Wednesday, April 28, 2010
Kek Krim Keju Strawberry 11
Salam,
Percubaan kali kelima, jem strawberry saya tambahkan air panas supaya agak cair tetapi hasilnya , jem tetap mendap. Mungkin selepas ini saya akan mengambil masa yang lama untuk mencuba lagi resipi ini.
Monday, April 12, 2010
Kek Krim Keju Blueberry
Resipi ini diambil daripada blog masak Cik Mat. Terima kasih ya.
Ni nak cerita sikit pasal kek ni,gambar diatas ialah percubaan kali ke empat, percubaan kali pertama saya silap letak, sepatutnya cream cheese tetapi saya letak sour cream,blueberry filling saya ganti dengan yogurt blueberry. Rasanya tak tau nak cakap.
Kali kedua salah lagi, masih gunakan sour cream tetapi letak jem blueberry, hasilnya kek mendap dan tak naik. Nasib baik kek tu untuk belajar menghias kek menggunakan icing. Pandang ajelah nak makan tak ada selera.
Kali ketiga barulah betul saya gunakan cream cheese tetapi tidak ada bluberry filling, guna jem, jadi hasilnya jem mendap kebawah, rasa memang sedap, sebab tu tidak sempat nak ambil gambar.
Oleh itu inilah hasil percubaan kali ke empat, rasa sedap, naik gebu dan cantik tapi sayang jem mendap kebawah, jadi cacatlah rupanya.
Bahan-bahan:
250gm krim keju( cream cheese)
150gm butter @ mentega
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik(baking powder)*
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bicarbonat* * gaul dan ayak bersama
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan susu segar
Blueberry - yg agak cair untuk makan dengan pancake @ utk letak atas cheese cake
Strawberry - sda-
Jika tak ada dijual yang sedia diguna, terpaksalah buat sendiri.Caranya beli blueberry dan strawberry yang telah disejuk beku, masak dengan sedikit gula,dan tepung, kacau sehingga menjadi inti/filling yang dikehendaki.
Cara:
1. Panaskan oven 175 darjah celcius.
2. Putar mentega,cream cheese dan gula sehingga kembang. Tambah telur satu persatu dan putar lagi.
3. Masukkan tepung, kacau dan selang seli dengan susu segar
4. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
5. Masukkan sedikit adunan kek kedalam loyang kek, ratakan dan isi blueberry filling diatasnya dan ratakan, masukkan adunan kek dan ratakan, masukkan pula strawberry filling,ratakan dan akhir sekali tutup dengan baki adunan kek.
Nota: Saya letakkan jam strawberry dan blueberry, oleh itu, hasilnya semuanya jem2 tersebut mendap kebawah, mungkin sebab berat. Jika letak filling yang bersesuaian mungkin ini tidak berlaku.
Selamat mencuba.
Roti Jala II
Bahan-bahan:
250gm tepung gandum @ tepung serba guna
540ml susu segar @ santan
3 biji telur (saya letak sebiji sahaja)
Garam secukup rasa
Pewarna kuning (saya letak serbuk kunyit)
Minyak masak @ butter- untuk digunakan semasa menjala diatas kuali
Acuan roti jala - untuk mendapatkan bentuk jala
Cara:
Bancuh semua bahan didalam satu bekas, kacau hingga sebati dan tapis.
Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak dan masukkan adunan kedalam acuan dan tebarkan diatas kuali sehingga dapat bentuk jala.
Biarkan sebentar, kemudian lipat @ gulung roti jala yang telah masak.
Hidangkan bersama kari ayam, daging atau ikan.
Selamat Mencuba
Nasi Briyani dan Ayam Briyani
Subscribe to:
Posts (Atom)