Showing posts with label tart nenas. Show all posts
Showing posts with label tart nenas. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Biskut Raya Sedap


Biskut Coklat Chips, resipi rujuk entri sebelum ini

Biskut Maola @ Biskut Kacang Tanah, resipi rujuk entry sebelum ini

Tart nenas, resipi rujuk entry sebelum ini

Biskur Cornflake Madu

Wednesday, September 23, 2009

Tart Nenas



Resipi tart nenas ini sumabangab Pn Arfah . Terima ksih Kak Pah kerana sudi berkongsi resipi. Dohnya lembut senang dibentuk dan rasanya lemak cair dimulut.
Resipi dibawah copy paste resipi sebenar daripada Pn Arfah tanpa ada sebarang pembetulan.

Tart Nenas
bahan Doh
21/2 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
21/2 sudu besar tepung custard
2 sudu besar susu tepung
1 cwn mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula

Bahan Inti Jem
4 bijik nenas muda
21/2 senduk gula pasir (nak manis tambah)
sedikit esen vanilla
bunga cengkih
kulit kyu manis
daun pandan.

cara2nye..Doh
1 pukul bersama mentega,minyak sapi,gula dan susu tepung hingga sebati
2masukkan telor dan vanilla esen dan pukul lagi
3masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut

cara2buat jem..
parut nenas jgn buang air,masak dgn daun pandan dan kacau jgn hangus hingga kering..
tambah gula,esen vanilla,bunga cengkih,kayu manis,kacau hingga likat tambah sedikit jus lemon
sedikit mentega...kacau rata...siap dimasak.
~selamat mencuba~

Friday, December 28, 2007

Tart Nenas dan Biskut Kelapa

Tart nenas ni resepi daripada Imah , adik ipar kakak saya Liza. Saya cuba untuk raya 2007 tapi besar sangat sebab tiada acuan tart. Rasa boleh tahan.

Bahan-bahan:

250 gm butter
50gm gula ising
1 sudu teh vanilla
2 biji telur , ambil kuning sahaja
25gm tepung jagung
375gm tepung gandum

Cara:
1. Campurkan butter, gula dan vanilla dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur pukul rata.
3. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung, masukkan sedikit-sedikit kedalam adunan gula dan kacau rata-rata dan uli sehingga menjadi adunan tepung.
4. Bulat-bulatkan atau masukkan dalam acuan tart. Ikut kreativiti masing-masing.

Jem nenas.

Bahan-bahan:

2 biji nenas
275gm gula
sedikit gula batu
3 biji bunga cengkih
1 sudu teh tepung jagung (jangan terlau banyak tepung jagung kerana inti akan jadi liat)

Cara-cara:
1. Sagat/parut nenas , tapis airnya, jangan terlau kering( saya tak parut tapi gunakan chopper aje)
2. Masukkan gula, nenas, gula batu dan tepung jagung.
3. Masak diatas api yang sederhana sehingga kering dan pekat.

Selamat Mencuba.

p/s Oleh kerana saya tak ada acuan tart, say cuma bulat-bulatkan sahaja. Memandangkan saya tidak pernah membuat tart , hasilnya jadilah tart yang besar. Rupa memang tak cantik tapi ramai yang makan kata ok aje..Saya namakan tart ni Tart Nenas Gedabak!



Setiap kali berkunjung kerumah Kak Da pada hari raya biskut ni mesti ada. Saya yang suka sangat biskut ni, jadi bila dah duduk jauh ni terpaksa buat sendiri. Resepi ni ditulis oleh Affi yang dihantar melalui email.Rasanya tak sesedap yang Kak Da buat, maklum ada part yang saya tak ikut cara-caranya...kes M lah ni.
Biskut Kelapa

Bahan-bahan:

1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 cawan kelapa kering (dlm tin.kalau rajin goreng,gorengla he...he...)
1 camca esen vanila

Cara-caranya

1. Semua tepung digoreng.(kalau rajin goreng asing)
2. Gula, marjerin & telur disebatikan.(Jangan pukul terlalu lama)
3. Masukan tepung tadi. uli hingga sebati
4. Kalau keras, tambah marjerin sedikit2.
5. Buatla ikut acuan kegemaran masing-masing ( saya tak ada acuan oleh itu saya gulung dan potong-potong ikut suka, hasilnya bentuk tak sekata tapi...rasa tetap sama..abis gak orang makan raya tu..)
p/s Ada kekawan yang ikhlas kata..rasa sedap tapi gaya tak da..heheheh tahun depan boleh cuba lagi.