Tuesday, January 26, 2010

Obses


Nampaknya saya bukan lagi suka tapi dah obses dengan kuih talam ni.Saya menambah satu cawan gula lagi untuk resipi ini tetapi hasilnya..sakit tekak kerana kemanisan yang melampau.

Moralnya, jangan terlalu obses terhadap sesuatu, tidak semestinya apa yang kita bayangkan dapat direalisasikan dialam maya ini. Ya, saya obses dengan rasa Talam Gula Merah arwah emak saya atau sebenarnya saya sangat rindukan dia. Buang tebiat ke? Allahuaklam.

Saturday, January 16, 2010

Daging Asam Utara Pak cik Megat


Salam,

Terima kasih Pak Cik Megat kerana berkongsi resipi Daging Masak Asam Utara ini. Masakannya ringkas tetapi sangat sedap.

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang @ bahagian yang lembut.(jika ada lemak2 sedikit lagi sedap)-dihiris nipis-nipis.
3 biji bawang besar (dihiris nipis-nipis)
4 ulas bawang putih (diketuk @ dihiris nipis-nipis)
2 sudu besar asam jawa @ mengikut citarasa masing-masing
sedikit halia
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging dan kacau sehingga rata . Apabila air daging sudah agak kering masukkan air dan rebus sehingga daging lembut.
3. Masak sehingga air kering dan setelah itu masukkan air asam dan kacau sehingga sebati.
4. Masak sehingga air asam kering. Angkat dan sedia untuk dimakan.

* daging ini sedap juga dicicah dengan air asam.

Resipi Air Asam Watie

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar/kecil (disini tak ada bawang kecil)- didadu kecl
1/2 bunga kantan - dihiris halus-halus
5 biji cili api - dihiris
2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan air masak secukupnya @ mengikut banyak yang dikehendaki
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Campurkan semua bahan-bahan diatas. Gaul sebati. Sedia untuk dimakan. Dihidangkan bersama daging rebus, daging bakar @ ikan bakar.

p/s: Tie, Long kata tak rasa macam makan kat rumah awak dulu. Boleh tolong betulkan @ tambah apa2 yang tertinggal dalam resipi ni tak!
Air asam tu ada isi belacan tak. Lupa nak tangkap gambar air asam tu.

Monday, January 11, 2010

Dapur 2010

Salam,

Dah lama dapur tak berasap. Insyaalah tahun 2010 akan menyaksikan resipi Talam Chan yang tertunda menjadi kenyataan. Maaf ya Faridah, tepung tu masih tersimpan kemas dalam bekas kedap udara bagi memastikannya tidak tengik dan hapak. Insyaalah gambar Talam tu akan aku paparkan dengan bergaya dan jayanya.

Tuesday, November 10, 2009

Tepung Kacang Hijau

Inilah rupa tepung kacang hijau, insyaAllah akan digunakan apabila membuat Talam Pandan Chan.


Tepung in diterbangkan khas dari Stockholm. Terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Talam Pandan



Talam Pandan ni saya guna resipi Talam Gula Merah juga, bezanya gantikan gula merah dengan daun pandan.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
5 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air dan tapis)
1 3/4@ 2 cawan gula pasir
5 cawan air (1 cawan untuk mengisar daun pandan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)

Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)

Lapisan Atas

3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung ubi

Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )

Selamat mencuba.

Thursday, October 22, 2009

Acar Datin Nik



Terima kasih Datin Nik kerana sudi berkongsi resipi acar ni. Memang kena dengan selera saya. Pertama kali buat acar ni saya dah puas hati.Resipi ini ditulis sendiri oleh anak Datin Nik dan diberikan kepada saya 2 minggu sebelum saya berpindah ke Moscow. Terima kasih sekali lagi dan mintak halal ya Datin, saya berkongsi resipi dengan rakan-rakan maya.

Mixed Vegetable Pickles

Ingredients:

10 cucumbers - cut into 3x1.5 size
3 carrots - cut as above
250g cabbage - cut 3cm wide
150g long beans
150g cauli flower - cut into small flowered
200g small onions - quartered
6 pcs red chillies - deseeded and quatered
6 pcs green chillies - as above
10 clove garlic - sliced
2 cups roasted peanut- 1 cup whole and 1 cup pounded coarsely
2 cups roasted sesame seeds
4 cups white vinegar
1 cup cooking oil

4 tbsp chilli powder
2 tbsp tumeric powder
3 tbsp water
combine to make into paste **

1 1/2 tsp salt
1 1/3 cups sugar
1 cup raisin

Method:

1. Boil vinegar
2. Blanch all the vegetables separately for about 1-2 mins. Drain and combine to cool in one container
3. Add sugar to the vegetables and mix well
4. Heat one cup of oil in a frying fanand saute the garlic. Brown till fragrant, remove from pan
5. Then saute the paste** until fragrant
6. Add salt, remove pan from the stove and allow to cool.
7. Mix all the sauted ingredients together with oil, garlic, raisins roasted peanuts and sesame seed and remaining ingredients to the vegetables.
8. Mix well and leave overnight before serving.

Nota: Saya buat acar ini sedikit sahaja. Saya kurangkan sukatan semua bahan2 diatas. Begitu juga gula dan garam ikut kesesuaian citarasa masing2.

Selamat mencuba. Memang berbaloi bagi peminat acar.

3.

Talam Gula Merah 2



Sebenarnya Resipi Talam Gula Merah 2(TGM 2) ni sama sahaja seperti Talam Gula Merah
(TGM 1).Saya tidak puas hati rasa TGM 1 yang kurang rasa gula merahnya. Mungkin jenis gula merah yang saya gunakan tidak berwarna gelap dan tidak wangi. Oleh itu saya menambah 1 cawan lagi untuk TGM 2. Hasilnya seperti gambar diatas. Lebih gelap dan lebih terasa gula merahnya, tapi...masih belum mencapai rasa talam gula merah yang arwah emak saya pernah buat. Apa nak buat...balik Malaysia nanti saya mesti cari gula merah asli tu..

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air

Satukan semua bahan-bahan diatas dan sejukkan.
Setelah sejuk masukan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur (saya larutkan 1 sudu kecil kapur dengan sedikit air)

Kukus selama 20 minit (pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum menuang adunan kedlam loyang yang telah panas)

Lapisan Atas

3 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras1 sudu kecil garam

Campur sebati semua bahan dan tapis.
Tuangkan adunan kedlam loyang dan kukus selama 15 minit lagi.( cakar sedikit lapisan bawah menggunakan garfu sebelum menuangkan lapisan atas )