Tuesday, August 31, 2010

Juadah Ramadhan

Salam,

Kami berbuka dengan juadah yang ringkas dan mudah sahaja. Adalah sedikit keplbagaian menu untuk mengelakakn rasa jemu tetapi nasi satu kemestian, sama ada nasi putih, nasi lemak, nasi pulut dan nasi impit. Maklum orang Melayu mana boleh tak dapat nasi (psaikologi je ni!)



Karipap
Resipi rujuk kepada entri sebelum ini

Sup Ekor

Bahan-bahan:

1 kilo @ 2 kilo ekor lembu
4 biji bawang besar - 2 biji dihiris dan masukkan kedalam sup dan 2 biji dihiris untuk ditumiskat sini susah nak cari bawang kecil jadi memang sentiasa guna bawang besar untuk memasak semua jenis masakan.
6 ulas bawang putih - 3 ulas diketuk dan 3 ulas dihirs
Halia - banyak ikut citarasa masing-masing . Setengah dimasukkan dalam sup ketika merebus ekor dan setengah lagi untuk ditumis.
rempah 4 sekawan- kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.
3 sudu besar rempah sup (jika suka) @ 2 sup bunjut
Daun sup dan daun bawang - hiris
Bawang goreng
Air secukupnya
Garam,gula
Kicap lada

Cara-cara:
1. Masukkan ekor kedalam air dan rebus sehingga lembut. Masukkan juga 3 ulas bawang putih yang telah diketuk dan 2 biji bawang besar yang telah dihiris halus.Masukkan juga halia yang dihiris nipis-nipis. Rebus ekor sehingga lembut. Jika menggunakan sup bunjut, rebus sekali dengan ekor.
2. Menggunakan kuali yang lain, tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, halia, bawang besar sehingga garing. Selepas itu curahkan kedalam periuk sup ekor tadi.
3. Bancuhkan rempah sup dan tuangkan kedalam periuk sup. Biar mengelegak seketika dan tambah garam dan gula mengikut citarasa masing.

Bahan-bahan kicap lada:

i ulas bawang putih
3 ulas lada merah, jika suka lada kecik lagi bagus
2 sudu besar gula putih
garam
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (jika ada)
1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon @ cuka

Cara:

1. Lada,gula, garam kisar hingga lumat.
2. Dalam mangkuk gaulkan bahan yang dikisar tadi dengan kicap pekat, kicap cair dan perahan limau atau cuka. Jika pekat campurkan dengan air panas sedikit.

Ketika menghidang taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Selamt Mencuba


Mee Kari Laksa
Resipi rujuk entri sebelum ini

Onde-onde

Kuah Lontong

No comments: