Monday, February 1, 2010

Pulut Sambal Kelapa


Salam,
Resipi pulut sama seperti sebelum ini.

Cara-cara membuat sambal kelapa diajar oleh Puan Lin. Beliau memberitahu bahan-bahan yang diperlukan tetapi sukatan bahan mengikut selera masing-masing.
Terima kasih Puan Lin.

Resipi Sambal Kelapa

1 biji kelapa , diparut

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai- hiris halus-halus
6 biji cili kering
Semua 4 bahan2 diatas dimesin halus.
Kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara,

Masukkan bahan2 yang dimesin, kunyit dan kelapa kedalam kuali, tambah 1 gelas air. Apabila agak kering masukkan gula dan garam mengikut citarasa masing-masing. Masak lagi sehingga kering (agak2 lembab). Jangan masak sehingga garing.

Selamat Mencuba

Kek Hari jadi Abah


Salam,

Kek Hari jadi abah pada 1 Feb 2010. Resipi Kek Marble.

Kek Hari jadi Adam


Salam,
Hari jadi Adam pada 22 Nov 2009.

Tuesday, January 26, 2010

Obses


Nampaknya saya bukan lagi suka tapi dah obses dengan kuih talam ni.Saya menambah satu cawan gula lagi untuk resipi ini tetapi hasilnya..sakit tekak kerana kemanisan yang melampau.

Moralnya, jangan terlalu obses terhadap sesuatu, tidak semestinya apa yang kita bayangkan dapat direalisasikan dialam maya ini. Ya, saya obses dengan rasa Talam Gula Merah arwah emak saya atau sebenarnya saya sangat rindukan dia. Buang tebiat ke? Allahuaklam.

Saturday, January 16, 2010

Daging Asam Utara Pak cik Megat


Salam,

Terima kasih Pak Cik Megat kerana berkongsi resipi Daging Masak Asam Utara ini. Masakannya ringkas tetapi sangat sedap.

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang @ bahagian yang lembut.(jika ada lemak2 sedikit lagi sedap)-dihiris nipis-nipis.
3 biji bawang besar (dihiris nipis-nipis)
4 ulas bawang putih (diketuk @ dihiris nipis-nipis)
2 sudu besar asam jawa @ mengikut citarasa masing-masing
sedikit halia
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging dan kacau sehingga rata . Apabila air daging sudah agak kering masukkan air dan rebus sehingga daging lembut.
3. Masak sehingga air kering dan setelah itu masukkan air asam dan kacau sehingga sebati.
4. Masak sehingga air asam kering. Angkat dan sedia untuk dimakan.

* daging ini sedap juga dicicah dengan air asam.

Resipi Air Asam Watie

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar/kecil (disini tak ada bawang kecil)- didadu kecl
1/2 bunga kantan - dihiris halus-halus
5 biji cili api - dihiris
2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan air masak secukupnya @ mengikut banyak yang dikehendaki
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Campurkan semua bahan-bahan diatas. Gaul sebati. Sedia untuk dimakan. Dihidangkan bersama daging rebus, daging bakar @ ikan bakar.

p/s: Tie, Long kata tak rasa macam makan kat rumah awak dulu. Boleh tolong betulkan @ tambah apa2 yang tertinggal dalam resipi ni tak!
Air asam tu ada isi belacan tak. Lupa nak tangkap gambar air asam tu.

Monday, January 11, 2010

Dapur 2010

Salam,

Dah lama dapur tak berasap. Insyaalah tahun 2010 akan menyaksikan resipi Talam Chan yang tertunda menjadi kenyataan. Maaf ya Faridah, tepung tu masih tersimpan kemas dalam bekas kedap udara bagi memastikannya tidak tengik dan hapak. Insyaalah gambar Talam tu akan aku paparkan dengan bergaya dan jayanya.

Tuesday, November 10, 2009

Tepung Kacang Hijau

Inilah rupa tepung kacang hijau, insyaAllah akan digunakan apabila membuat Talam Pandan Chan.


Tepung in diterbangkan khas dari Stockholm. Terima kasih.