Thursday, October 22, 2009
Talam Gula Merah 2
Sebenarnya Resipi Talam Gula Merah 2(TGM 2) ni sama sahaja seperti Talam Gula Merah
(TGM 1).Saya tidak puas hati rasa TGM 1 yang kurang rasa gula merahnya. Mungkin jenis gula merah yang saya gunakan tidak berwarna gelap dan tidak wangi. Oleh itu saya menambah 1 cawan lagi untuk TGM 2. Hasilnya seperti gambar diatas. Lebih gelap dan lebih terasa gula merahnya, tapi...masih belum mencapai rasa talam gula merah yang arwah emak saya pernah buat. Apa nak buat...balik Malaysia nanti saya mesti cari gula merah asli tu..
Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air
Satukan semua bahan-bahan diatas dan sejukkan.
Setelah sejuk masukan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)
Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)
Lapisan Atas
3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras1 sudu kecil garam
Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sedap apam ni Kak Shima. Adam tibai semua sekali..kita sempat merasa sikit saja! Ni yg kena belajar buat cepat2 ni!
Sorry kak Shima..
bukan apam..talam..eh! pepagi tershasyul plak..
ptg ni dok tengah buat talam gula merah ni..harap2..menjadiklah cam akak punya...
Post a Comment