Monday, February 13, 2017

Bulan dua 2017

Salam,
Telah berada di bulan dua 2017.

Sunday, October 16, 2016

Keinginan vs kemalasan

Salam,

 Ada yang tidak kena dengan blog masak2 saya ni..keinginan untuk mengemas kini sentiasa ada tetapi perasaan malas itu terlalu tebal ditambah dengan halangan teknikal yang memeningkan kepala. ARGHHH...

Thursday, January 14, 2016

Kek Pisang Mudah

Kek Pisang Mudah

 Resipi saya ambil seratus peratus dari blog Selera Sakura. Terima kasih atas perkongsian siber ini.
Bahan-bahan:

4 biji telur gred 8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan) Saya guna pisang Dole ala2 pisang embun gitu
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung Saya guna minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen pisang sedikit kismis (ikut suka) sedikit garam

 Cara-cara:

 1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
 2. Griskan loyang yang anda ada.
 3. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
 4. 7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
 5. Pukul telur bersama gula dan esen pisang, masukkan mentega cair/minyak jagung.
 6. Kemudian masukkan tepung dan kismis, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.
 7. Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
 8. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak .

 Terima kasih Selera Sakura. Kek saya menjadi dengan jayanya.

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Resipi Kek Gula hangus

Saya ambil resipi ini daripada blog Nita. Mungkin saya terlebih bakar, hasilnya agak kering dan liat. Terima kasih atas perkongsian siber ini

Bahan-bahan:
 1 cawan gula
 1 cawan air panas
 1 cawan tepung gandum
 1 cawan susu pekat
 2 camca teh soda bikarbonat
 4 biji telur
 2 camca besar mentega

Cara-cara:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan kacau hingga cair. Berhati-hati semasa masukkan air, sebab gula akan meletup-letup.
3. Kemudian masukkan mentega dan sejukkan.
4. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang .
5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
6. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau rata.
8. Perap adunan selama 3-4 jam .
9. Bakar dengan api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.

Saya dah cuba. Hasil seperti diatas. Anda bila lagi??

Monday, March 23, 2015

Kuih Talam Ubi







Salam, Hasil kuih Talam Ubi setelah 5 tahun tidak mengukus kuih talam.

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1. 400 gm ubi kayu yang telah diparut dan diperah air sagunya.
2. 1 cawan gula
3. 2 sudu makan tepung ubi kayu
4. 2 sudu makan tepung beras
5. 1 1/2 cawan santan
6. Perisa pandan @ air daun pandan yang dikisar dengan 1/2 cawan air tadi( pewarna hijau)

Lapisan atas:
1. 2 cawan santan
2. 5 sudu makan tepung beras
3. 2 sudu tepung jagung
4. Secubit garam

Cara-cara:
1. Campur semua bahan-bahan lapisan bawah, tapis dan masukkan kedalam loyang pengukus.
2. Kukus selama 30 minit. (Pastikan air kukusan telah mendidih )
3. Campurkan semua bahan-bahan lapisan bawah dan masakkan diatas api perlahan sehingga pekat. Pastikan dikacau selalu supaya tidak berketul-ketul.(sama seperti membuat puding kastad)
4. Lapisan bawah yang telah masak tadi dicucuk dengan garfu dan tuangkan lapisan atas tadi.
5. Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan bolehlah dipotong mengikut cara masing-masing.

Tuesday, March 3, 2015

Rendang Padang




Resipi ini diberi oleh seorang kawan zaman universiti dahulu kala. Saya namakan Chef HS. Sudah lama saya mencari resipi rendang pedas Nogori Sembilan ni. 

Bahan-bahan:
1 kilo daging
4 biji kelapa parut
1 labu bawang putih - hiris
3 inci halia - dihiris halus-halus
20 biji bawang kecil - hiris
4 sudu kecil kunyit serbuk 
4 batang serai - ketuk
Sesenduk cili api @ ikut kepedasan yang dikehendaki
Sesenduk cili kering yang telah di mesin
4 sudu rempah - kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, jintan manis dan cengkih - blend kering dan tapis. apabila semua telah diblend campurkan semua rempah dan ambil dalam 4 sudu. 
Garam dan gula sesedap rasa
Tips: Jika hendak sedap masukkan pucuk ubi kayu @ pucuk maman.

Cara-cara:
1. Masukkan daging dalam kuali, minyak masak sesenduk, kunyit serbuk dan lain-lain bahan tadi. Masukkan santan dan pastikan daging tenggelam dalam santan tu.
2. Masak hingga mengelegak, api hendaklahlah dipastikan sederhana apabila kuah telah mula mengelegak. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa yang dikehendaki. 
3. Sentiasa kacau sehingga rendang kering dan bertukar warna hitam. Hendaklah sentiasa dikacau supaya rendang tidak berkerak dan hangit.
4. Apabila telah benar-benar kering angkat dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Ulasan saya: Saya pernah makan rendang kering Negeri Sembilan yang sangat sedap. Rendang itu ditempah oleh mak saudara daripada kawan sepejabatnya. Resipi diatas 
tidak dapat mengatasi rendang negeri yang mak saudara beli drpd kawannya itu. Oooo...


Kuih Bakar Pandan















Kuih Bakar 

Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula ( ikut suka masing-masing nak tambah @ nak kurangkan)
1 cawan telur ( biasanya telur besar 3 biji telur kecil 4 biji)
6 helai pandan( kisar dan tapis)
31/2 cawan santan ( saya gunakan santan tin)
Bijan
Pewarna hijau (jika suka)

* daun pandan tu saya kisar dengan 1 cawan air dan saya kurangkan santan kepada 21/2 cawan. apapun ikut suka cara masing-masing. Saya tambah 2 sudu besar tepung gandum sebab saya suka kuih yang agak keras .

Cara-cara:
1. Panaskan acuan kuih bakar atas api perlahan, letak sedikit butter. Waktu yang sama panaskan oven 180 darjah c.
2. Kisar semua bahan diatas didalam pengisar sehingga sebati. Jika tidak menggunakan pengisar pastikan digaul sebati dan tapis.
3. Tuangkan adunan kedalam acuan kuih bakar dan tabur bijan
4. Pindahkan kedalam oven, bakar selam 40 minit @ sehingga masak.

* jika tiada acuan kuih bakar , gunakan loyang pun ok. Saya dah cuba gunakan loyang dan hasilnya sama, cuma tak ada bentuk.

Selamat mencuba.