Tuesday, August 25, 2009

Pizza Kecik/ Mini Pizza



Bahan-bahan:

300 gm tepung( lebih kurang 3 cawan biasa)
180 gm air sejuk (13/4 cawan @ 180 ml)
30 ml minyak zaitun/olive oil
6 gm yeast
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan kering hingga sebati.
Masukkan air dan uli sebati selama 15 minit.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan perap selama 30 minit. Tutup dengan tuala dapur yang bersih.
Selepas itu canai mengikut besar yang dikehendaki.Saya gunakan mug untuk menerap kulit pizza.
Letak dalam loyang dan perapkan 30 minit lagi.
Jika inginkan kulit pizza yang rangup, bakar dalam oven sekejap sebelum mengisi bahan-bahan inti pizza(topping)
Cucuk atas kulit pizza menggunakan garfu sebelum meratakan sos dan meletakkan bahan inti.


Bahan inti disatukan:

4 ketul jejari ketam - hiris
1 keping nenas bulat - hiris
4 biji cendawan butang - hiris
1 ulas bawang merah/besar - hiris
50 gm sayur campur
Sosej ayam secukupnya - hiris
Garam, serbuk lada sulah/putih dan gula mengikut rasa.
Satukan semua bahan2 ini didalam mangkuk besar.

Sos tomato dan mayonis secukupnya

Cara:
Sapukan mayonis dan sos tomato di atas pizza. Taburkan bahan inti dan paipkan sedikitkan mayonis diatasnya.

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200-230 C selama 20 minit @ hingga pizza kekuningan.

Laksam Perantau




Pn Faz berbesar hati menunjukkan cara-cara membuat laksam dan kuahnya.Laksam ini dinamakan laksam perantau sebab bahan-bahan yang terhad.

Bahan-bahan:

1 bungkus tepung beras 500gm (seeloknya cap teratai)
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara:

Bancuh tepung beras dan masukkan garam.
Tips: Cara menentukan tahap kecairan adunan ialah dengan menggunakan senduk. Adunan tepung beras melekat nipis pada senduk yang digunakan.

Kukusan hendaklah dipanaskan, didihkan air kukusan, masukkan adunan didalam loyang @ tudung periuk leper @ apa2 acuan yang leper.Sapukan minyak sedikit pada loyang yang digunakan.

Tanda laksam masak ialah apabila laksam yang dikukus mengelembung(macam air panas yang mengelegak)

Angkat dan gulung.

Kuah

2 ekor ikan makeral sejuk beku( kalau di Malaysia guna ikan kembung lagi sedap)
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Rebus ikan bersama bahan2 tadi dan kisar. Tulang ikan dikisar dan tapis.

1 kotak santan segera (jika ada santan segar lagi sedap)
3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2cm halia -ditumbuk lumat
Garam dan gula secukup rasa

Campurkan santan, ikan yang telah dikisar, halia, bawang putih. Jerang sehingga mendidih, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan ulam:
Daun kesum - dihiris halus
Bunga kantan - dihiris halus
Taugeh- buang ekor
Mentimun- dipotong halus/memanjang
Lada kecil- tumbuk lumat
Belacan - bakar ( boleh juga belacan ditumbuk bersama lada kecil)

Apabila menghidang, potong laksam, masukkan bahan ulam-ulaman dan tuangkan kuah.

p/s Bagi yang mengidam bolehlah mencuba resipi ringkas ni, memang berbaloi.

Selamat menucuba

Thursday, August 13, 2009

Pancake (lempeng)

Resipi lempeng ni memang sedap, dulu setiap tahun buat sempena pancake day. Boleh makan dengan madu, jam, kaya @ mengikut selera masing2.

Ingredients:

6 eggs
3 cups fresh milk
3 cups plain flour @ multipurpose flour
pinch of salt
6 tablespoon melted butter or oil

Method:

Beat the eggs well, then beat in the milk,salt,flour an oil or butter.
You can mix all the ingredients in a blender.

Wednesday, August 12, 2009

Rendang Daging Pn Fauzah


Rendang ini ringkas dan sedap. Bahan-bahan pula tidak banyak.
Pn Fauzah bermurah hati menunjukkan kepada kami cara-cara memasak rendang ini.
Tarikh yang tepat demo memasak oleh Pn fauzah saya sudah lupa tetapi yang pasti bulan Mei 2006.
Oleh kerana ramai yang kata rendang ini sedap,seeloknya saya kongsi bersama resipi ini dialam siber tanpa sempadan ini.
Semakin panjang rantaian ilmu ini semakin banyak berkatnya.
Puan Fauzah mintak halal ya!

Bahan-bahan:

2 1/2 kg daging - potong lebar dan besar (saya potong ikut suka citarasa saya)
Kicap masin dan kicap pekat (saya guna kicap pekat sahaja)
8 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
5 biji bawang putih - tumbuk @ hiris
3 cm halia - tumbuk (saya tak pernah sukatpun)
5 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kering yg telah dikisar ( sesiapa yang suka pedas boleh isi banyak)
5 helai daun limau purut (saya isi ikut suka aje, kalau nak bau lebih isi banyak)
12 batang serai -4 batang diketuk dan 8 batang dikisar (saya tidak pernah guna sebanyak itu sebab serai susah nak dapat disini dan harganya mahal)
2 bungkus santan sebuk
gula merah (jika suka)ikut cita rasa masing-masing
Garam dan gula
Asam keping
Minyak

Cara-cara:

1. Daging diperap bersama kicap selama 30 minit.Selepas itu digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga air daging keluar, jangan terlalu garing.

2.Dalam periuk/kuali lain tumiskan serai yg diketuk, bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan cili kacau sehingga cili garing/kering, masukkan bawang besar dan serai yang telah dikisar. Kacau sehingga bahan-bahan sebati.

3.Masukkan bahan-bahan tumis kedalam periuk daging. Kacau rata, masukkan santan, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping.

4. Kacau sekali-sekala sehingga daging lembut, air mengikut keperluan bagi melembutkan daging (masukkan sedikit2 pada suatu masa untuk melembutkan daging)

4. Apabila daging telah lembut masukkan kerisik, kacau sebati dan angkat.

P/s. Jika menggunakan asam jawa, masukkan asam jawa bersama-sama kerisik.

Selamat Mencuba.

Gulai Ikan Nasi Dagang


Selama 7 bulan di Moscow, saya belum pernah jumpa ikan tongkol. Baru-baru ini teringin hendak makan nasi dagang, jadi saya beli ikan makeral sebagai ganti ikan tongkol. Hasilnya, boleh laa.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Resipi gulai ini saya ambil daripada buku resipi Aneka Hidangan Nasi keluaran Alaf 21.

Bahan-bahan:

1 kg ikan makeral(saya buat 2 ekor besar)
1 1/2 biji kelapa, jadikan 800ml santan (saya guna 1 kotak santan cap ayam)
15 tangkai cili kering- kisar (saya guna 3 sudu besar cili kering kisar)
15 ulas bawang merah - kisar( saya guna 3 biji bawang besar, saya hiris nipis2 sahaja)
8 ulas bawang putih- kisar
3 cm halia -kisar

10 biji cili padi
4cm lengkuas -ketuk
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu kecil rata serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintanmanis
3 keping asam keping ( saya guna 5 keping)
minyak masak
Garam dan gula.

Cara-cara:
1. Ikan dipotong dan dibersihkan. Saya potong 4 bahagian. Kukus dengan asam keping dan garam selama 10 minit.( saya rebus menggunakan air yg sedikit bersama garam dan 5keping asam keping selama 15 minit)

2.Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing.

3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, lengkuas dan serbuk jintan manis. Dikacau rata.

4.Masukkan santan, apabila mendidih masukkan ikan(bersama lebihan air rebusan dan saya keluarkan 3 keping asam keping ), garam, gula cili padi. Masak sehingga kuahnya pekat. Rasa masin dan manis mengikut citarasa masing2.

Selamat mencuba