Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts

Thursday, February 28, 2008

Muffin Pisang

adunan muffin
..yang dah masak, ok lah kan..

Resepi Muffin boleh rujuk entri sebelum ini. Kli ni saja nak tunjuk gambar kerana percubaan kali kedua agak cantik dan sedap rasanya.

Monday, January 28, 2008

Muffin pisang

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang yang besar ( lecek,mashed)
3/4 cawan gula
1 biji telur saiz besar
1/3 cawan butter (cairkan dan sejukkan)

Cara-cara:

1. Panaskan oven 175 darjah celcius
2. Ayak bersama tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan ketepikan.
3. Campurkan pisang , gula, telur dan butter yang telah dicairkan tadi gaul dan pukul hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Masukan dalan kertas muffin.
5. Bakar selama 15 minit @ sehingga masak)

p/s Long, ni pertama kali saya buat muffin, acuan muffin tak ada, jadi saya atur aje kertas muffin dalam loyang pembakar, hasilnya tentulah tak cantik. Rasa... kira oklah..bagi percubaan pertama.




Friday, December 28, 2007

Kek Kukus Buah-buahan


Resepi Kek kukus buah-buahan ni diambil daripada mak saudara suami. Rasanya memang sedap. Saya suka rasa masam kismis, oleh itu saya saya tidak letak buah-buahan campuran sebaliknya gantikan dengan kismis.
Bahan-bahan:
5 biji telur (grade A @ besar)
2 cawan marjerin @ butter
21/3 gula halus
1 cawan gula kasar ( dihanguskan) menggunakan 1/3 air
4 cawan tepung gandum/serbaguna
2 sudu cream of tartar ( saya tak letak sebab tak ada)
2 sudu soda bikarbonat
375 gm buah-buahan campuran @ kismis
1 camca teh esen limau (saya letak vanilla sebab tak ada)
Cara:
1. Pukul telur secara berasingan sehingga kembang
2. Pukul marjerin dengan gula sehingga ringan dan gebu dan masukkan telur pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan gula hangus.
4. Tepung gandum, cream of tartar dan soda bikarbonat diayak bersama dan gaulkan bersama -sama dengan buah-buahan campuran.
5. Masukkan campuran tepung kedalam adunan gula tadi, gaul sebati.
6. Kukus selama 4 jam .Tutup loyang menggunakan aluminium bagi mengelakkkan wap kukusan masuk kedalam adunan kek.
Nota: Long, saya tidak menggunakan aluminium , sebaliknya menggunakan kain untuk membalut bawah penutup kukus supaya air /wap tidak jatuh kedalam loyang kek.
Selama kat sini saya dah 4 kali membuat kek ini, sekali gunakan buah-buahan campuran tiga kali gunakan kismis. Saya memang suka tapi....kena tahanlah..nanti "curve"langsung tak dak!!! hehheheeh....
Selamat Mencuba.

Tepung Kacau dan Sirap gula Melaka




Resipi diambil daripada blog/fotopages di alam siber. Terima kasih.

Bahan-bahan:

100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee @ tepung pulut
1 sudu teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:

Satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api sederhana.
Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Masak sehingga pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan kedalam bekas yang sesuai.

Sirap Gula
2 ketul gula kabong @ 150gm gula merah
1 sudu besar gula pasir (jika suka manis)
Daun pandan

cara-cara:
Satukan semua bahan dalaperik dan jerang diatas api dan masak sehingga gula larut.
Tapis dan sejukkan.

Tuangkan sirap gula kedalam som-som apabila menghidang.

2 ketul gula kabong @ gula merah @ gula Melaka