Friday, December 28, 2007

Kek Kukus Buah-buahan


Resepi Kek kukus buah-buahan ni diambil daripada mak saudara suami. Rasanya memang sedap. Saya suka rasa masam kismis, oleh itu saya saya tidak letak buah-buahan campuran sebaliknya gantikan dengan kismis.
Bahan-bahan:
5 biji telur (grade A @ besar)
2 cawan marjerin @ butter
21/3 gula halus
1 cawan gula kasar ( dihanguskan) menggunakan 1/3 air
4 cawan tepung gandum/serbaguna
2 sudu cream of tartar ( saya tak letak sebab tak ada)
2 sudu soda bikarbonat
375 gm buah-buahan campuran @ kismis
1 camca teh esen limau (saya letak vanilla sebab tak ada)
Cara:
1. Pukul telur secara berasingan sehingga kembang
2. Pukul marjerin dengan gula sehingga ringan dan gebu dan masukkan telur pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan gula hangus.
4. Tepung gandum, cream of tartar dan soda bikarbonat diayak bersama dan gaulkan bersama -sama dengan buah-buahan campuran.
5. Masukkan campuran tepung kedalam adunan gula tadi, gaul sebati.
6. Kukus selama 4 jam .Tutup loyang menggunakan aluminium bagi mengelakkkan wap kukusan masuk kedalam adunan kek.
Nota: Long, saya tidak menggunakan aluminium , sebaliknya menggunakan kain untuk membalut bawah penutup kukus supaya air /wap tidak jatuh kedalam loyang kek.
Selama kat sini saya dah 4 kali membuat kek ini, sekali gunakan buah-buahan campuran tiga kali gunakan kismis. Saya memang suka tapi....kena tahanlah..nanti "curve"langsung tak dak!!! hehheheeh....
Selamat Mencuba.

Tart Nenas dan Biskut Kelapa

Tart nenas ni resepi daripada Imah , adik ipar kakak saya Liza. Saya cuba untuk raya 2007 tapi besar sangat sebab tiada acuan tart. Rasa boleh tahan.

Bahan-bahan:

250 gm butter
50gm gula ising
1 sudu teh vanilla
2 biji telur , ambil kuning sahaja
25gm tepung jagung
375gm tepung gandum

Cara:
1. Campurkan butter, gula dan vanilla dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur pukul rata.
3. Ayak bersama tepung gandum dan tepung jagung, masukkan sedikit-sedikit kedalam adunan gula dan kacau rata-rata dan uli sehingga menjadi adunan tepung.
4. Bulat-bulatkan atau masukkan dalam acuan tart. Ikut kreativiti masing-masing.

Jem nenas.

Bahan-bahan:

2 biji nenas
275gm gula
sedikit gula batu
3 biji bunga cengkih
1 sudu teh tepung jagung (jangan terlau banyak tepung jagung kerana inti akan jadi liat)

Cara-cara:
1. Sagat/parut nenas , tapis airnya, jangan terlau kering( saya tak parut tapi gunakan chopper aje)
2. Masukkan gula, nenas, gula batu dan tepung jagung.
3. Masak diatas api yang sederhana sehingga kering dan pekat.

Selamat Mencuba.

p/s Oleh kerana saya tak ada acuan tart, say cuma bulat-bulatkan sahaja. Memandangkan saya tidak pernah membuat tart , hasilnya jadilah tart yang besar. Rupa memang tak cantik tapi ramai yang makan kata ok aje..Saya namakan tart ni Tart Nenas Gedabak!



Setiap kali berkunjung kerumah Kak Da pada hari raya biskut ni mesti ada. Saya yang suka sangat biskut ni, jadi bila dah duduk jauh ni terpaksa buat sendiri. Resepi ni ditulis oleh Affi yang dihantar melalui email.Rasanya tak sesedap yang Kak Da buat, maklum ada part yang saya tak ikut cara-caranya...kes M lah ni.
Biskut Kelapa

Bahan-bahan:

1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 cawan kelapa kering (dlm tin.kalau rajin goreng,gorengla he...he...)
1 camca esen vanila

Cara-caranya

1. Semua tepung digoreng.(kalau rajin goreng asing)
2. Gula, marjerin & telur disebatikan.(Jangan pukul terlalu lama)
3. Masukan tepung tadi. uli hingga sebati
4. Kalau keras, tambah marjerin sedikit2.
5. Buatla ikut acuan kegemaran masing-masing ( saya tak ada acuan oleh itu saya gulung dan potong-potong ikut suka, hasilnya bentuk tak sekata tapi...rasa tetap sama..abis gak orang makan raya tu..)
p/s Ada kekawan yang ikhlas kata..rasa sedap tapi gaya tak da..heheheh tahun depan boleh cuba lagi.

Tepung Kacau dan Sirap gula Melaka




Resipi diambil daripada blog/fotopages di alam siber. Terima kasih.

Bahan-bahan:

100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee @ tepung pulut
1 sudu teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:

Satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api sederhana.
Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Masak sehingga pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan kedalam bekas yang sesuai.

Sirap Gula
2 ketul gula kabong @ 150gm gula merah
1 sudu besar gula pasir (jika suka manis)
Daun pandan

cara-cara:
Satukan semua bahan dalaperik dan jerang diatas api dan masak sehingga gula larut.
Tapis dan sejukkan.

Tuangkan sirap gula kedalam som-som apabila menghidang.

2 ketul gula kabong @ gula merah @ gula Melaka

Kari Ayam, Daging Kicap dan Rendang Daging, Pulut Kuning

Rendang Daging

Rendang daging ni resepi daripada Teh Liza. Resepi ni ringkas dan rasa pun boleh tahan. Bagi saya apa yang penting bahan-bahan yang digunakan mudah didapati.

Bahan-bahan.
2 kilo daging ( dipotong ikut suka )

Dikisar kering :
2 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih

Dikisar basah/bersama sedikit air
1 inci lengkuas @ sebesar ibu jari
1 inci halia @ sebesar ibu jari
6 batang serai ( dihiris dan dikisar)
8 biji bawang putih
10 biji bawang besar ( saya tak guna bawang kecil sebab tak ada)

Kerisik ( saya buat daripada kelapa kering dalam tin ( 2 tin) saya goreng sehingga kuning dan kisar sehingga keluar minyak)
4 keping asam keping atau mengikut selera masing-masing
Garam, gula
1 tin santan 400ml @ 2 cawan
4 sudu kicap pekat ( saya guna kicap pekat ABC Indonesia)
8 helai daun limau purut (dihiris halus) bagi sesiapa yang tak suka bau limau purut tak letak pun ok @ letak 3 helai mencukupi
2 helai daun kunyit (dihiris halus)

Cara-cara:

1. Gaul daging dengan sebahagian bahan-bahan yang dikisar kering dan basah, perap selama 1/2 jam
2. Setelah itu kacau daging diatas api sederhana sehingga kering dan masukkan bahan yang setengah tadi bersama santan.
3. Masak sehingga daging lembut, jika daging masih keras tambah air mengikut kesesuaian.
4. Setelah daging lembut masukkan daun limau purut, daun kunyit,asam keping,gula, garam dan kicap.
5. Kacau hingga sebati, rasa masin dan manis mengikut selera masing-masing, jika kurang masam boleh tambah perahan air limau ( saya gunakan perahan limau yang segera)
6. Akhir sekali tambahkan kerisik. kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

** Saya tidak sertakan resepi kari ayam kerana ......hehehhehe tak pernah jadi bila buat kari..( maksudnya tak mencapai tahap ISO yang ditetapkan)

P/S Long, bila-bila nanti bolehlah ajar buat kari ok!

Daging Kicap

1 kilo daging

Dikisar bersama:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Halia sebesar ibu jari

Garam, gula,
2 sudu besar lada giling @ lada kering yang telah dikisar (ikut suka masing-masing, jika tidak suka pedas kurangkan lada)
3 sudu besar kicap pekat ( saya guna kicap ABC Indonesia seba tak ada kicap lain)
Asam limau (saya gunakan perahan asam limau segerayang dalam botol tu. (lime juice)
Minyak masak.

Cara-cara:

1. Potong daging mengikut kegemaran masing-masing.
2. Perap daging bersama bahan-bahan kisar dan kicap selama 1/2 jam.
3. Panaskan kuali dan masukkan daging yang telah diperap tadi, masak sehingga air daging agak kering .
4. Angkat daging tadi, panaskan minyak dalam kuali yang sama , tumiskan lada dan bila garing masukkan semula daging tadi.
5. Masak sehingga daging lembut, rasalah masin, manis dan masam mengikut selera masing-masing.
6. Jika suka masukkan bawang hiris dan lada hiris sebelum diangkat. (saya suka isi lada benggala)

Selamat mencuba.

P/S Long, kawan-kawan saya kata masak kicap ni rasa macam dendeng . Saya memang suka isi lada benggala tu..sebab rasanya lain sikit.

Pulut Kuning

Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 tin santan 400ml. (jika ada santan asli lagi bagus)
1 sudu kecil garam

Rendam beras pulut dan serbuk kunyit semalaman @ sekurang-kurangnya 2 jam. ( saya rendam semalaman)

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.
2. Toskan pulut yang telah direndam tadi.
3. Kukus pulut tadi sehingga masak.
4. Angkat pulut yang telah masak tadi dan masukkan kedalam periuk @ bekas yang besar.
5. Campurkan pulut tadi dengan santan dan garam, kacau sehingga santan meresap kedalam pulut @ sebati.
6. Setelah itu kukus semula pulut tadi selama 15 minit.
7. Angkat dan tekan dalam mana-mana acuan kegemaran anda. (saya guna acuan kek span)
8. Hidangkan bersama-sama rendang @ kuah kari kegemaran anda.

Selamat mencuba.

Kuih Lapis

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum/serbaguna
1 cawan gula
1 biji telur
5 cawan santan ( saya guna santan dalam tin)
secubit garam
pewarna merah atau warna kegemaran masing-masing

Cara:
1. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam pengisar
2. Kisar hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua, warnakan satu bahagian dengan warna kegemaran masing-masing. ( saya suka warna merah) hehhehe..jangan tak tau ada yang letak warna biru, pastu tak ada selera nak makan.
4. Kukus selapis demi selapis sehingga habis.
5. Potong apabila telah benar-benar sejuk.

Selamat mencuba.

Egg Lasagne Bolongnese


Ini pertama kali buat lasagne, kegemaran Nina. Hasilnya seperti diatas, terlebih bakar, kering dan garing. Resepi tiru seratus peratus seperti yang tertulis kat kotak Lasagne Pasta All'uovo..
Kulit ni tak perlu masak terlebih dahulu. heheheh..seperti biasa terjemahan sesedap rasa...
Bahan-bahan:
200 gm kulit lasagne
400gm sos bolognese
800gm sos bachamel
50 gm keju parut. ( saya bubuh lebih)
500 gm bayam sejuk beku ( cairkan dan gaul sebati)
Bahan-bahan sos bolognese:
3 biji bawang besar (didadu/chopped)
5 ulas bawang putih ( dicincang/mashed)
4 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
200gm daging cincang( minced beef) gantikan dengan ayam pun ok
200gm tomato (buang kulit dan didadukan/skinned n chopped)
garam, gula dan lada hitam sesedap rasa.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kuning.
2. Masukkan daging cincang dan kacau beberapa minit ataurata dengan bawang tadi.
3. Masukkan tomato yang didadu tadi, kacau dan masak diatas api sederhana selama satu jam.
4. Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan sos bachamel:
50gm butter
50gm tepung
1/2 liter susu segar
Cara-cara:
1. Cairkan butter, tepung dibancuh dengan sedikit susu.
2. Masukkan semua bahan kedalam susu dan pukul sehingga sebati
3. Jerangkan diatas api sederhana dan kacau, jangan terlalu pekat, angkat dan sejukkan.
Cara-cara penyediaan Lasagne:
1. Sapu loyang dengan sedikit butter @ minyak zaitun, letak sos bachamel.
2. Letakkan kulit lasagne diikuti sos bachamel , sos bolognese, bayam dan tabur dengan keju parut.
3. Buat proses ni sehingga habis.
4. Akhir sekali tutup bahagian atas dengan keju parut mengikut citarasa masing-masing.
5. Bakar dengan suhu tinggi 200 darjah c, selama 20 minit @ sehingga masak.


Thursday, December 6, 2007

Kek Cokelat

Kek Cokelat 2

Kek sempena ulangtahun perkahwinan ke 14
Kek Cokelat 1

Kek Cokelat 1


Resepi Kek Cokelat Kukus 1 (resepi ini disalin semula daripada halaman sebelum ini)

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko ( saya guna koko Van Houten)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur (Gred A@ besar)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak Mazola@ minyak masak
1 cwn air panas
Cara-cara: -
1. Ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
2. Dalam satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati ( saya guna mixer tapi jangan terlalu lama)
3. Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau lagi hingga
4. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati
5. Adunan sedia untuk dikukus. Pastikan air kukusan telah panas sebelum memasukkan kek kedalam kukusan.
Kukus selama 1 jam. Pastikan loyang ditutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis diatas kek @ tutup penutup loyang dengan kain

Kek Cokelat 2

2 cawan gula kastor

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan koko (saya guna Van Houten)

2 sudu teh soda bikarbonat

1 /2 sudu teh baking powder

1 cawan mimyak mazola @ lain2 minyak sayuran

1 cawan susu cair

1 sudu teh garam

5 biji telur (resepi asal letak 3 biji sahaja)

1 sudu teh esen vanila

Cara-cara.

Gula dan telur dipukul dan digaul sebati.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko, baking poeder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.

Masukkan susu cair, minyak gaul lagi hingga sebati

Akhir sekali masukkan air panas, perasa vanila dan garam. gaul sebati.

Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Nota : Kedua-dua resepi ni hampir sama, kedua-duanya sedap. Resepi-resepi ini saya ambil daripada rakan-rakan maya. Terima kasih atas rantaian ilmu ini.


Lapisan atas Kek Cokelat (topping)

1 keping cokelat masakan

4 sudu besar butter/marjerin

Panaskan air sehingga mengelegak, kemudian masukkan cokelat kedalam bekas yang tahan panas, letakkan didalam air yang telah menggelegaktadi ,kacau sehingga cair. Apabila telah cair tuangkan keatas kek cokelat. ( teknik double boiler)

Selamat mencuba



Tuesday, December 4, 2007

Kek Barbie

Kek Butter (skirt Barbie)
Kek Barbie


Kek Barbie

Kek Barbie ni saya buat pada 27.2.2007 sempena hari jadi Nina yang ke 12 . Hiasannya nampak comot tetapi Nina tetap suka. Bagi lapisan bawah gunakan resepi kek cokelat kukus dan untuk skirt/dress Barbie gunakan resepi kek butter.

Resepi Kek Cokelat Kukus

2 cwn tepung gandum

1 cwn serbuk koko ( saya guna koko Van Houten)

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

2 biji telur (Gred A@ besar)

1 cwn gula pasir

1 cwn susu pekat manis

1 cwn minyak Mazola@ minyak masak

1 cwn air panas

Cara-cara: -

  1. Ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
  2. Dalam satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati ( nak guna mixer pun boleh tapi jangan terlalu lama)
  3. Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau lagi hingga
  4. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati
  5. Adunan sedia untuk dikukus. Pastikan air kukusan telah panas sebelum memasukkan kek kedalam kukusan.
  6. Kukus selama 1 jam. Pastikan loyang ditutup dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis diatas kek @ tutup penutup loyang dengan kain .

Kek Butter

1 1/2 cawan gula halus

1 1/2 cawan butter @ marjerin

2 sudu besar susu pekat

2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

1 sudu teh esen vanila

5 biji telur besar @ gred A

2 1/2 cawan tepung gandum ( jika mengunakan tepung kek @ tepung naik sendiri tidak perlu serbuk penaik)

Cara-cara:

  1. Pukul telur, butter hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji sebiji dan terus dipukul rata
  3. Tambahkan esen vanila dan susu pekat
  4. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak. Gaul rata dengan menggunakan sudip @ senduk
  5. Masukkan kedalam loyang mengikut bentuk kesukaan masing-masing
  6. Bakar pada suhu 170 C darjah selama 1 jam 15 minit

Icing

1 cawan gula halus

1 cawan mentega/margerin

1 sudu kecil perasa vanila

Cara-cara

Campurkan semua bahan-bahan dan pukul hingga gebu. Selepas itu bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Masukkan kedalam beg penghias( piping bag) dan bolehlah menghias mengikut kreativiti masing-masing. (saya guna plastik biasa saja dan dipotong bahagian bucu plastik kerana belum pandai guna beg penghias.)

Selamat mencuba

Citarasa Malaysia a.k.a Dapur Kejora

Pembuka kata
Memasak bukanlah kegemaran saya tetapi keadaan yang memaksa . Sebagai anak bongsu saya mempunyai pelbagai alasan untuk tidak kedapur. Setelah berkahwin, tidak dapat tidak saya terpaksa memasak dan buku resepi menjadi teman setia saya didapur.

Di Malaysia, sebut saja apa yang diingini semua boleh didapati dengan senang. Pilih saja tempat yang berkenan dihati. Keadaan memaksa saya mengenali dapur dan masakan dengan lebih akrab .Sekarang baru saya sedar bahawa memasak ni tidaklah sesusah mana dengan sedikit kemahuan dan diadun dengan kepelbagaian idea boleh melahirkan masakan yang sedap dan berkhasiat.

Rutin memasak saya memang setiap hari. Pada sebelah pagi saya menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga, disamping itu menyediakan bekalan makanan tengah hari untuk dua orang anak saya dan suami. Anak-anak saya terpaksa membawa bekalan dari rumah (home lunch) kerana makanan yang disediakan disekolah tidak halal. Sebelah petang menyediakan makan malam pula dan jika saya rajin tidak lupa kuih untuk minum petang.

Disamping rutin memasak harian, kami sekeluarga tidak lupa menyambut hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan hari raya. Bagi meraikan hari-hari istimewa ini saya juga yang menyediakan segala juadah sama ada ringan ataupun berat. Bukan kami tidak mahu meraikan diluar tetapi kerana susahnya untuk mencari makanan yang halal dan sesuai dengan selera Melayu Malaysia.

Kami sering juga meraikan tetamu istimewa yang datang berkunjung kesini sama ada secara rasmi ataupun tidak dan kebiasaannya saya akan memasak dalam jumlah yang agak banyak. Secara tidak langsung keadaan ini sedikit sebanyak memahirkan saya dalam pengurusan dapur, masa dan jenis-jenis masakan.

Memandangkan pengalaman ini tidak dapat saya rasai jika saya di Malaysia, jadi saya abadikan koleksi masakan yang pernah saya cuba sebagai menghargai keupayaan diri saya sendiri disamping dapat berkongsi cerita dengan ahli-ahli keluarga kaum kerabat , sahabat handai yang jauh dimata dan rakan-rakan maya. Dunia menjadi kecil dengan adanya kemudahan internet dan perhubungan maya ini.

Sekadar berkongsi cerita, kenapa saya memilih nama Bintang Kejora. Bintang Kejora ini sangat istimewa dalam sejarah hidup saya. Nenek sebelah emak adalah orang yang paling berjasa dalam mendidik saya mengenali Al-Quran dan cerita-cerita lama. Beliau sangat suka membaca cerita-cerita penglibur lara dan Hikayat-hikayat Melayu lama. Banyak cerita yang dihafal dan diceritakan kembali kepada saya. Antara cerita dan watak-watak yang sering diceritakan ialah syair Siti Zubaidah, Iskandar Zulkarnain dan banyak lagi. Nenek saya juga membaca cerita-cerita sastera moden seperti Badai Semalam dan apa-apa saja yang berbentuk cerita. Setiap kertas yang dipegang akan dibelek dan dibaca. Jika menarik akan disimpan dan dibaca berulang kali. Secara sedar atau tidak saya mewarisi sifat suka kepada buku ini..

Apa yang paling saya ingat ialah dalam setiap cerita hikayat yang diceritakan kepada saya Bintang Kejora tidak lupa disebut. Bintang Kejora sering dikaitkan dengan kesempurnaan wanita dan sebagai penunjuk arah walaupun dimana ceruk dunia kita berada. Cahayanya menyinar diufuk timur dengan cahaya yang sangat terang dan memancar-mancar menjadi sumber kekuatan kepada sesiapa yang melihatnya. Cerita ini begitu melekat dihati dan tak mungkin akan hilang dari ingatan. Saya mendoakan kesejahteraan di dunia dan di akhirat buat nenek saya yang kini, tidak lagi mengenali diri ini kerana penyakit tua. Amin

Al-Fatihah. Nenek saya telah meninggalkan dunia yang fana ini hampir 10 tahun yang lalu. Moga rohnya ditempatkan ber sama-sama orang yang solehah. Aminn.