangat yang berkobar-kobar nak mencuba resipi kuih talam ni saya teruskan. Saya goreng kacang hijau dan kisar sendiri. Hasilnya jadilah tepung kacang hijau yang agak kasar walaupun dah diayak berkali2.
Semasa mengisar kacang hijau tu baunya sangat wangi dan saya sangat teruja.

Akhirnya,suatu hari dalam bulan Ramadhan yang lepas saya membuat kuih talam ni.
Apabila saya keluarkan daripada pengukus rupa talam ni sangat sempurna dan hati saya gembira bukan main.Warna hijau tidaklah sehijau Talam Pandan Chan kerana daun pandan yang terhad. Saya membayangkan rasanya mesti seperti Talam Pandan Chan.

Selepas berbuka saya memotong kuih talam ni dan memang cantik rupanya(pada pandangan sayalah) cuma kurang hijau. Tak apalah kata hati saya. Tapi.... bila saya makan rasanya 100% berbeza daripada Talam Pandan Chan. Kenapa???
Saya bagi suami dan anak2 rasa. Hah! nak habiskan sepotong kecil pun mereka tak lalu....

Rupa-rupanya baru saya tau..selepas digoreng tanpa minyak, kacang hijau tu hendaklah dibuang kulitnya sebelum dikisar . Patutlah rasanya semacam. Hanya suami dan anak2 saya aje yang tau rasanya...

Tak apalah kita belajar daripada kesilapan. Sengaja saya letak gambar Talam Pandan Chan yang tidak menjadi ni sebagai kenang-kenangan dan kesungguhan saya nak mencuba resipi ni.

NOTA: Pada 15 Oktober saya telah menerima tepung kacang hijau yang telah diterbangkan khas dari Stockholm. Kawan saya, Pn Faridah bermurah hati membelikan untuk saya atas dasar kawan dan simpati. Sebak dan terharu saya dengan usaha kawan saya ni. InsyAllah saya akan letak gambar Talam Pandan Chan yang sempurna. Tunggu..

1 comment:

Sue said...

kita tak cuba2 lagi sebab tak jumpa air alkali. kat moscow ade ke? nanti bila dah settle kat paris, kita nak cuba la recipe2 awak...