Tuesday, March 3, 2015

Rendang Padang




Resipi ini diberi oleh seorang kawan zaman universiti dahulu kala. Saya namakan Chef HS. Sudah lama saya mencari resipi rendang pedas Nogori Sembilan ni. 

Bahan-bahan:
1 kilo daging
4 biji kelapa parut
1 labu bawang putih - hiris
3 inci halia - dihiris halus-halus
20 biji bawang kecil - hiris
4 sudu kecil kunyit serbuk 
4 batang serai - ketuk
Sesenduk cili api @ ikut kepedasan yang dikehendaki
Sesenduk cili kering yang telah di mesin
4 sudu rempah - kulit kayu manis, bunga lawang, ketumbar, jintan manis dan cengkih - blend kering dan tapis. apabila semua telah diblend campurkan semua rempah dan ambil dalam 4 sudu. 
Garam dan gula sesedap rasa
Tips: Jika hendak sedap masukkan pucuk ubi kayu @ pucuk maman.

Cara-cara:
1. Masukkan daging dalam kuali, minyak masak sesenduk, kunyit serbuk dan lain-lain bahan tadi. Masukkan santan dan pastikan daging tenggelam dalam santan tu.
2. Masak hingga mengelegak, api hendaklahlah dipastikan sederhana apabila kuah telah mula mengelegak. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa yang dikehendaki. 
3. Sentiasa kacau sehingga rendang kering dan bertukar warna hitam. Hendaklah sentiasa dikacau supaya rendang tidak berkerak dan hangit.
4. Apabila telah benar-benar kering angkat dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Ulasan saya: Saya pernah makan rendang kering Negeri Sembilan yang sangat sedap. Rendang itu ditempah oleh mak saudara daripada kawan sepejabatnya. Resipi diatas 
tidak dapat mengatasi rendang negeri yang mak saudara beli drpd kawannya itu. Oooo...


No comments: