Wednesday, December 22, 2010

Sos Lada Hitam



Sos Lada Hitam

Bahan-bahan:

30ml minyak zaitun
20gm lada hitam ditumbuk kasar
50gm bawang merah cincang
1 sudu besar tepung gamdum
5gm herba campuran (semua boleh didapati di pasar raya)
1 helai daun bay( saya tidak pernah isi pun)
250ml air rebusan daging ( pekat)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan lada hitam dan bawang merah, tumis kira-kira 3 minit. taburkan tepung gamdum dan masak 2 minit lagi
2. Masukkan air rebusan daging sedikit demi sedikit dan kacau diatas api kecil. Masukkan herba campuran dan daun bay. Kacau sehingga pekat
3. Jika agak cair boleh dimasukkan sedikit lagi tepung

Satay/Sate Ayam


Daging Steak




Bahan-bahan:

Bahan-bahan utk perap daging:

3 keping daging sirlion @ tenderlion @ batang pinang @ mana-mana bahagian daging yang lembut (ikut suka masing2)
5 gm sebuk paprika (lada serbuk le tu)
5 ml minyak zaitun
1 sudu besar kicap pekat manis (biasa isi lebih)@ boleh juga kicap cair shushi
sedikit garam dan serbuk lada sulah

Cara:
Perapkan daging kira-kira 30 minit. Panggang sehingga masak.

Coleslaw Mudah



Coleslaw

Bahan:

Bahan 1 :Kubis putih, kubis biji kundang(purple) bawang ( hiris nipis2)@ ikut suka le..
Bahan 2 :mayonis, sour cream( tak ada pun tak apa)lada hitam, lemon juice, garam, gula

Cara: Campurkan bahan 2 kedalam bahan 1 gaul rata. Rasa masin dan manisnya mengikut citarasa masing-masing.
Sedia untuk dimakan.

Thursday, November 25, 2010

Kuih Gunting

Ayam Goreng Tepung




Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong ikut suka
3 senduk tepung gandum
3 senduk tepung beras
2 sudu besar tepung jagung @ tepung tempura
sedikit kunyit, garam dan gula(jika suka)
Air sejuk
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung tempura/jagung, garam, kunyit dan gula.
2. Masukkan air sejuk dan kacau sehingga menjadi adunan yang dikehendaki dan tidak bergentel.. Adunan tepung hendaklah tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Sama seperti adunan mengoreng pisang.
3. Panaskan minyak,(pastikamn minyak mencukupi untuk menenggelamkan ayam sewaktu menggoreng supaya ayam masak sekata. Celupkan ayam dalam adunan tepung masukkan kedalam minyak yang panas dan goreng sehingga kekuningan dan masak.
Hidangkan bersama nasi, mee goreng atau makan begitu sahaja bersama sos cili.

selamat mencuba