Resipi Kek Gula hangus
Saya ambil resipi ini daripada blog Nita. Mungkin saya terlebih bakar, hasilnya agak kering dan liat.
Terima kasih atas perkongsian siber ini
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
Cara-cara:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan kacau hingga cair. Berhati-hati semasa masukkan air, sebab gula akan meletup-letup.
3. Kemudian masukkan mentega dan sejukkan.
4. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang .
5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
6. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau rata.
8. Perap adunan selama 3-4 jam .
9. Bakar dengan api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.
Saya dah cuba. Hasil seperti diatas. Anda bila lagi??
Showing posts with label kek gula hangus. Show all posts
Showing posts with label kek gula hangus. Show all posts
Thursday, January 14, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)


