Tuesday, October 5, 2010

Kuih Lapis



Kuih lapis ini resipinya sama dengan entri sebelumnya, cuma ada sedikit penambahan tepung.
Tips bagi mereka yang hendak mencuba kuih-muih Melayu kategori talam yang menggunakan teknik menggukus ialah pastikan jenis tepung yang hendak digunakan. Walaupun menggunakan sukatan yang sama tetapi jika lain jenis dan kualiti tepung akan menyebabkan@menghasilkan kuih talam yang lembik ditengah atau liat atau keras. Oleh itu pandai-pandailah menggunakan rasa hati masing-masing. Jangan bergantung kepada sukatan resipi semata2. Jika rasa adunan terlalu cair tambahkan sedikit lagi tepung, jika adunan terlalu pekat tambahkan air@susu@santan.
Pada pendapat saya memasak ini perlu mengikut rasa dan kata hati situkang masak. Tukang masak adalah boss didapur.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula
1 biji telur
5 cawan santan
Secubit garam
Pewarna merah

Cara-cara:

1. Panaskan penggukus.
2. Campurkan semua bahan2 diatas dan kacau sebati. Jika hendak senang masukkan semua bahan kedalam penggisar dan kisar hingga sebati.
3. Tapis adunan yang telah dikisar dan bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian dibiarkan dengan warna asal dan sebahagian lagi dicampurkan dengan pewarna merah.
4. Sapu sedikit minyak dalam loyang supaya tidak melekat @ alaskan loyang dengan plastik. Bawah penutup pengukus hendaklah dialas kain supaya air kukusan tidak jatuh kedalam loyang adunan kuih.
5. Loyang dipanaskan sebentar didalam pengukus dan tuangkan adunan warna putih. Tutup dan biarkan 3-5 minit dan tuang pula adunan berwarna merah. Tutup dan biarkan 3-5 minit. Ulang proses ini sehingga adunan habis. Lapisan terakhir hendaklah berwarna merah. Kukus lagi selama 20-25 minit supaya adunan benar-benar masak. Kebiasaannya lapisan adunan ialah 8 lapisan.
6. Angkat dan sejukkan. Potong kuih lapis apabila telah benar2 sejuk.

Tips untuk memotong kuih talam yang cantik ialah : 1. memotong apabila kuih telah benar-benar sejuk. 2. Gunakan pisau plastik. 3. Jika terdapat kuih talam yang melekat pada pisau pemotong, celupkan pisau pemotong kedalam air, lap dan baru potong semula.

Selamat Mencuba.

No comments: