Friday, August 7, 2020

Kuah Kacang Ankara

Salam,
Kuah kacang kali ini ialah kuah kacang resipi Pn Faezah. Sekali saya makan kuah kacang beliau terus teringat kuah kacang Haji Samuri.
Resepi kuah Kacang :-
Bahan-bahan;

-1kg kacang tanah digoreng bersama sedikit minyak masak dan ditumbuk atau di blend bersama kulit.
2 sudu teh cili giling

* 1 biji bawang besar
*1.5 inci halia
*3 ulas bwg putih
(*) blend bersama

- Gula merah
-2 batang serai diketuk
- 1sudu teh garam(atau secukup rasa spy ada rasa lemak manis bila bercampur dgn gula)
- gula merah/ gula putih secukup rasa.
-asam keping/ air asam jawa

Cara- caranya :-
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg telah diblend smpai wangi.
Masukkan pes cili kering tumis sampai pecah minyak dan cili masak.
Isi periuk dgn air diikuti dgn kacang yg dah diblend/tumbuk.biasa saya akan blend separuh tumbuk separuhm Masukkan asam jawa.
Perasa dgn garam dan gula merah.
Sambung kacau sampai kuah kacang pekat.. Isi air lagi. Proses dlm masa 1 jam.
Sedia utk dihidang.

Rendang Ayam Cili Api

 

Gambar Rendang Ayam Cili Api ini agak hancur kerana diambil setelah dua hari dimasak. gara2 terlupa .

Salam,

Sejak saya merasa rendang Nogori yang dibawa oleh Mak Da semasa melawat kami di NYC, saya tidak boleh lupa  keenakan rendang Nogori. Mak Da bagitau kawan dia memang jual dan buat bisnes rendang Nogori tu. Jadi tipislah harapan nak menginding resipinya. Sejak itu saya mencuba beberapa resipi rendang Nogori tetapi tidak ada yg menepati cita rasa. Akhirnya saya lupakan ajelah.

Baru-baru ini saya mencuba resipi Rendang Ayam Cili api daripada YouTuber Kak Long.

Masih jugak tidak menepati rasa seperti rendang Nogori yang Mak da bawa dulu. Saya derhaka sedikit dengan resipi rendang Kak Long ini dengan meletak daun limau purut.

Bahan-bahan;

1 ekor ayam

6 ulas bawang putih

6 biji bawang merah

4 batang serai

2 inci halia

3 keping asam keping

1 1/2 inci kunyit hidup

25 ulas cili api@ikut kesukaan masing2. Hendak pedas atau kurang pedas

600ml santan

Satu paket @110gm kerisik

Minyak untuk menumis, garam kasar dan gula secukup rasa.

Cara-cara;

1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Ketuk halia

3. Kisar cili padi dan kunyit hidup

4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

5. Masukkan cili padi, gaul rata hingga naik bau dan masukkan serai ketuk.

6. Kacau sekejab masukkan ayam dan asam keping. Kacau sekejab dan tutup untuk kecutkan ayam.

7. Kacau selalu takut berkerak dibawah. Taburkan garam kasar, kacau dan tutup semula untuk keringkan air yg daripada ayam.

8. Masukkan santan apabila air ayam hampir kering. kacau rata dan masukkan kerisik.

9. Kacau lagi sehingga ayam masak dan tutupkan api mengikut kepekatan yang dikendaki.

p/s. Mengikut pendapat saya masih belum menyamai rendang Nogori yang Mak Da bawa dulu.

Selamat mencuba.



Wednesday, November 27, 2019

Nasi Briyani Istimewa

Salam,
Resipi Nasi Briyani ini saya melihat sendiri bagaimana ia dimasak dan disediakan oleh Pn Bee. Malangnya tiada sukatan yang diberi.

Dikisar;
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Boleh dikisar bersama@ asing-asing
Rempah 4 sekawan(kulit kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang)
Halia, bawang putih, bawang besar hiris(utk tumis)
Daun pudina dan daun ketumbar
Petua - lagi banyak bahan lagi sedap
Serai
Tomato
Yogurt
Susu
Minyak sapi
Gajus, badam (kisar) semua jenis kacang kecuali kacang tanah.
Minyak masak

Rempah untuk nasi; @utk ayam
1. Minyak campur minyak sapi
2. Tumis;
Bawang besar hingga garing, daun pandan, serai (potong kecil2
4 sekawan (banyak)
Halia( hiris halus2)
Tomato ( hiris)
Daun pudina dan ketumbar
* nasi minyak jangan letak ketumbar
3 senduk ( halia+bawang blend)
3 sudu besar gajus@ kekacang ( lagi.banyak lagi baik)
Yogurt
Shan powder
Susu biasa 2 pots biasa
Masukkan air ikut sukatan beras yang dikendaki
Garam dan gula
Sementara menunggu mendidih boleh rendam beras
Beras rendam 5 minit@apabila beras dah kelihatan putih
Tips, tutup/cabut elektrik bila dah masak
Letak perwarna kuning dan kacau perlahan2/lembut. Taburkan daun pudinadan ketumbar dan tutup
Masa menghidang tabur daun pudina, ketumbar dan bawang goreng
Cara basuh beras, dikacau perlahan-lahan supaya beras tidak patah.

Saturday, May 18, 2019

Asam Pedas Daging Tetel

Salam,
Resepi Asam pedas daging tetel
Bahan2
1 kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
Bwg merah kecik 4 biji
 *Bwg putih 5 ulas
*Halia 1 inci
*Lengkuas 1 inci 
*Kunyit hidup 1 inci 
*Belacan 1 inci 
*1 sudu kecil lada hitam 
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*1 mangkuk air asam jawaGula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 btg serai ketuk

Caranya:
-rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam
-kisar bahan2 bertanda * sehingga halus
-panaskan minyak tumis bahan2 yg di kisar td smp garing
-masukkan daging tetel.. masak smp keluar air daging td
-masukkan air asam jawa, serai yg diketuk n daun limau purut
-rasakan dgn garam n gula melaka.. masak smp daging empuk
-blh jgk kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jgn dibuang blh masukkan dlm kuah nt
Selamat Mencuba!

Kredit: Zaimah Zakaria

Kek Coklat Cheese Kukus

Saya sudah mencuba Kek Coklat Cheese kukus beberapa kali. Semua yang makan Kek Coklat kukus Cheese ini mengatakan rasanya sedap dan mohon berkongsi resipi.
Resipi Kek Coklat Cheese kukus ini saya salin dari Facebook tetapi saya tidak menyalin nama penyumbang resipi ini. Saya mohon halal dan saya memanjangkan rantaian ilmu ini. Semoga tuanpunya resipi diberikan pahala atas ilmu ini. Mohon halal.

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cawan gula *
1 cawan susu cair*( saya guna susu segar kerana tiada susu cair)
1 cawan koko* ( saya telah mencuba menggunakan beberapa brand koko, hasilnya ada yang terlebih pahit, jadi pastikan koko yang anda gunakan. Jika tidak suka terlalu pahit kurangkan sukatan koko)
1 cawan minyak jagung@sebarang minyak masak*

Bahan B
3 biji telur gred A

Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri -110gm ( saya menggunakan tepung serbaguna dan meletakkan 1 sudu kecil baking powder)

Bahan untuk Cheese
250 gm cream cheese*
60 gm gula kastor* (setengah cawan Royal Thai) - cawan yang saya selalu gunakan.
25 gm tepung gandum* (  1/3 cawan Royal Thai)
25 gm susu segar*
1 biji telur

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A bertanda * dan masak di atas api kecil. Kacau supaya tidak berketul .Apabila sudah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
2. Pukul baan B sampai kembang dan gebu dan masukkan bahan A, kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C dan kacau sehingga sebati.
3. Adunan Coklat dibahagi 2. Tuangkan sebahagian adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak, kemudian diikuti dengan adunan cheese dan kukus sehingga masak.
4. Setelah itu tuang sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat, menjadikan tiga lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.
5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
6. Loyang kek hendaklah di alas dengan kertas minyak dan disapu mentega/minyak.

Cara membuat adunan cheese:
Pukul semua bahan yang bertanda *kecuali telur sehingga gebu dan masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

Selamat Mencuba.

Ramadhan 2019 M @ 1440 H

Assalamualaikum,

Hari ini 19 Mei 2019 bersamaan 14 Ramadhan 1440 H. Saya hanya ingin bercerita pasal Ramadhan. Petang semalam kami berbuka beramai-ramai dan saya sempat menyediakan kari ayam, kuih lapis dan teh tarik sahaja.

Alhamdulillah pada tahun ini Turki berpuasa pada musim bunga. Masa berpuasa hanya 16 jam berbanding pada tahun lepas. Cuaca pada musim bunga mendung dan hujan sekali sekala. Bagi anak-anak memamng dipermudahkan untuk berpuasa.

Semoga ibadat puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah SWT menerima segala ibadat kita tanpa hijab. Insya Allah.

Saturday, July 22, 2017

Biskut Mazola @ Biskut Kacang Tanah Mudah Raya 2017


Salam,

Biskut Mazola ialah biskut kesukaan suami saya. Hari Raya 2017 saya berbelah bahagi hendak buat kuih raya atau tidak. Waktu berpuasa yang panjang membuat saya malas untuk berlama-lamaan di dapur. Hendak membuat biskut waktu malam rasa sayang pula..kerana waktu malam yang singkat, jika boleh biarlah diisi dengan ibadat-ibadat sahaja. Hakikatnya mungkin sebab anak tidak beraya bersama kami, itu yang membuat tiada rasa untuk membuat persiapan raya. Walaupun begitu mengetahui suami suka biskut ini, akhirnya hari terakhir puasa saya buatkan juga. Meskipun rupanya tidak senonoh tapi rasanya tiada berbeza seperti tahun-tahun yang lalu. Maafkan daku suamiku..rupa Biskut Mazola yang seadanya.
Resipi yang mudah dan sedap rasanya.

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3 cawan kacang tanah
1 biji kuning telur
1 sdk serbuk penaik
1 sdk perasa vanila
1 1/2 cawan minyak mazola/minyak jagung @
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur untuk disapu diatas biskut sebagai hiasan
Boleh juga diletakkan ceri atau apa-apa yang sedap mata memandang sebagai hiasan.

Cara:
1. Kacang tanah dibakar/panggang didalam oven dengan kepanasan 185 C sehingga kekuningan dan rangggup. Tumbuk/kisar sehingga hancur.(Jangan sampai berminyak) Jika hendak senang beli sahaja kacang yang telah digoreng(seperti yang saya buat tahun ini)
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
3. Campurkan tepung yang telah diayak, gula, kacang tanah, kuning telur dan perasa vanila. Gaul sebati.
4. Curahkan minyak mazola kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang dikehendaki @ sehingga mendapat doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran masing2. Boleh juga dibulat2kan @ dipotong2. (saya buat bulat-bulat dan bila dibakar menjadi kembang setaman kerana hendak cepat)
6. Sapukan kuning telur diatasnya.
7. bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada kepanasan 160-175 C selama 15 minit @ sehingga masak.