Gambar Rendang Ayam Cili Api ini agak hancur kerana diambil setelah dua hari dimasak. gara2 terlupa .
Salam,
Sejak saya merasa rendang Nogori yang dibawa oleh Mak Da semasa melawat kami di NYC, saya tidak boleh lupa keenakan rendang Nogori. Mak Da bagitau kawan dia memang jual dan buat bisnes rendang Nogori tu. Jadi tipislah harapan nak menginding resipinya. Sejak itu saya mencuba beberapa resipi rendang Nogori tetapi tidak ada yg menepati cita rasa. Akhirnya saya lupakan ajelah.
Baru-baru ini saya mencuba resipi Rendang Ayam Cili api daripada YouTuber Kak Long.
Masih jugak tidak menepati rasa seperti rendang Nogori yang Mak da bawa dulu. Saya derhaka sedikit dengan resipi rendang Kak Long ini dengan meletak daun limau purut.
Bahan-bahan;
1 ekor ayam
6 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
4 batang serai
2 inci halia
3 keping asam keping
1 1/2 inci kunyit hidup
25 ulas cili api@ikut kesukaan masing2. Hendak pedas atau kurang pedas
600ml santan
Satu paket @110gm kerisik
Minyak untuk menumis, garam kasar dan gula secukup rasa.
Cara-cara;
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Ketuk halia
3. Kisar cili padi dan kunyit hidup
4. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
5. Masukkan cili padi, gaul rata hingga naik bau dan masukkan serai ketuk.
6. Kacau sekejab masukkan ayam dan asam keping. Kacau sekejab dan tutup untuk kecutkan ayam.
7. Kacau selalu takut berkerak dibawah. Taburkan garam kasar, kacau dan tutup semula untuk keringkan air yg daripada ayam.
8. Masukkan santan apabila air ayam hampir kering. kacau rata dan masukkan kerisik.
9. Kacau lagi sehingga ayam masak dan tutupkan api mengikut kepekatan yang dikendaki.
p/s. Mengikut pendapat saya masih belum menyamai rendang Nogori yang Mak Da bawa dulu.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment