Showing posts with label ayam goreng ketumbar. Show all posts
Showing posts with label ayam goreng ketumbar. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Ikan Makeral Goreng



Ikan Makeral batik ini adalah satu-satunya ikan yang hampir sama dengan ikan kembong. Waktu di Stockholm dulu ikan kembung sejuk beku senang nak dapat sebab ada kedai Thai. Bekalan ikan, sayur-sayur dan buah-buahan yang biasa dengan selera orang Melayu diterbangkan khas dari Thailand. Di Moscow barang-barang ini ada tetapi agak susah untuk pergi ke kedai yang menjual barang tersebut memandangkan trafik yang tak pernah surut siang dan malam. Setakat ini belum jumpa ikan kembung di Moscow.
Oleh itu suka atau tidak makan jugaklah ikan makeral batik ni.
Cara untuk menghilangkan hanyirnya apabila digoreng saya gunakan stail orang2 pantai timur.

Bahan-bahan:

4 ekor ikan makeral batik. (potong ikut suka)
7 keping asam gelugur/keping
Sedikit garam
Air untuk merebus
Minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Basuh ikan dengan air garam @ cuka @ tepung gandum. Tujuannya untuk mengurangkan rasa dan bau hanyir ikan.
2. Masukan ikan, asam gelugur/keping , garam kedalam periuk.
3. Masukkan air sehingga ikan tenggelam @ air separas ikan dan rebus sehingga air agak kering dan ikan lembut.
4. Toskan ikan.
5. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah direbus sehingga garing.
6. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama nasi putih.
7. Bagi sesiapa yang suka pedas boleh membuat sambal tumis dan masukkan ikan makeral yang telah digoreng tadi.

Tuesday, September 8, 2009

Ayam Goreng Ketumbar


Resipi ini diambil daripada internet. Rasa boleh tahan tetapi jika perap lebih lama tentu rasanya lebih sedap.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu makan pes halia (halia tumbuk)
2 sudu makan pes bawang putih (bawang putih tumbuk)
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
Tepung beras untuk menyalut ayam

Cara-car:

1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan perap selama setengah jam. Lebih lama lebih bagus.
2. Panaskan minyak yang banyak (tenggelam ayam)
3. Ambil seketul ayam dan salutkan dengan tepung beras dan goreng. Tepung beras tidak perlu dibancuh.Golekkan ayam dalam tepung beras dan terus goreng.

Selamat mencuba