Tuesday, January 26, 2010

Obses


Nampaknya saya bukan lagi suka tapi dah obses dengan kuih talam ni.Saya menambah satu cawan gula lagi untuk resipi ini tetapi hasilnya..sakit tekak kerana kemanisan yang melampau.

Moralnya, jangan terlalu obses terhadap sesuatu, tidak semestinya apa yang kita bayangkan dapat direalisasikan dialam maya ini. Ya, saya obses dengan rasa Talam Gula Merah arwah emak saya atau sebenarnya saya sangat rindukan dia. Buang tebiat ke? Allahuaklam.

Saturday, January 16, 2010

Daging Asam Utara Pak cik Megat


Salam,

Terima kasih Pak Cik Megat kerana berkongsi resipi Daging Masak Asam Utara ini. Masakannya ringkas tetapi sangat sedap.

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang @ bahagian yang lembut.(jika ada lemak2 sedikit lagi sedap)-dihiris nipis-nipis.
3 biji bawang besar (dihiris nipis-nipis)
4 ulas bawang putih (diketuk @ dihiris nipis-nipis)
2 sudu besar asam jawa @ mengikut citarasa masing-masing
sedikit halia
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging dan kacau sehingga rata . Apabila air daging sudah agak kering masukkan air dan rebus sehingga daging lembut.
3. Masak sehingga air kering dan setelah itu masukkan air asam dan kacau sehingga sebati.
4. Masak sehingga air asam kering. Angkat dan sedia untuk dimakan.

* daging ini sedap juga dicicah dengan air asam.

Resipi Air Asam Watie

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar/kecil (disini tak ada bawang kecil)- didadu kecl
1/2 bunga kantan - dihiris halus-halus
5 biji cili api - dihiris
2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan air masak secukupnya @ mengikut banyak yang dikehendaki
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Campurkan semua bahan-bahan diatas. Gaul sebati. Sedia untuk dimakan. Dihidangkan bersama daging rebus, daging bakar @ ikan bakar.

p/s: Tie, Long kata tak rasa macam makan kat rumah awak dulu. Boleh tolong betulkan @ tambah apa2 yang tertinggal dalam resipi ni tak!
Air asam tu ada isi belacan tak. Lupa nak tangkap gambar air asam tu.

Monday, January 11, 2010

Dapur 2010

Salam,

Dah lama dapur tak berasap. Insyaalah tahun 2010 akan menyaksikan resipi Talam Chan yang tertunda menjadi kenyataan. Maaf ya Faridah, tepung tu masih tersimpan kemas dalam bekas kedap udara bagi memastikannya tidak tengik dan hapak. Insyaalah gambar Talam tu akan aku paparkan dengan bergaya dan jayanya.