Sunday, September 14, 2008

Makaroni Bakar



Resipi ini khas untuk Mona Megat and the heroes.

Bahan-bahan:

500 gm makaroni (apa-apa jenama, saya biasa guna jenama Barilla)- rebus sehingga lembut, tos dan gaul dengan minyak zaitun- ketepikan
2 biji bawang besar - potong dadu (bawang besar kuning lagi sedap daripada bawang besar merah
4 ulas bawang putih - cincang
300 gm daging cincang(mince meat) nak letak lebih pun ok, lagi sedap
sedikit oregano -tak letak pun tak apa
1 batang pelepah salery- potong nipis2- tak letak pun tak apa
2 batang lobak kecil- potong dadu - kalau lobak besar 1 pun cukup
2 biji tomato - potong dadu
Mozarella cheese - parut atau beli yang dah sedia parut- banyak ikut suka, lagi banyak lagi sedap
5 biji telur @ lebih - ikut suka
1 biji lada benggala @ capsicum - jika suka, sama ada warna merah, kuning, hijau atau oren.
1 sudu kecil madu
Garam, lada hitam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan 3 sudu minyak zaitun @ sebarang jenis minyak masak , tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila naik bau masukkan daging cincang, kacau sehingga air daging keluar dan daging bertukar menjadi warna pucat. Kacau rata.
3. Masukkan tomato, lobak merah, lada benggala, oregano, salery dan kacau rata.
4. Masukkan madu, garam dan lada hitam. Rasa masin, manis mengikut citarasa masing-masing.
5.Kacau sehingga agak pekat, apabila pekat angkat.
Dalam masa yang sama panaskan oven antara 175-180 darjah C.
6.Masukkan makaroni yang telah direbus tadi kedalam bahan2 yang telah dimasak. Kacau rata. Masukkan kedalam loyang bakar yang telah disapu minyak (supaya tidak melekat)
7. Pukul telur sehingga agak kembang dan tuang kedalam loyang, apabila telur telah menyerap tabur keju Mozarella diatas makaroni tadi dan bakar sehingga masak.

Hasilnya seperti gambar diatas.


Selamat mencuba

Lompat Tikam




Resipi ini diambil daripada rakan siber. Maaf sekali lagi kerana terlupa blog siapa.

Bahan-bahan:

Lapisan Hijau A

1 cawan tepung beras
3 cawan santan cair
1/2 cawan air dan pandan
1/2 sudu keci garam
1 sudu kecil air kapur

Lapisan Putih B

1/2 cawan tepung beras
4 3/4 cawan santan
1/4 sudu garam

Bahan Kuah C

1-2 keping gula kabung/Melaka
2 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara Lapisan Hijau A:

Gaul rata bahan2 A dalam periuk dan masak atas api sederhana
Kacau hingga mendidih menggunakan pemutar telur
Apabila telah pekat dan berkilat masukkan dalam loyang dan sejukkan

Cara lapisan Putih B

Gaul rata bahan B dan tapiskan kedalam periuk.
kacau atas api sederhana, gunakan pemutar telur dan kacau sehingga pekat dan berkilat.

Tuang diatas lapisan hijau dan sejukkan. Lebih sedap jika dimasukkan kedalam peti ais.

Apabila menghidang, potong kuih lompat tikam dan tuangkan sirap gula. Sedia untuk dimakan.

Murtabak Perantau



Pizza Bujang



Terima kasih Datin Nik kerana sudi memberi resipi kulit pizza yang mudah dan lembut. Sebelum ini saya mnecuba resipi yang diambil daripada internet dan ternyata kulit pizza Datin Nik lebih mudah dan lembut.
Terima kasih daun keladi dan mintak halal ya!

Bahan-bahan:

300 gm tepung( lebih kurang 3 cawan biasa)
180 gm air sejuk (13/4 cawan @ 180 ml)
30 ml minyak zaitun/olive oil
6 gm yeast
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan-bahan kering hingga sebati.
2. Masukkan air dan uli sebati selama 15 minit.
3. Bahagikan kepada bebrapa bahagian dan perap selama 30 minit. Tutup dengan tuala dapur yang bersih.
4. Selepas itu canai mengikut besar yang dikehendaki @ mengikut saiz loyang pizza yang kita ada.
5. Letak dalam loyang dan perapkan 30 minit lagi.
6. Jika inginkan kulit pizza yang rangup, bakar dalam oven sekejap sebelum mengisi bahan-bahan atas pizza(topping)
7. Cucuk atas kulit pizza menggunakan garfu sebelum meratakan sos dan meletakkan bahan inti.
8. Bakar dengan kepanasan 200 c.

Bahan-bahan inti pizza mengikut citarasa masing2. Apa2 pun boleh letak. Paling penting ialah keju parut.

Kosui/Kaswi




Resipi yang diberi oleh Kak Da Jawariah ketika melawat kami di Stockholm. Ramai yang suka resipi ini.Hihi..dah sampai tahap international Kak Da oii..

KUEH KASWI

1 CAWAN TEPUNG UBI
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA PASIR
1 CAWAN GULA MERAH
6 CAWAN AIR
1 1/2 SUDU BESAR AIR KAPUR

CARA-CARANYA

Gaul semua bahan-bahan di atas
Campur air sedikit demi sedikit sehingga sebati
Masukkan air kapur
Tapis adunan dan kukus lebih kurang 30 minit

KELAPA - Gaul kelapa dengan sedikit garam dan kukus selama 5-6 minit

Friday, September 12, 2008

Ramadhan 2008


Salam Ramadhan kepada semua. Moga kita semua dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna pada tahun ini dan meningkatkan amalan2 yang sunat. Marilah sama-sama kita berdoa dengan rendah hati agar segala ibadat yang kita lakukan mendapat pahala yang berganda serta keberkatan yang berpanjangan daripada Allah S.W.T .


Dalam menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan untuk berbuka puasa, jangan pula kita berlebihan hingga berlaku pembaziran. Ingatlah, dalam kegembiraan kita menyambut Ramadhan dan menikmati pelbagai juadah terdapat insan2 yang menderita kelaparan. Bulan mulia dan barakah ini marilah kita sama-sama berdoa agar segala apa yang kita lakukan, setiap patah yang kita ucapkan mendapat keberkatan dan pahala.


Disamping itu mari kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka yang telah pergi dicucuri rahmat dan bahagia di SANA.