Terima kasih Cik Atiqah Zulaika dan Pn Jas kerana sudi berkongsi resipi laksa yang sedap ini.
sebenarnya saya peminat tegar laksa. Jadi semua jenis mee yang berkuah saya suka. Minta halal ya Atiqah.
Bahan-bahan:
1 kg laksa - rebus dan toskan
1 kg ikan kembung - bersihkan
1/2 kg ikan selayang
2 batang bunga kantan
3-5 keping asam gelugor
3 liter air
garam
Bahan kisar;
250gm bawang besar
150gm cili kering@ikut kepedasan masing-masing
Bahan hirisan;
8 biji telur rebus - belah dua
20 gm cili padi - potong
5 tangkai daun selom - hiris
1 biji timun - hiris halus
Cara memasak;
1. Rebus ikan kembung dan selayang. asingkan bahagian isi.
2. Isi ikan dikisar dan masukkan dalam periuk yg berisi air. Kemudian kisar tulang ikan hingga hancur dan tapiskan dan masukkan kedalam periuk yang sama.
3. Masukkan bahan kisar kedalam rebusan ikan tadi.
4. Masukan asam keping,bunga kantan dan daun kesum. Garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
* resipi ini untuk 1 kg laksa.