Salam,
Hari kelapan berpuasa saya mencuba resipi pesembur dari blog Mamak Haji
Disini resipi saya copy and paste bulat-bulat dari blog Mamak Haji. Minta halal ya Mamak Haji Roslan.
Resipi Cucur Mamak Haji Roslan. Maaf Mamak Haji saya tidak pandai untuk letak link blog Mamak haji.
RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:
BAHAN-BAHAN:
·
1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
·
1 cawan tepung beras.
·
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
·
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu
beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah
bubuh pun.
·
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
·
1/2 sudu kecil baking powder.
·
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam
(jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam
tepung.
·
3/4 sudu kecil (tsp) garam.
·
Nota: Mamak haji tak
tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba
tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk “resepi passembur”. Anda
boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama. Caranya
sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung
jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan
ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh
tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam
serata. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.
Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan
sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang)
pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan
sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama
sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan
menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali.
Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan.
Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum
naik harga minyak masak naik!.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas
dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk
menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam
cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu
panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak
sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan
Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan
yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita
gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana
nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya
dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak
panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak
dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat
di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk.
Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat
perlahan-lahan untuk memahirkan.
6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang
ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung
perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali.
Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk
dengan sudip bila tepung mulai masak.
No comments:
Post a Comment