Wednesday, June 2, 2010

Makaroni Goreng



Resipi ini istimewa untuk si comel Aliya.

Bahan-bahan:

500gm makaroni atau spaghetti
Dada ayam@sosej@udang@daging - potong kecil2 -ikut suka masing2 nak isi banyak mana
Jika menggunakan daging, rebus dahulu daging sehingga empuk @ sehingga air agak kering- Apabila memasak masukkan daging dan air2nya sekali.
5 ulas bawang putih - hiris
2 biji bawang besar- potong dadu
1 sudu besar cili kering - jika suka pedas
1 biji lada benggala- warna merah@hijau@oren@kuning - ikut suka sendiri, tak letakpun tak apa
1 biji tomato - belah 4 atau 6
Sayur - taugeh@sawi@brokoli@ sebarang jenis sayur yang disukai(jika menggunakan brokoli atau bunga kobis ,rendam dengan air panas dulu)
2 batang daun bawang -hiris
Sedikit bawang goreng- untuk ditabur semasa menghidang
Kicap
Sos tiram
Sos tomato atau cili
Minyak untuk mengoreng
Gula dan garam secukup rasa

Cara2:
1. Rebus makaroni atau spagetthi sehingga lembut. Tos dan gaulkan dengan minyak zaiton atau apa2 jenis minyak masakan.
2. Tumis bawang putih ,bawang besar dan cili kering sehingga naik bau, masukkan ayam @ sosej @ udang @ daging (jika daging curah sekali dengan air2nya.
3. Kacau sehingga rata dan biarkan 5 minit, masukkan spaghetti @ makaroni kacau rata.
4. Selepas dikacau rata masukkan bahan2 sayuran seperti lada benggala, kicap, sos tiram, sos cili/tomato garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
5. Kacau rata dan matikan api. Taburkan daun bawang dan masukkan tomato potong dan kacau rata.
6. Sedia untuk dihidang. Taburkan bawang goreng apabila menghidang

Selamat Menjamu Selera.

No comments: