Saya sudah mencuba Kek Coklat Cheese kukus beberapa kali. Semua yang makan Kek Coklat kukus Cheese ini mengatakan rasanya sedap dan mohon berkongsi resipi.
Resipi Kek Coklat Cheese kukus ini saya salin dari Facebook tetapi saya tidak menyalin nama penyumbang resipi ini. Saya mohon halal dan saya memanjangkan rantaian ilmu ini. Semoga tuanpunya resipi diberikan pahala atas ilmu ini. Mohon halal.
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan gula *
1 cawan susu cair*( saya guna susu segar kerana tiada susu cair)
1 cawan koko* ( saya telah mencuba menggunakan beberapa brand koko, hasilnya ada yang terlebih pahit, jadi pastikan koko yang anda gunakan. Jika tidak suka terlalu pahit kurangkan sukatan koko)
1 cawan minyak jagung@sebarang minyak masak*
Bahan B
3 biji telur gred A
Bahan C
1 cawan tepung naik sendiri -110gm ( saya menggunakan tepung serbaguna dan meletakkan 1 sudu kecil baking powder)
Bahan untuk Cheese
250 gm cream cheese*
60 gm gula kastor* (setengah cawan Royal Thai) - cawan yang saya selalu gunakan.
25 gm tepung gandum* ( 1/3 cawan Royal Thai)
25 gm susu segar*
1 biji telur
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan A bertanda * dan masak di atas api kecil. Kacau supaya tidak berketul .Apabila sudah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
2. Pukul baan B sampai kembang dan gebu dan masukkan bahan A, kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C dan kacau sehingga sebati.
3. Adunan Coklat dibahagi 2. Tuangkan sebahagian adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak, kemudian diikuti dengan adunan cheese dan kukus sehingga masak.
4. Setelah itu tuang sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat, menjadikan tiga lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.
5. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
6. Loyang kek hendaklah di alas dengan kertas minyak dan disapu mentega/minyak.
Cara membuat adunan cheese:
Pukul semua bahan yang bertanda *kecuali telur sehingga gebu dan masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Selamat Mencuba.