Wednesday, September 23, 2009
Biskut Mazola/biskut kacang
Resipi Biskut Mazola tahun ni berbeza daripada tahun lepas. Resipi ini diambil daripada internet. Terima kasih rakan siber yang telah menyumbang resipi ni.
Tepat dengan selera saya. Mudah, sedap dan pasti jadi.
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3 cawan kacang tanah
1 biji kuning telur
1 sdk serbuk penaik
1 sdk perasa vanila
1 1/2 cawan minyak mazola/minyak jagung @
Minyak jagung secukupnya
Kuning telur untuk disapu diatas biskut sebagai hiasan
Cara:
1. Kacang tanah dibakar/panggang didalam oven dengan kepanasan 185 C sehingga kekuningan dan rangggup. Tumbuk/kisar sehingga hancur.(Jangan sampai berminyak)
2. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
3. Campurkan tepung yang telah diayak,gula, kacang tanah, kuning telur dan perasa vanila. Gaul sebati.
4. Curahkan minyak mazola kedalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang dikehendaki @ sehingga mendapat doh yang lembut.
5. Canaikan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran masing2. Boleh juga dibulat2kan @ dipotong2.
6. Sapukan kuning telur diatasnya.
7. bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada kepanasan 160-175 C selama 15 minit @ sehingga masak.
Selamat mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment