Monday, March 24, 2008
Wednesday, March 5, 2008
Tart Keju Strawberi (Strawberry Cheese Tart )
Tart Keju Strawberi
Resepi ni diambil daripada salah satu blog rakan maya. Maaf ya..dah lupa kat blog mana..itulah sebab suka sangat menyinggah kat rumah orang...tak dijemput pun masuk jugak. Terima kasih pada yang empunya blog.
Bahan-bahan:
Pastri/Kulit luar
250 gm butter/marjerin
125 gm gula halus
1 biji putih telur
1 sudu teh esen vanila
440 gm tepung gandum/serbaguna
Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula halus hingga sebati/putih
2. Masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Masukkan adunan kedalam acuan tart, cucuk dengan garfu dan bakar selama 10-12 minit atau separuh masak dengan kepanasan suhu 175'C.
4. Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan cheese tart
1. 200 gm cream cheese
2. 200 gm yogurt kosong/putih(dalam resepi asal tiada)
3. 1 cawan gula halus( sebenarnya terlalu manis, boleh kurangkan)
4. 1 biji telur
5. 1 sudu teh vanila
6. Strawberi paste( bukan jem tetapi yang agak cair, biasanya untuk lapisan pancake)
Cara-cara:
1. Pukul cheese dan telur hingga kembang/sebati
2. Masukkan vanila, gula dan yogurt, pukul hingga sebati.
3. Masukkan kedalam acuan tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
* Jika ingin menyimpan didalam bekas kedap udara pastikan tart telah betul-betul sejuk, jika tidak kulit tart akan menjadi lembut.
Selamat Mencuba
p/s Long, tak boleh makan banyak-banyak sebab terlalu tinggi kandungan lemak.
Thursday, February 28, 2008
Muffin Pisang
Sunday, February 10, 2008
Karipap dan Kuih Bakar
Intinya saya ikut selera sendiri tak merujuk mana-mana resepi sebab lain orang lain seleranya. Kulit karipap ni saya belajar daripada Kak Zu dan memang kena dengan selera saya. Bagi yang suka karipap selamat mencuba.
Karipap
Inti karipap
Bahan-bahan:
4 biji kentang (saiz besar @ apa-apa saizlah dipotong dadu)
100gm daging cincang( boleh gantikan dengan ayam @ udang kering @ udang basah, ikut selera masing-masing)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu besar rempah kari( apa-apa jenis, saya biasa guna kari daging )
Daun kari (jika ada)
3 sudu besar minyak ( saya gunakan minyak zaitun)
1 sudu lada kering ( jika nak pedas)
Sedikit air
Garam, gula sesedap rasa.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih , daun kari dan lada sehingga naik bau dan garing.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan daging @ ayam@ udang, kentang dan digaul rata.
4. Setelah rata masukkan air, apabila kentang telah lembut masukkan gula dan garam mengikut citarasa masing, masak sehingga air kering.
5. Angkat dan sejukkan.
* Inti ni boleh disimpan didalam peti ais sehingga dua minggu dalam bekas kedap udara.
Kulit karipap
Bahan-bahan:
4 cawan tepung
4 sudu besar butter @ marjerin
sedikit garam
air panas
Cara-cara:
1. Cairkan butter dalam air panas
2. Buat lubang ditengah-tengah tepung, masukkan garam dan butter yang telah cair tadi, uli sehingga menjadi adunan yang lembut.
3. Bulat-bulatkan dan bolehlah diisi inti, kelim dibahagian tepi dan goreng.
* sukatan air mengikut kualiti tepung. Isi air sedikit-sedikit sehingga dapat doh yang dikehendaki. Saya suka adunan yang lembut supaya senang untuk mengelim.
Selamat mencuba.
Kuih Bakar Pn Fauzah
Bahan-bahan:
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan gula ( ikut suka masing-masing nak tambah @ nak kurangkan)
1 cawan telur ( biasanya telur besar 3 biji telur kecil 4 biji)
6 helai pandan( kisar dan tapis)
31/2 cawan santan ( saya gunakan santan tin)
Bijan
Pewarna hijau (jika suka)
* daun pandan tu saya kisar dengan 1 cawan air dan saya kurangkan santan kepada 21/2 cawan. apapun ikut suka cara masing-masing. Saya tambah 2 sudu besar tepung gandum sebab saya suka kuih yang agak keras .
Cara-cara:
1. Panaskan acuan kuih bakar atas api perlahan, letak sedikit butter. Waktu yang sama panaskan oven 180 darjah c.
2. Kisar semua bahan diatas didalam pengisar sehingga sebati. Jika tidak menggunakan pengisar pastikan digaul sebati dan tapis.
3. Tuangkan adunan kedalam acuan kuih bakar dan tabur bijan
4. Pindahkan kedalam oven, bakar selam 40 minit @ sehingga masak.
* jika tiada acuan kuih bakar , gunakan loyang pun ok. Saya dah cuba gunakan loyang dan hasilnya sama, cuma tak ada bentuk.
Selamat mencuba.
Labels:
bijan,
dessert,
karipap. kuih bakar,
minum petang
Apam Beras Long Kama
Bahan-bahan:
1 cawan tapai nasi
2 cawan gula
1 kampit tepung beras
4 cawan air
Eno
Pewarna jika suka
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar sehingga sebati.
Masukkan eno jika mahukan apam merekah. (saya tak suka letak eno)
Warnakan mengikut warna kesukaan anda. (psssssssssst jangan le warna biru pulak!)
Saturday, February 9, 2008
Pizza
Subscribe to:
Posts (Atom)
